Saturday

taman koleksi kunyitH

Ni diantara koleksi kunyit kunyit. Taman KunyitH. Pohon ni pun baru sebulan dibeli dari Nursery Seri Subuh Agrofarm. Terima kasih Nurul kerna memberikan satu rizom percuma. Yang dibeli dialih kepasu dan yang free tu ketanah, sebab tak sure tumbuh dengan baik kalau ditanam dalam pasu.
baru dialih kepasu. comel daunnya.



dah berminggu ia macam ni juga tak besar besar. mmm...





gambar diatas ni yang dapat free dari Nurul, ditanam ditanah, yang satu tu rendah sikit.

MasyaAllah dua - tiga minggu pohon kunyit yang diberi percuma ni tumbuh dengan subur dan dan naik seperti ini, yang pendek tu tak tahu mana...hilang gitu.

Sambung mengenai yang dalam pasu tu, saya buat keputusan utk tanam ketanah sebab ia tak membesar dan tiada perkembangan.  Gambar dibawah ni selepas sebulan  pohon kunyit ni saya jaga. Yang dibelakang tu tak membesar dan belum ada perkembangannya lagi. Semoga ia subur macam pohon kunyit didepan tu.



Ni dah jadi taman. Taman koleksi kunyit H



taman pohon kunyit kunyit

Ni diantara koleksi kunyit kunyit. Taman KunyitP. Pohon ni baru sebulan dibeli dari NurserySeri Subuh Agrofarm. Dialih kedalam pasu tapi setelah berapa minggu terpaksa dialih ketanah kerana nak kumpulkan  koleksi kunyit kunyit nak jadikan taman gitu...


Gambar dibawah ni selepas sebulan keilhatan ada perubahan tumbuh dengan baik dan subur InsyaAllah.




Belalai gajah atau snake grass

Belalai Gajah atau sebagai Sabah Snake Grass (SSG), nama saintifiknya Clinacanthus atau Clinathanus. Nama dalam bahasa cinanya berbagai, ada yang memanggilnya Yu Xun Cao dan ada mengelarnya Shen Caodan atau Gendis. Khasiatnya banyak juga ia digunakan dalam rawatan penyakit kulit, kencing manis serta pelbagai jenis kanser. Saya buatkan teh ni dicampurkan dengan daun Teh Africa utk ayah saya, terkadang saya pun minum juga...nak rasa gitu...



Pohon diatas ni baru diterima dan  dialih kepasu. Pohon ni juga dibeli dari Nursery SeriSubuh Agrofarm.  

yang ni pulak 2-3 minggu selepas dialih.


dah pun sebulan pohon ni dah tinggi sikit dan menghijau daunnya. kelihatan sihat dan tumbuh dengan baik.

Tuesday

stevia


 Pohon Stevia ini dibeli melalui post juga dari Nursery SeriSubuh Agrofarm, Nurul.
Anak pohon Stevia ni dah dialih beginilah kelihatan kecil dan pendek je pohon stevia ni. Sabor jelah menanti besar anak pohon ni. belum pulak cuba merasa samada daunnya manis ke tidak. Nak tunggu biar dia tumbuh dengan elok baru petik. so far beum check macammana nak gunakan atau nak dimakan daun ni. nanti bila free blog walking dan baca khasiatnya.

Yang ni dah dua - tiga minggu pohon Stevia ni bertumbuh dengan baiknya

Dah sebulan tinggiler sedikit. Banyak anak anak pucuk nya kelihatan tumbuh dicelah celah daun, so far so good. 

Teh Africa - Teh Bismillah

Agaknya dah sebelum tak update blog ni...mmm....buzzzy sekali... 
AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran Daun Teh Africa aka Teh Bismillah ni sempat dibeli melalui post dari Nursery Seri Subuh Agrofarm. Terima kasih Nurul kerna sudi postkan anak anak pohon. Semuanya sehat belaka...kecuali satu je...

Pohon Teh Africa ni, daun nya dah dipetik dan direbus dan airnya berikan ayahku minum, utk merawat penyakitnya, terkadang masokkan juga kat bubur kalau tak diberikan air rebusan buat minum. Didihkan air dalam periok bila dah mendidih padamkan api masokkan daun teh dalam 1atau 3 helai Kena tengok air rebusannya berapa banyak pulak...kemudian di tutup periok tu. Dah jadi teh, tak bolih pula minum selalu. satu minggu dua kali je saya buat.


 semasa baru dapat dan dialihkan kedalam pasu

 kelihatan bertumbah dengan baiknya selepas seminggu

 Yang ni pula selepas tiga minggu lebih dah mula mengeluarkan pucuk pucuk baru



 dah sebulan macam ni lah dia pohon Teh Africa ni..bertumbuh dengan baiknya dan tinggi sedikit.


serangga siput dan ulat

Ni tetamu yang tak diundang memakan pohon pohonku sehingga berlubang lubang dan tinggal separuh... hari tu sempat gi nursery langganagan ku ditempat biasa, nasibler dapat juga beli ubat pelet bunuh serangga siput ni, setelah seminggu terdapat banyak siput siput ni. apa lagi tabur ler pelet serangga siput. sorry siput you are not welcome kat taman sayur ku.



 Ni pula ulat bulu agaknya. Adoi!!!! banyak betul hinggap ke pohon melur dan pohon pudina. Apalagi botakkan je pohon melur tu dan cabut ler pohon pudina. Banyak betul ulat ni gelinya melihat ulat ulat tu sampai ketanah ada dia...sooorry ler kenalah buang kau jauh jauh dan yang terbunuh tu nasib kau ler. Ulat ulat you are not welcome to my taman.


Ni pulak tak tahu banatang apa yang dah makan habis daun reggis tinggal pangkalnya saja, yang pelik dia hanya makan daun bayam ni, bayam merah kangkung..... pandai pulak memilih. habis daun bayam dan daun kangkung dibelakang dan didepan serangga tu kerjakan...mmm...nanti kau! dapat jumpa tahulah....kekekexxx.