Tanaman herba yang bolih dibuat ulam dan dibuat masak. Ni pohon selaseh kalau tak silap. Buat ulam sedap dan sekiranya ada nenas dan timun dicincang kecil kecil, dicampurkan daun selaseh yang telah potong potong dan digaul dengan sambal belacan... mmmm... sedap, selera makan tu...resepi emakku. Nak tanam pohon ni pun senang. siram je air selalu, bila dah besar gini angin sepoi bertiup jatuhler benihnya siap banyak anak nya akan naik.
Tahun lepas ada juga Daun kesom dibelakang rumah tapi tak seelok macam ni...bila kurang elok cabut je, Daun kesom ni pula dari tanaman suamiku. Dia tanam daun kesom ni subur betul kat sana, ni dia bawa balik sepasu untuk saya menjaganya pula. InsyaAllah.
Benih Basil leave dibeli dinursery ketika membeli tanah untuk tanaman. Nak beli herba lain terbeli herba ni....tanam jeler... ni pun sedap dibuat ulam.
Cekor...Tak jadi nak buat sambal chili hijau taruh cekor, saya tabur je kedalam styrofoam..AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran.. membesar cekor ni... nanti tak payah lah beli cekor bila buat sambal, ambil je yang ditanam ni.
No comments:
Post a Comment