Tuesday

Lebah, tetamu datang dan pergi

Kunjungan kali ini Lebah. Mula mula sekor dua ekor je yang datang hinggap ke pohon pohon mengambil madu dari bunga bunga... mmm ... tak ada pokok bunga pun, yang ada hanyalah dari pokok sayur sayuran yang berbunga. Disuatu petang terkejut juga melihatkan sarang lebah ni...banyaknya lebah....bila pula ia datang tak pula tahu...entah bila pulak ia buat sarangnya. Cantik juga. Unik pulak sarang lebah ni berbentuk 2 love....Daling suami ku kata ia datang jap je migration...sekedar tumpang lalu. Saya tersenyum je...

 Gambar ini diambil dari dekat.  Lebah ni buat pulak kat pokok Remayung hijau... pokok remayung tu tak berapa kuat sangat..ia berpaut dibatang buluh kecil yg Darlingku buatkan agar ia bolih lilit dan panjat ler. 

selang beberapa hari tinggal satu love je dan dah mengecil.  Saya pun khuatir juga sekiranya ia buat sarang makin banyak nanti... budak budak bermain kat luar tu...???? mmm dah tak payah nak risau...semakin kecil..tak lama ia akan terbang pergi.

Betul juga ia datang migration tumpang lalu bersinggah sebentar. dah pun pergi menghilang entah kemana selepas hujan turun dengan lebatnya.  Inilah yang tinggal bekas bekas nya. yg bintik putih putih tu bekas lilinnya kot..tak pelah...Walau apapun...Goodbye lebah...semoga ia mendapat tempat yg lebih baik utk membuat sarang.
Tetamu ni selalu je berkunjung kat pokok ni. favourite kat pokok zigzag pokok bunga burung. bernyanyi ia kat situ. Burung ni kecil je dan cantik pulak. Seronok bila melihat tetamu ni datang...saya welcome je ia datang..kita kan kongsi alami ni.

2 comments:

  1. mana beli Culantro...sis nak cari la...

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dan terima kasih berkunjung.

    Culantro tu akak beli kat pasar tamu. mungkin CT bolih cuba beli benihnya di http://seedandothersforsale.blogspot.com dengan Puan Lynn Abdullah.

    ReplyDelete