Friday

Mangga oh mangga

Mula mula pohon buah mangga ini menghasilkan buah yang manis dan lebat buahnya tetapi tak tahu kenapa sekarang ni buah ni kena petik sebelum dia masak kalau tidak habis tak dapat merasa kerana ulat atau kumbang dah makan dulu, kata kata orang tua tua dulu ada yang buat sambal belacan ketika mangga ni muda tu lepas tu jadi gitu smapailah sekarang. satu beg plastic Suami ku bawa pulang tuaiannya selpas dishare dengan rakan rakannya. mmmm....siapalah dah buat sambal belacan dengan mangga ni...kesian mangga. 

Selain dari buat kerabu, isi mangga ni dicincang atau diparu memanjang kemudian taburler gula lebih sedikit..nak makan gitu pun sedap, makan dengan nasi lagi sedap...


Seronok bila bercucuk tanam...macam macam dapat makan. Suamiku memang suka bercucuk tanam. Ditepi  pejabatnya adalah tanah yang luas juga tuler dia bercucuk tanam bila waktu rehat atau ada waktu terluang. Beruntunglah dia kerja on field disite office.

No comments:

Post a Comment