Sunday

Roselle

Pertama kali beli benih ni dan dikirimkan dari Encik Iskandar, saya semai beberapa biji benih Roselle ni, susah juga tumbuhnya, saya semai beberapa biji yang naik satu ni. Lebihan benih Roselle saya simpan nanti bila ada tempat bolihlah semai. Lambat juga menanti ia membesar tapi bila dah besar cepat pulak dia berputik.




Ni pula putik Roselle sebelum mengeluarkan bunga. AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran banyak putik roselle, hujan hujan gini bunga cepat berkembang cantik dan indah bila melihat ia kembang saya suka melihatnya.







 Gambar ni pula diambil ketika tenghari, Matahari sedang naik...


Tuaian pertama saya petik


Tuai kedua dan tuaian yang ketiga tiada ambil gambar. Roselle yang telah diasingkan bijinya untuk dibuat sirap dan jem.


Hasil dari tuaian pertama, kedua dan ketiga dibuat air sirap serta jem Roselle. Sedapnya Air Roselle ni. Baru dimasak petang tadi. Sempat buat Jem Roselle. Puteraku mengadap jem ni sendiri je..bila dah masak dia bawa kehall...ada ke patuh makan jem ni dengan keropok...pada hal roti ada.....mmm bila saya  lihat dah tinggal setengah botol. Bestnya bila hasil tuaian yang ditanam bermanfaat dan dapat dirasakan olih seisi keluarga. Tak rugi bercucuk tanam.


8 comments:

  1. Salam..dah boleh buat benih juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betultu kak..lagi keringkan bijinya Roselle agar bolih buat benih. Putera saya kesukaan makan jem roselle, sehinggakan dia nak tanam benih roselle lebih sedikit. terima kasih

      Delete
  2. sedapyer jus roselle dan jam..nampaknya kena tanam roselle cepat2 nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Jus roselle dan jam Roselle.

      betul tu Ummuaidan tanamlah Roselle agar dapat merasa hasil tuai sendiri...Yok...tanam sendiri kegemaran sayuran dan buah buahan yg kita suka makan agar manfaat utk keluarga kita.

      Delete
  3. assalam..tumpang tanya..dari roselle mula jatuh putik bunga bila patot kita tuai?rasa macam hijau je lagi biji dia yang bolat tu hehehe..maaf ler budak baru nk blajar

    ReplyDelete
  4. Bunga Roselle yg dah merah dan kembang tu dah bolih petik. kelopak bunga roselle tu dimasak, bola hijau tu dalamnya, itulah yg dibuat benih setelah dikeringkan dlm nya ada biji biji benih.

    ReplyDelete
  5. salam.. saya pun baru nak mula semai roselle..nak buat stok utk minuman bulan ramadhan. harapnya x terlalu lewat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikum salam. memang sedap jus Roselle, selepas buat jus hampas bunga roselle bolih buat jem, sedap... sapu dengan roti. mmm...tak yahlah tunggu bulan Ramadhan je...bila dah berbunga dah bolih tuai buat jus dan jem...selamat mencuba.

      Delete