Sunday

tuaian dari tanaman Darling Suamiku yang sempat di snap photonya

 
Tuaian bulan ini dari pokok tanaman Darling Suamiku. Darling suamiku suka menanam pokok. Macam macam pokok dia cuba tanam, menanam ketika waktu rehat. Selalunya bila dah habis kerja dia meluangkan waktu pada pokok pokok tu. Cara dia menjaga pokok tu simple... dia biarkan pokok yg ditanam tumbuh dengan sendiri, tak adalah dibelai belai macam saya jaga pokok. Cuma dia setiap dua minggu taruh Baja compos dan Mulch serta rumput kering... Saya sukalah sesangat gi tengok pokok pokok yang ditanam disite officenya hihihi kekadang cari peluang untuk kesana bila ada waktu terluang. 
 
 
Pokok tomato dia subur betul... berbuah banyak dan gemuk gemuk. Ini tuaiannya dari pokok tomato pear....saya buat ulam makan gitu je dan buat sambal belacan taruh tomato dan nenas....lauk sambal belacan ulam ulaman  dengan nasi panas itu je dah cukup..... sedap, tak tengok kiri kanan ler.


Mangga dituaian buat sambal belacan dan jeruk. Saya buat jeruk manga senang je, parut kemudian taruh molasses (gula perang organic) taruh garam sikit. masokkan dan bekas kedap udara simpan dalam fridge....nak makan bila bila ok je. sedap, sekiranya nak makan campur dengan sambal belacan pun ok. Kat rumah memang ada sambal belacan satu tub tersedia dalam fridge.






Pisang emas hutan. Induk Pokok pisang emas diambil dihutan, tumbuh meliar dihutan. Darling suamiku ambil anaknya ditanam disite office...nilah dia tuaiannya. dah beberapa kali dapat makan pisang ni. Banyak anak anak pokok ni. Sekiranya saya makan pisang kulitnya saya buat komposs... psst...bolih juga buat gosok gusi dan gigi ia sangat berkhasiat dan menyehat gusi dan gigi...so, bolihlah cuba nanti kulit pisang tu...jangan dibuang gitu je.

 
 
Jambu batu kegemaran emak. dimakan gitu dan juga buat ulam makan dengan nasi. 
 
 

 
Tuaian yang dituai unutk buat ulam, untuk masak serta sarapan dan minum petang dan pencuci mulut.

No comments:

Post a Comment