Sireh ni banyakler kahsiat serta manfaatnya. Tumbuhan yg senang dijaga tak perlu banyak perhatian pun tapi banyak betul manfaatnya.
Daun sireh ni boleh dijadikan ubat merawat gelgata : ambil beberapa helai daun sireh, panggang kat api tuamkan yang kena tu..lakukan beberapa kali jangan kenakan air.
pernah juga sahabat saya mengatakan yang ayah dia minum air rendaman daun sireh ni untuk kesihatan.
tangkainya pula untuk hidung tersumbat, picit keluarkan lendir di tangkainya dan sapu pada batang hidung tu untuk melegakan pernafasan
Sireh kaduk... bab makan memang sedap kalau dicampurkan bersama tempoyak mmm nama lauk tu lemak tempoyak pucuk pucuk kayu....
Remayung Hijau menjalar tinggi....beli pucuk kat pasar cuba cuba tanam... ni lah dia menjalar tinggi panjatnya..lambat juga nak naik...sabar je...dah menjalar naik petik daunnya buat ulam dan terkadang goreng.
Ekor Angin atau ekor anjing
Keseluruhan pokok ini bolih digunakan sebagai ubat pernafasan.... Air rebusannya akarnya untuk ubat batuk, selsema, cirit birit. Sangat berkesan untuk mengeluarkan batu karang dari pundi kencing dan untuk diabetes.
Pengalaman jiranku memberitahu yang keseluruhan pokok ini bila direbus airnya diminum untuk melawaskan kencing.... kesahihnya jiranku selalu juga memberikan pada anaknya dan dia juga minum air rebusan pokok ni. sekiranya nak cuba biarlah pokok ni besar sikit dan berakar ye.
No comments:
Post a Comment