Thursday

Pokok Nenas kerang

Nama pokok ni...nenas kerang pokok ni banyak ditanam buat hiasan. Pokok ni macam pokok pandan pun  ye, macam pokok nenas pun ye... ia cantik dibuat hiasan dilaman halaman dan banyak juga khasiatnya. Pokok  ni perlukan tempat yang teduh. OOOooo jiranku nak sangat tanam pokok ni, saya berikan tapi pokok dia terbantut...rupanya pokok ni tak sukakan pada tanah yang keras ataupun terlalu banyak air.... bila saya tuai daunnya berikan sikit pada jiran saya tu, sesukalah dia, sedap air daun ni jika dimasak. saya pun tahu minum air pokok ni dia yang beritahu... hihihi..kongsi kongsilah.

Daunnya rasa manis sikit..tak bolih minum selalu kerna is bersifat sejuk. Dipercayai merawat bengkak, luka, daunnya dilumatkan dan ditampal kebahagian luka atau bengkak, sekiranya susah buang air kecil, selsema, batuk dan banyak lagi bolihlah rebus daunnya dan diminum air rebusnya.







Bunga daun ni macam kerang dalamnya berputik putih. manfaatnya untuk batuk, kekurangan darah, hidung berdarah, gusi atau mulut berdarah, selsema. Bunganya dikeringkan atau baru dipetik direbus hingga mendidih dan minum airnya, insyaAllah ..

No comments:

Post a Comment