Friday

Cipluan - tomatillo

Benih pokok ni dibeli dari Tanamsendiri.com. Pokok ni banyak namanya.... cipluan, letup letup, tomatillo...physalis miima linn, Cape Gooseberry. pokok merimbun bercabang yang banyak... bunganya pun canti juga berwarna kuning. Buahnya diselubungi dan bersembunyi didalam seperti diduduk dalam sarang gitu...berwarna hijau bila dah masak berwarna kuning rasanya masam manis...sedap. Sekiranya siram pokok ni tentu cari buah yang dah masak, sambil siram pokok makan buah yang dah masak dan juga untuk emak, emak suka sesangat makan buah ni. Hari tu gi kat pasar raya diSingapore ada jual dalam pack plastic agak agak dalam 20 biji  S$3.95, sekiranya tanam sendiri puas ler makan buah ni.


Ternyata buah ni banyak juga khasiat dan manfaatnya. Daunnya bolih digunakan untuk disapu dikepala untuk sakit kepala dan diperut untuk sakit perut. 

Air rebusannya keseluruhan pokok ni pula untuk memudahkan buang air, menurunkan tekanan darah tinggi, serta panas badan. 

Tak bolih pula gunakkan selalu nanti pening kepala pulak..buahnya pulak tak bolih makan ketika ia belum masak dan hijau...beracun cirit birit dibuatnya... 

so apa apa pun semua herbal yang dimakan perlulah berhati hati... sebagai pecubaan ambil sikit dahulu tengoklah tindak balas badan yang empunya...kalau berjaya InsyaAllah.. tahulah dosnya ketika sakit...

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Boleh ke saya nak beli benih tomatilla dpd tuan?

    ReplyDelete