Wednesday

Pokok Mahkota Dewa

Tahun lepas gi nursery nak beli pokok Mahktoa dewa tapi dah habis, tapi diberinya dua biji Mahkota dewa.  Balik rumah hiris buahnya bijinya Darling Suamiku tanam ditempat kerjanya. Dah besar satu pokok bawa balik tanam kat pasu....mmmm...masih tak tinggi lagi dan belum berbunga.


Ni pula Pokok Mahkota dewa yg ditempat kerja Darlingku. Amboiiii!!!! buah Mahkota dewa macam apple, macam jambu pun ye... bergayut tunggu masak berwarna merah. Darlingku suka juga bercucuk tanam tapi tak jaga sangat... kerna bercucuk tanam hanya bila dia free dan waktu makan je dia tengok tengok pokok pokok tu. selebihnya pokok tu semua dibiarkan je... isk isk... berbuah pulak tu...


Khasiat kulitnya : dikeringkan dahulu kemudian  diracik dan kulitnya tu ambil sedikit aje tak bolih banyak banyak campurkan kedalam segelas air panas mendidih untuk dijadikan minuman rendaman. macam minum teh gitu... 5 tahun yang lepas saya beli kulit kering mahkota dewa ni, untuk dibuat  minum teh mahkota dewa. berpeluh peluh lepas minum. Ada juga sekarang ni kopi dicampur dengan mahkota dewa dan herba herba lain, pun sedap juga. tapi saya lebih suka minum teh rendaman mahkota dewa. Namanya herbal, InsyaAllah saya cari dan cuba makan ataupun minum, Sekarang ni bolih tersenyumlah... AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran dah ada pokok tanam Mahkota dewa, hanya tunggu ia berbuah masak je...

Ada juga yang mengatakan bahawa daunnya juga bolih digunakan buat ubat tampal tapi saya kurang pasti, so tak nak tulis panjang panjang ler.

No comments:

Post a Comment