Tuesday

Kemangi, selaseh/ basil

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. syukran, daun serta pokok herba yang ditanam bermanfaat. Bila kita manfaatkan sumber alami yang dikurniakan olih Allah Azza Wa Jalla, insyaAllah tak memudharatkan sekiranya diambil dengan berpatutan. Nenek moyang kita dahulunya pun memakan sayur sayur fresh samada mereka tanam sendiri ataupun diambil dihutan...tiadalah mengalami sakit sakit seperti sekarang ni. Mereka berkerkebun dan bersawah berekar ekar mengunakan tulang empat kerat mereka. Semoga dicucur rahmati keatas mereka yang telah lama meninggalkan kita, Al fateha. Semoga warisan yang mereka tinggalkan masih lagi diikuti olih kita cucu cicitnya sekarang, kerna ni jugalah coretan dimuat turunkan untuk rujukan sendiri kelak dan generasiku akan datang insyaAllah.

Basil, sweet basil, lemon basil, holy basil dan banyak lagi keturunan basil, nama melayu kemangi, selaseh. Kemangi ataupun selaseh pokok ni semuanya seakan tetapi berlainan rupa dan jenis seakan adik beradiklah tu... Daun, biji serta akarnya berkhasiat dan manfaat juga, tak jauh beza yang penting ia adalah herbal yang mengandungi banyak khasiat yang telah dimakan olih generasi terdahulu. Bolih juga memakannya sebagai ulam ataupun dimasak atau direndam ke air suam ataupun dicampur untuk pada jus, kerabu dan lain lain.

Cara untuk menyimpan daun kemangi/ selaseh/ ataupun pudina berbagai bagai, cuci, setelah dicuci bersih :

Diblender halus daun serta tangkai yg lembut tu dan  disimpan dalam bekas kemudian simpan dalam fridge untuk kegunaan beberapa hari.

Bolih juga taruhkan dalam bekas ice cube, taruh air dan taruh daun 3 atau 5 helai dikeraskan, cara gini pun senang bila nak masak taruh je icecube yg berisi daun kemangi ni ke lauk ia dijadikan sebagai perasa lauk. selain dari taruh air dibekas ice cube tu bolih juga taruh minyak zaiton kedalam bekas ice cube buat seperti air batu, nak masak taruh je dalam periok. Bila dah keras air atau minyak yang berisi daun tu masokkan dalam tupperware untuk kegunaan nanti.

Saya dah cuba buat, ia memudahkan dan kerna pokok kemangi/selaseh tu kena selalu dituai olih saya. Kekadang buat air sirap taruhkan ketulan ice yg berisi daun kemangi ataupun daun pudina.

kemangi berbau wangi sikit seakan akan bau lemon

Biji selaseh dikatakan bolih meredakan demam melancarkan peredaran darah mengatasi masaalah pencernaan. sekiranya nak tidur lena sikit, rendam biji selaseh lebih sikit dalam air panas dan diminum air  serta makan biji selaseh tu, InsyaAllah. Yang ni saya dah cuba untuk diri sendiri dan untuk ayah dan ibu.

Daun kemangi, selaseh/ basil juga bermanfaat menghilangkan bau mulut, badan, dikatakan meningkatkan peredaran darah, saya selalu juga minum air rendaman daun ni. Selalunya rendaman air kayu manis, cengkeh dan pelaga sememangnya telah tersedia dalam flask air panas, bila terasa nak minum taruh  daun kemangi lemon n kemangi hitam ataupun daun pudina beberapa helai kedalam glass tutup....biarkan sekejap minum, minum suam ataupun nak sejuk pun bolih so far oklah untuk kesihatan.

Memakan herba herba ni perlukan kesabaran kerna ia bertindak dengan membetulkan sistem sistem dalaman secara fitrahnya. Bab perpatah biar lambat asal selamat. Dikatakan ia juga menghilangkan kembung perut dan juga masaalah sakit perut, menguatkan buah pinggang, badan lesu, migrain, menurunkan panas, sakit kepala, Daun ditumbuk lumat ditampal pada bekas gigitan binatang yg berbisa, sengal badan, sakit sendi dan sakit kepala mmmm... bab sakit pinggang saya dah pernah cuba, lumutkan daun dan pupukkan kat pinggang pakai bengkong. akan terasa berangin sikit selepas beberapa mint...gunakan sehingga berkurangan atau baik sakitnya. InsyaAllah, redalah tu. apabila saya nak bercucuk tanam, sapu je daun ni atau daun yang apa saja bermanfaat agar semut atau binatang lain tak gigit....kulit ni sensitive sikit...bolihlah cuba insyaAllah, tak cuba tak tahu, bila dah tahu senyum selalu.

Biji benih kemangi hitam ni dibeli dari Seri Subuh Agrofarm - pokok kemangi ni dah dituai banyak kali, tangkainya pula recycle semai semula kat dalam pasu, best tak terbuang pun tangkainya kitar semula. tumbuh pokok baru. bertambah tambah pokok kemangi

Tangkai tangkai daun kemangi dan selaseh disemai semula dah tumbuh daunnya, apabila dah besar sikit dialih kepasu atau bakul yang dikitar semula juga.
.
.


1 comment:

  1. Salam,ada benih kulor tak?kalau ada wasao saya 0192757394

    ReplyDelete