Buah Kulor.
Buah kulor ataupun breadnut fruit ni ternyata banyak khasiatnya dari vitaminnya: sila rujuk kelink http://www.nutrition-and-you.com/breadfruit.html. Saya baca kat blog Segala tentang Tumbuhan, beliau ada juga menulis article mengenai buah ini, sila baca kat http://fazlisyam.com/2013/02/09/buah-kulor/. Best ler dapat makan buah ni, cuma hari tu beli yang muda untuk dimasak. So far belum ada jumpa atau dijual buah yang dah masak, sekiranya ada nak juga membelinya....kenalah rajin rajin gi kepasar tamu diMasai tu, InsyaAllah, sekiranya ada rezeki pasti ada nanti.
Buah kulor ni luarannya Macam buah nangka, bila dikupas kulitnya bergetah...hah..macam nangka lah tu, tapi kemudian isinya seperti buah sukun. Berbiji besar tak macam nangka dan dan tak macam sukun pula yang bijinya halus halus. Nak kupas kulitnya kenalah sediakan minyak kacang disapu kat pisau dan tangan, jika tidak bergetah ler pisau dan tangan.
Buah kulor ni saya masak kari daging. Rempahnya campur sendiri... belajar dari blog ni berminat sila baca kat blog ni ye... http://www.theyummylife.com/italian_seasoning_curry_powder_poultry_seasoning. Banyak resepi yang bermanfaat dan berkhasiat bolih dicuba diblog ni.
Saya tambahkan bahan yang dikisar bawang merah, bawang putih, serai dan chili kering.. lebih chili lagi pedas dan power kick... Rebus daging terlebih dahulu, kalau tak cuma cuma liat daging tu. Ditumis bawang hiris sehingga wangi dan gareng, taruh rempah, bahan kisar dan daun kari, biarkan sebentar kemudian taruh kerisik dan santan, mendidih masokkan daging. Bila kuah dah kering sikit baru taruh Buah kulor ni ia cepat empuk. Ikutler citarasa sendiri nak kering ke atau berkuah....
Sekarang ni sekiranya masak kari saya gunakan rempah campuran buat sendiri dari blog tu, Darlingku pun suka, katanya kari ataupun gulai yang dimasak sedap tak macam rempah kari biasa....
No comments:
Post a Comment