Keembong-Balsaminaceae pokok ni senang ditanam campak je benihnya kat tanah yang dah digemburkan, bercambah dalam beberapa hari je, ia memerlukan pancaran cahaya matahari. Banyak ditanam dihalaman perkampungan dibuat hiasan. Bunganya cantik berlapis lapis ada berwarna pink, merah, ungu, putih. So far saya ada warna pink. Itu pun dari tanaman Darlingku dipejabatnya, rakan kerjanya seorang berbangsa tionghua selalu juga meminta pokok keembong ni, pernah juga Darlingku tanya untuk apa...tu dia saya lupa...tapi bila baca buku tentang herbs ada pulak mengenai khasiat serta manfaat pokok ni. Tulis je lah sikit sikit. Baru baru ni Darlingku memberitahu dia baru dapat benih warna ungu dan warna yang lain dan dah disemai kat ruang garden dipejabatnya nanti sekiranya dan berbuah dan dikeringkan buahnya dah bolihlah dibuat benih dan berikan padaku....mmm....tunggu je ler.
Akarnya untuk merawat reumatik, tegang leher, sakit pinggang ditumbuk lumat dan ditampalkan pada tempat yang bermasaalah.
Batangnya merawat penyakit kulit berkaitan dengan darah, reumatik bengkak - ditumbuk lumat pupurkan ketempat yang sakit tu ler.
Bijinya banyak kahak, sakit tekak, batuk, penawar racun ikan aduh! yang ni lupa caranya.
Daunnya merawat luka, rambut gugur sakit kuku, sakit kepala, terseliuh, caranya ditumbuk lumat ditampal pada bahagian bermasaalah
Bunga sakit saraf terseliuh
Pokok induknya berbunga lebat tak putus putus berbunga pink... bijinya sempat dikeringkan dan disimpan, dalam pasu ni, pokok tumbuh sendiri setelah berbunga dan biji nya jatuh bertaburan...Pokok induk nya dah dicabut...
No comments:
Post a Comment