Monday

Pokok Jeramin dan bunga keluaran dari pokok sayuran dan herba

Tahun lepas sebelum Emak sakit ada tanam pokok Jeramin. Pokok tu mati selepas beberapa bulan kerna salah saya ler... :(  tak pandai menjaganya.  Emak sangat suka dengan pokok jeramin tu. Pokok Jeramin ni saya beli dinursery, dihighway pasir gudang keitka pulang dari pasar tamu kat Masai. Kat nursery tu memang regular saya pergi untuk membeli tanah campuran dan sekiranya ada beli pokok yang diminati beli ler. Kebetulan pokok ni pulak tinggal satu pasu, saya pun beli. Bila pokok ni dah stabil nak kerat sikit dan biakkan, moga moga dapatlah lebih dari satu pasu. Darlingku juga minta tanamkan untuknya, dia nak tanam kat office, InsyaAllah...sabor ler menunggu ye... 
AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, Syukran...seronok bila melihat pokok pokok yang ditanam berbunga walaupun ia dari pokok herba dan sayuran. ia tetap cantik dan menawan. 

Mmmm bila melihat pokok pokok sayur dan herba berbunga  nak pulak cuba tanam pokok bunga. Benih bunga telah dibeli tapi belum sempat semai lagi. Yang sempat semai bebawang Gladiolus dibeli dengan Diana dari kebunbahagiabersama. Wahh... cantik bila bunganya kembang warna peach dan pink mmmm...terlupa pula nak snap, atau mungkin dah snap tapi tak tahu simpan difile yang mana.  Jiran yang lalu asyik tegur je tengok bunga tu...cantik dan unik kata mereka.  Second round order dengan Diana beli lagi tapi kali ini bebawang tu saya berikan pada Darlingku, dia cuba nak tanam....nanti lihat je lah bunga yang ditanam warna apa lah pulak? Begitu juga sebiji bebawang Harum Sundal Malam yang dibeli dengan Encik Iskandar dari Tanamsendiri.com, yang lain saya tanam kat pasu, nampak tumbuh dengan subur tapi belum lagi berbunga.

Pokok Naga Buana dan Pokok Som Jawa dah stabil dan berbunga,  pokok Som Jawa dan Naga Buana dibeli dari SeriSubuh AgroFarm. Pokok Naga Buana pula dah ada anaknya yang mungkin agaknya dari guguran bunganya. Semasa free kemas kini ler pokok pokok yang ada terlihat ada seperti pokok dukung anak, saya biarkan ia membesar tapi ternyata ia anak pokok Naga Buana, apa lagi pindahkan ia kat pasu kecil dulu. 
  
Pokok Zigzag burung, so far belum dicantas dan diperkemaskan. Saja dibiarkan tumbuh tak dibelai, yang belai burung burung datang hinggap sesuka lah burung tu berkicuan kat dahannya...kerna saya asyik tumpukan perhatian pada pokok pokok herba dan sayur je... 

Pokok Matahari kali ini tumbuh pendek je dah mengeluarkan bunga, bunganya pulak kecil je. ok ok je lah...seronok juga tengok pokok yang sedang berbunga.
  
Bunga putih...favourite saya bunga melur sekiranya berbunga pasti petik cium cium harumnya bau.. putik kuntum yang belum kembang bolih dikeringkan dan dibuat teh, so far belum cuba keringkan. Lagi menikmati keharuman  dan kecantikkan bunganya berkembang. Ada beli yang dah siap kering putik kuntum bunga melur untuk dibuat minuman..sedap juga air nya. Bunga yang dah mekar ni bolih dimakan begitu saja, kekadang sambil cantas tangkainya dan daunnya saya makan bunga yang dah mekar...

Pokok Bunga senduduk putih ni rajin berbunga, bunganya direndam minum. Pokok ni dibeli dari Nurul diSeri Subuh Agrofarm. 

Tampaka berbunga putih juga. Bebawangnya  saya beli dari Diana, kebun bahagia bersama, ia seperti bawang merah. Bebawang ni banyak kahsiatnya, terutama yang kurang darah. saya beli lebih hari tu separah buat soup dan lebihannya tanam...wahh...dah berbunga.

Pokok bunga putih yang satu lagi tak tahu apa namanya. Bunganya harum sekali baunya. Sekiranya terasa macam nak pening pening lalat gi kat depan halaman tu cium je bau haruman bunga melur dan bunga ni. Kalau tahu nama pokok bunga ni bolihlah beritahu ye....Thank you very nice.

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak yanna,

    Alhamdulillah. Terima kasih untuk perkongsian ttg pembelian akak dari pihak kami di sini :)

    Bunga putih yang berbau harum tu namanya Wrightia religiosa (wild water plum). Di rumah nurul ada juga sepokok. :)

    Kudup bunga senduduk putih juga boleh dimakan segar kalau ke taman di pagi hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam Nurul.

      AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. syukran, memberitahu nama pokok bunga putih tu dan kongsi bersama mengenai kudup bunga senduduk putih yg bolih dimakan. So far akak hanya minum air rendamannya je...InsyaAllah, nanti nak juga cuba rasa makan kudup bunga senduduk putih tu.

      Selamat menjalani ibadah dibulan Ramadhan. Take care n smile always.

      Delete