Thursday

Pucuk Paku Uban serta sayuran dari Pasar Tamu Sarawak - DiMasai

Tiba hari minggu lagi, Darlingku tak bekerja. Santai santai je....tengahhari dia mengajak kepasar tamu lagi...oooo bestnya gembira betul bila bila diajak kepasar tamu sarawak. tak tahulah pulak apa nak dibeli kali ini dan apa yang dijual olih mereka dipasar tamu?
 

Bestnya kali ini beli yang berlainan pulak. Sayur sayuran yang selalu dibeli tetap beli ditambah sayuran yang baru. Wah!!! Pucuk Paku Uban, pertama kali nampak dan tahu. Tanya ler pada sipenjaja sayur ni nama apa? tu mereka kata Pucuk Paku Uban. beliler 2 ikat. Nak juga rasa, mereka kata pucuk paku ni lebih sedap. ok ler balik masak nanti, bila dah makan baru tahu sedap tak. Pucuk paku uban ni hujungnya warna putih seperti beruban, begitulah agaknya ia dapat namanya pucuk paku uban. Balik rumah goreng belacan taruh ikan bilis tumbuk kasar kasar....oooo...best, Pucuk paku uban ni lagi sedap dari pucuk paku kemidin dan pucuk paku biasa. Digoreng sedap, goreng bersama sambal belacan balik balik angkat, agar ranggup tangkainya, dicelur pun sedap makan bersama sambal belacan....mmm....lain kali sekiranya pergi lagi pucuk paku uban je ler beli nampaknya....

 



jumpa pulak buah ni seperti buah nangka ni, penjaja tu kata buah kulor ni. Buah ni macam nangka tapi penjaja tu kata ia lebih sedap dari nangka dan sukun. rasanya sepeti buah sukun,  Buah kulor ni tak digoreng tapi dimasak lemak atau kari atau opor ayam atau daging. Belum lagi masak, masih ada didapur, insyaAllah nanti cerita lagi pasal buah kulor ni. 
Sayuran yang dibeli dipasar tamu Sarawak - Masai.. beli 2 jenis sawi, Sayur sawi sarawak yang sama seperti hari tu beli. Sawi hari tu beli buat jeruk termasin, kali ini beli lagi, so kali ni kena lah berhati hati jangan pula taruh garam terlebih bila buat jeruk tu...dah pun buat jeruk. cara nak menjeruknya pun senang je. InsyaAllah dilain post upload bersama sawi yang lagi satu. 

Buah salak Sarawak dibeli dipasar tamu juga, sekiranya masam buat jeruk je, ternyata isinya rasa manis juga. Keluargaku suka betul makan buah salak ni, tak jadi ler buat jeruk, dua hari dah pun habis makan, makan sambil menonton tv. 






Kuih muih mmmm.... kuih penyaram ataupun cucur jawa tetap beli...puteraku tersenyum bila tanya dia nak tak... ni kali beli lebih sikit. 2 macam kuih yang baru kuih yang ada kelapa, agaknya kuih sagu kelapa namanya kot....sedap, dan kuih dalam celorong, kuih ni ok ok je, yang favorite kuih penyaram dan kuih sagu kelapa... best sedap.


Kuih Sarawak...ni je yang tinggal yang sempat disnap.

No comments:

Post a Comment