Ensabi sawi ataupun sawi sarawak, nama sebenarnya saya tak tahu ler. Sawi dibawah tu tak tahu namanya. 2 jenis sawi yang dibeli dipasar tamu diMasai. Kedua dua sawi ni saya buat jeruk untuk dimakan bersama nasi dan lauk pauk dan bolih juga dimasak bersama asam pedas... memang sedap. Sekiranya beli sayur asin kat pasar tu kekadang masin, tetapi sawi yang saya jeruk ni tak masin. Saya buat ikut citarasa sendiri dan ianya berkhasiat kerna saya menggunakan garam himalaya dan cuka apple cider. Cuka kurma (Khal Kurma belum ada stock) saya gunakan untuk masakkan.
Sawi sawi tu saya celur dahulu sekejap (beberapa saat je) dengan air panas mendidih angkat dan tos. Garam himalaya, stevia/ gula melaka, cuka apple cider dan air secukupnya, dilarutkan, kemudian masukkan air larutan dan sawi dalam balang simpan dalam fridge.
Jika tanya ukuran beberapa, saya taruh je ikut sedap rasa saya sekiranya nak resepi jeruk ni banyak dimuat turun kat blog http://kasihilmar.com/2013/03/28/jeruk-kai-choy-jeruk-kobis-bunga/ blog ni memuat turunkan resepi yang berkhasiat dan banyak tips yang manfaat diberikan untuk kesihatan. Jeruk bunga kobis pun saya dah pernah buat, memang sedap dan ranggup.
Yang dalam tupperware kecil ni saya nak tanam semula, InsyaAllah ia tumbuh membesar sebab dah pernah cuba tanam. Kekadang ada sayur kita bolih kitar semula. Rendamkan akarnya dalam bekas berisi air dalam 2 hari gitu lepas tu tanam ler, kekadang ada jenis sayur yang kena tunggu sampai ia berakar baru bolih tanam. Walau apa pun bolihlah cuba katanya trial n error.
Saya cuba google resepi buat ensabi sawi ni terjumpa pulak yang ni, ada pula cara resepi orang sarawak buat jeruk kat blog ni http://resepisarawakian.blogspot.com/2011/10/perkasam-ensabi-sawi-dayak-kimchi-iban.html bab yang ni belum cuba lagi. InsyaAllah nak juga cuba, bila dah tahu yang mana sedap bolih buat je cara gitu.
No comments:
Post a Comment