Saturday

taman koleksi kunyitH

Ni diantara koleksi kunyit kunyit. Taman KunyitH. Pohon ni pun baru sebulan dibeli dari Nursery Seri Subuh Agrofarm. Terima kasih Nurul kerna memberikan satu rizom percuma. Yang dibeli dialih kepasu dan yang free tu ketanah, sebab tak sure tumbuh dengan baik kalau ditanam dalam pasu.
baru dialih kepasu. comel daunnya.



dah berminggu ia macam ni juga tak besar besar. mmm...





gambar diatas ni yang dapat free dari Nurul, ditanam ditanah, yang satu tu rendah sikit.

MasyaAllah dua - tiga minggu pohon kunyit yang diberi percuma ni tumbuh dengan subur dan dan naik seperti ini, yang pendek tu tak tahu mana...hilang gitu.

Sambung mengenai yang dalam pasu tu, saya buat keputusan utk tanam ketanah sebab ia tak membesar dan tiada perkembangan.  Gambar dibawah ni selepas sebulan  pohon kunyit ni saya jaga. Yang dibelakang tu tak membesar dan belum ada perkembangannya lagi. Semoga ia subur macam pohon kunyit didepan tu.



Ni dah jadi taman. Taman koleksi kunyit H



No comments:

Post a Comment