Friday

Adenium plant, pokok kemboja Jepun/Cina or dessert rose

Wahhh....tengok pokok bongsai.  Pokok ni kepunyaan kakak Ah Moi sebelah rumah, pokok ni dijaganya sudah melebih 10 tahun cantik.... macammana bonggol nya tu jadi macam tu tak tahu pulak....mungkin species ia berbonggol... tapi kalau dilihat lihat memanglah cantik juga... few year back cuma admire je pokok kak Ah moi tu, Berberapa bulan dia kemaskan akarnya  keluarkan dari pasu dan kemudian masokkan kembali... tengok je ler, sebab tak minat sangat.



Tengok tu berderet pokok Adenium Kak  Ah Moi tu. Yang putih cantik yg pink pun  cantik juga. Kak Ah Moi izinkan pokoknya disanp. 

.



Ni ler benih adenium berbunga putih diberi olih Kak Ah Moi sebelah rumah....rezeki hari itu ler saya dan kawan (jiran depan rumah saya), kami diberi benih Adenium olih kak Ah Moi. Tak tunggu terus ditanam... masa tu sememangnya tak tahu macam mana nak tanam. Kawan kita tu pun tak tahu juga, eh! eh!seronok betul dia ketawakan saya bila, satu 1 benih ditanam vertical lagi 2 ditanam horizontal. Saya beritahu pd dia cuba mah....trial n error.... later see the result ah.....see which one come out first. ..no harm trying mah..."  dah tanam dispray air.... biar kan wait n see.


Lagi 2 biji benih berikan pada darlingku utk dia tanam diofficenya. Setelah beberapa hari yg tegak dah bercambah. Saya pun baringkan ia....kerna check dgn Mr Google. .. kebanyak mereka yg menanam benih ni horizontal. Play chit sikit ler.... apa apa pun tunggu je  sehingga ia berdaun dan bongol nya keluar. Tetiba mula minat pulak nak tanam pokok ni. 



tak pun sampai seminggu dah bercambah ketiga tiga yang saya tanam tapi yang satu saya cabut dan buangkan sebab ia tak elok nampak ia kuning je... tak hijau, so cabut buang ler. Dah mengeluarkan dua helai daunnya... sesukalah sangat. Sabor je ler menunggu.. Sementara itu baca serba sedikit mengenai bagaimana cara menjaga pokok ni. Mmm kelihatan tak susah sangat...ia sukakan panas dan tak suka air bertakung.... lebih suka pasir, serkam bakar dan cocopeat. Ok lah tu semua tu memang ada tersimpan dan digunakkan untuk tanam pokok pokok selain dari tanah bakar dan tanah liat.




Beriadah sambil bercucuk tanam keindahan berkebun

Tuaian yang lalu yang sempat disnap... dedaun buat masak lauk dan ulam ulaman, pisang digoreng dan pengat pisang. Belimbing buat jeruk uk dimakan kemudian hari, dicampurkan dengan sambal belacan atau masak chili padi...Mmmm masak sambal tumis ikan bilis taruh belimbing pun sedap juga. Tersangatlah indah bila kita bercucuk tanam, menanam sayuran sendiri, nak masak petik je diluar. Tanah tak lah seluas yang ada...so saya tanam je dalam pasu dan bekas bekas yang bolih recycle. Jiran lalu jeling jeling jengok jengok intai intai juga sayuran... bab sayuran yang di luar pagar saya kongsikan bersama jiran jiran yang memerlukan, sekiranya nak, petik je lah tak payah minta izin... hahaha...izin diberi in advance. Sharing is caring untuk dimanfaatkan. 


Ulam Raja buat ulam dan masak lemak udang sedap. pokok Pucuk ubi ada 4-5 batang je. cukup ler buat celur dan dimakan bersama sambal kacang. Berguna juga pucuk ubi ni...AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran...hari itu sakit kepala...pernah terbaca dalam blog gunakan pucuk ubi ni buat tuam...saya ambil 4 - 5 helai daun ni tumbuk tumbuk masokkan dalam pouch kain saya tuam tuamkan kat kepala...mmm ok.

 Tuaian Terung pipit dari Darlingku, dibagi dua untuk dimasak dan direbus airnya untuk ibu dan ayah minum.


Tuaian Mulberry ni dipetik dan sebelum ni ada lagi yg dipetik yg tak sempat disnap. Ini kali buat sirap Mulberry dengan stevia, lepas tu buat jam Mulberry, dapat ler 1/2 botol kecil. Jadi ler bolih buat sarapan nanti disapu pada roti. Jam Mulberry ni bolih juga dicampurkan pada air teh ais kosong, disebabkan jam Mulberry dah manis campur je di teh ais kosong mmmm..diminum sedap ketika dahaga waktu cuaca panas. Daun Mulberry masak pun sedap. Saya masak lemak chili padi ikan....tak terkata sedapnya. Terbaca pulak kat blog Encik Iskandar, tanamsendiri.com...dia masak soup....memang sedap lah tu. Cuba ler, dah tu nak masak lagi.



Pokok pucuk manis ni dah terlalu tinggi sengaja saya biarkan nak tengok buahnya....dapat ler sebiji tu...AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran. tak terbayang betapa gembiranya bila dapat buah yang sebiji ni. maklumlah pertama kali, selalu petik je daunnya dan ditrim pokok agar tak tinggi, tu sebab tak dapat buah ni. Dah tu trim balik pokok pucuk manis ni kasi pendek. Pucuk manis masak tumis air sedap je...makan dengan sambal belacan buah binjai (buah binjai dijerukkan dulu).


Dua Pokok ini pulak tak sure nama apa. Darlingku bawa balik untuk saya, dia tanam di site officenya.. Rajin betul dia cari pokok pokok. Tahu pulak thema berkebun dua tiga bulan ni nak tanam pokok pokok bunga, mmm tak kiralah pokok bunga apa janji berbunga dan berbagai jenis. So far so good... pokok bunga pokok bungaku walaupun kecil lagi sabor je ler.