Wednesday

Pisang Helang, Pisang Raja, Buah Telur dan sayuran

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran, rezeki hasil tanaman, tuaian yang mengembirakan, rahmat dari Allah Azza Wa Jalla.

Semaian benih, pokok membesar dengan suburnya dan  berbuah, rahmat rezeki semaian. Hasil tuaian dari bercucuk tanam sendiri menggunakan tulang empat kerat, jari jemari kotor membajak tanah, berpeluh, peluh tiada menghiraukan sinaran pancaran Matahari, panas terik...yang mengembirakan bila hasilnya dituai untuk dimakan bersama keluarga.

Tuaian pisang serta buah dari office Darlingku, kali ini buah telur adalah 4 -5 biji yang dah masak, Darlingku bawa pulang, begitu juga pisang kepuk yang dah masak yang ditanam dekat belakang officenya. Pisang kapok buat pengat pisang dan goreng pisang je.
Pisang yang warna hijau tu Pisang Raja yang saya tanam belakang rumah. Rezeki ler... tunggu je ia masak, dah masak makan gitu sedap, digoreng pun enak.

Buah telur, trial n error membuat talam buah telur...pandai pandai je tukar resepi...resepi dari talam labu  tapi tak taruh labu saya campurkan buah telur yang dah masak ni, lecek lecek je, lagi pula buah telur ni lembut bila dah masak. Talam buah telur terlupa pula nak snap gambarnya... kesibukkan menyiapkan. Juadah untuk berbuka puasa. Result trial n error talam buah telur.... sedap dan enak, bolihler buat lagi bila ada buahnya.


Beberapa minggu kemudian pisang helang ni pula dah masak.Nama Pisang ni Pisang helang bukan pisang tanduk. Tanya kat Darlingku kenapa dipanggil pisang helang, katanya pisang ini berbuah macam kuku helang ia dlam 5 - 7 biji setandan saja. Buah Pisangnya pula tak sebesar pisang tanduk. Pisang tanduk pula hanya berbuah 1-2 biji setandan. begitulah namanya diberi.  Sedap digoreng dan buat bubur chacha ataupun pengat dicampurkan dengan keledek dan labu serta sagu biji...untuk juadah berbuka puasa.


Kemangi, daun som jawa buat ulam, sedap buat ulam makan dengan sambal belacan dan dengan tempoyak. tomatillo berbuah banyak pula kali ni, emak  makan gitu selepas berbuka. 


Bunga Telang dikumpulkan lagi untuk buat sirap biru. Nak best lagi buat ulam, goreng telur dadar taruhkan bunga telang ni dan buat pewarna kuih lapis.

Buah mahkota dewa yang berwarna merah, hijau ketika belum masak. Kenalah kupas kulitnya dan diracik racik dan dikeringkan. Dah kering bolihlah direndamkan dengan air panas untuk minuman untuk jaga kesihatan.



Sayur sayuran ni untuk dibuat ulam je... ketumbang air, kemangi buat ulam, pucuk ubi saya cuba buat perkasam....mmm tak menjadilah pulak :(  tak pe lah nanti cuba lagi, mungkin silap saya kot...
Timun ni satu je jadi, ada banyak juga yang kecil kecil tapi tak jadi...pokok timun layu gitu je...cabutler yang dapat satu ni je.

Yang bestnya menanam sayur sayuran ni, bila nak makan ulam  atau nak masak petik je kat depan halaman rumah. Fresh from my very own garden. 








Buah Binjai buat sambal belacan binjai

Pergi kepasar, sukanya bila nampak buah binjai ni. Dah lama juga tak merasa buah binjai ni. Buah binjai ni adakala manis adakala masam. Buah yang dibeli ni masam. Pulang dari rumah  buzzy pulak tak lah sempat nak kupas kulitnya, dibiarkan je kat atas para para. Harum semerbak baunya, Emak mencari mana lah datangnya bau buah binjai...terliur jap. Saya mengatakan saya ada beli buah binjai dia tersenyum...memang terliur dibuatnya...tak sabar nak tunggu saya buat sambal belacan makan dengan nasi panas...wowow...
Sebiji ni dicampurkan kat  sambal belacan...tu snap gambar buah binjai dan sambal belacan...power sedap dan enak.

Lagi 2 biji saya kupas kulitnya cincang isinya masok dalam bekas taruh gula perang dan garam himalaya sikit. Rasanya lemak masam masam manis dan terasa juga garamnya. Buat gini pun sedap juga....masa saya buat tak lah bolih tahan....terliur... merasa sikit... sedapnya... nasib baiklah buat ketika menyiapkannya ketika masakkan sahur...  dah siap simpan masokkan kedalam fridge, bila nak makan senang campurkan je dengan sambal belacan ataupun makan gitu je dengan nasi.


Monday

Pokok Jeramin dan bunga keluaran dari pokok sayuran dan herba

Tahun lepas sebelum Emak sakit ada tanam pokok Jeramin. Pokok tu mati selepas beberapa bulan kerna salah saya ler... :(  tak pandai menjaganya.  Emak sangat suka dengan pokok jeramin tu. Pokok Jeramin ni saya beli dinursery, dihighway pasir gudang keitka pulang dari pasar tamu kat Masai. Kat nursery tu memang regular saya pergi untuk membeli tanah campuran dan sekiranya ada beli pokok yang diminati beli ler. Kebetulan pokok ni pulak tinggal satu pasu, saya pun beli. Bila pokok ni dah stabil nak kerat sikit dan biakkan, moga moga dapatlah lebih dari satu pasu. Darlingku juga minta tanamkan untuknya, dia nak tanam kat office, InsyaAllah...sabor ler menunggu ye... 
AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, Syukran...seronok bila melihat pokok pokok yang ditanam berbunga walaupun ia dari pokok herba dan sayuran. ia tetap cantik dan menawan. 

Mmmm bila melihat pokok pokok sayur dan herba berbunga  nak pulak cuba tanam pokok bunga. Benih bunga telah dibeli tapi belum sempat semai lagi. Yang sempat semai bebawang Gladiolus dibeli dengan Diana dari kebunbahagiabersama. Wahh... cantik bila bunganya kembang warna peach dan pink mmmm...terlupa pula nak snap, atau mungkin dah snap tapi tak tahu simpan difile yang mana.  Jiran yang lalu asyik tegur je tengok bunga tu...cantik dan unik kata mereka.  Second round order dengan Diana beli lagi tapi kali ini bebawang tu saya berikan pada Darlingku, dia cuba nak tanam....nanti lihat je lah bunga yang ditanam warna apa lah pulak? Begitu juga sebiji bebawang Harum Sundal Malam yang dibeli dengan Encik Iskandar dari Tanamsendiri.com, yang lain saya tanam kat pasu, nampak tumbuh dengan subur tapi belum lagi berbunga.

Pokok Naga Buana dan Pokok Som Jawa dah stabil dan berbunga,  pokok Som Jawa dan Naga Buana dibeli dari SeriSubuh AgroFarm. Pokok Naga Buana pula dah ada anaknya yang mungkin agaknya dari guguran bunganya. Semasa free kemas kini ler pokok pokok yang ada terlihat ada seperti pokok dukung anak, saya biarkan ia membesar tapi ternyata ia anak pokok Naga Buana, apa lagi pindahkan ia kat pasu kecil dulu. 
  
Pokok Zigzag burung, so far belum dicantas dan diperkemaskan. Saja dibiarkan tumbuh tak dibelai, yang belai burung burung datang hinggap sesuka lah burung tu berkicuan kat dahannya...kerna saya asyik tumpukan perhatian pada pokok pokok herba dan sayur je... 

Pokok Matahari kali ini tumbuh pendek je dah mengeluarkan bunga, bunganya pulak kecil je. ok ok je lah...seronok juga tengok pokok yang sedang berbunga.
  
Bunga putih...favourite saya bunga melur sekiranya berbunga pasti petik cium cium harumnya bau.. putik kuntum yang belum kembang bolih dikeringkan dan dibuat teh, so far belum cuba keringkan. Lagi menikmati keharuman  dan kecantikkan bunganya berkembang. Ada beli yang dah siap kering putik kuntum bunga melur untuk dibuat minuman..sedap juga air nya. Bunga yang dah mekar ni bolih dimakan begitu saja, kekadang sambil cantas tangkainya dan daunnya saya makan bunga yang dah mekar...

Pokok Bunga senduduk putih ni rajin berbunga, bunganya direndam minum. Pokok ni dibeli dari Nurul diSeri Subuh Agrofarm. 

Tampaka berbunga putih juga. Bebawangnya  saya beli dari Diana, kebun bahagia bersama, ia seperti bawang merah. Bebawang ni banyak kahsiatnya, terutama yang kurang darah. saya beli lebih hari tu separah buat soup dan lebihannya tanam...wahh...dah berbunga.

Pokok bunga putih yang satu lagi tak tahu apa namanya. Bunganya harum sekali baunya. Sekiranya terasa macam nak pening pening lalat gi kat depan halaman tu cium je bau haruman bunga melur dan bunga ni. Kalau tahu nama pokok bunga ni bolihlah beritahu ye....Thank you very nice.

Ensabi sawi

Ensabi sawi ataupun sawi sarawak, nama sebenarnya saya tak tahu ler. Sawi dibawah tu tak tahu namanya. 2 jenis sawi yang dibeli dipasar tamu diMasai. Kedua dua sawi ni saya buat jeruk untuk dimakan bersama nasi dan lauk pauk dan bolih juga dimasak bersama asam pedas... memang sedap. Sekiranya beli sayur asin kat pasar tu kekadang masin, tetapi sawi yang saya jeruk ni tak masin. Saya buat ikut citarasa sendiri dan ianya berkhasiat kerna saya menggunakan garam himalaya dan cuka apple cider. Cuka kurma (Khal Kurma belum ada stock) saya gunakan untuk masakkan.

Sawi sawi tu saya celur dahulu sekejap (beberapa saat je) dengan air panas mendidih angkat dan tos. Garam himalaya, stevia/ gula melaka, cuka apple cider dan air secukupnya, dilarutkan, kemudian masukkan air larutan dan sawi dalam balang simpan dalam fridge.

Jika tanya ukuran beberapa, saya taruh je ikut sedap rasa saya sekiranya nak resepi jeruk ni banyak dimuat turun kat blog http://kasihilmar.com/2013/03/28/jeruk-kai-choy-jeruk-kobis-bunga/  blog ni memuat turunkan resepi yang berkhasiat dan banyak tips yang manfaat diberikan untuk kesihatan. Jeruk bunga kobis pun saya dah pernah buat, memang sedap dan ranggup.

Yang dalam tupperware kecil ni saya nak tanam semula, InsyaAllah  ia tumbuh membesar sebab dah pernah cuba tanam. Kekadang ada sayur kita bolih kitar semula. Rendamkan akarnya dalam bekas berisi air dalam 2 hari gitu lepas tu tanam ler, kekadang ada jenis sayur yang kena tunggu sampai ia berakar baru bolih tanam. Walau apa pun bolihlah cuba katanya trial n error.










Saya cuba google resepi buat ensabi sawi ni terjumpa pulak yang ni, ada pula cara resepi orang sarawak buat jeruk kat blog ni http://resepisarawakian.blogspot.com/2011/10/perkasam-ensabi-sawi-dayak-kimchi-iban.html bab yang ni belum cuba lagi. InsyaAllah nak juga cuba, bila dah tahu yang mana sedap bolih buat je cara gitu.                 

Sawi yang telah dijeruk dimasokkan kedalam balang dan disimpan dalam fridge...ready to eat lagi 2-3 hari lagi.


Buah Kulor

Buah Kulor.

Buah kulor ataupun breadnut fruit ni ternyata banyak khasiatnya dari vitaminnya: sila rujuk kelink http://www.nutrition-and-you.com/breadfruit.html. Saya baca kat blog Segala tentang Tumbuhan, beliau ada juga menulis article mengenai buah ini, sila baca kat http://fazlisyam.com/2013/02/09/buah-kulor/. Best ler dapat makan buah ni, cuma hari tu beli yang muda untuk dimasak. So far belum ada jumpa atau dijual buah yang dah masak, sekiranya ada nak juga membelinya....kenalah rajin rajin gi kepasar tamu diMasai tu, InsyaAllah, sekiranya ada rezeki pasti ada nanti.

Buah kulor ni luarannya Macam buah nangka, bila dikupas kulitnya bergetah...hah..macam nangka lah tu, tapi kemudian isinya seperti buah sukun. Berbiji besar tak macam nangka dan dan tak macam sukun pula yang bijinya halus halus. Nak kupas kulitnya kenalah sediakan minyak kacang disapu kat pisau dan tangan, jika tidak bergetah ler pisau dan tangan.
Buah kulor ni saya masak kari daging. Rempahnya campur sendiri... belajar dari blog ni berminat sila baca kat blog ni ye... http://www.theyummylife.com/italian_seasoning_curry_powder_poultry_seasoning. Banyak resepi yang bermanfaat dan berkhasiat bolih dicuba diblog ni. 

Saya tambahkan bahan yang dikisar bawang merah, bawang putih, serai dan chili kering.. lebih chili lagi pedas dan power kick... Rebus daging terlebih dahulu, kalau tak cuma cuma liat daging tu. Ditumis bawang hiris sehingga wangi dan gareng, taruh rempah, bahan kisar dan daun kari, biarkan sebentar kemudian taruh kerisik dan santan, mendidih masokkan daging. Bila kuah dah kering sikit baru taruh Buah kulor ni ia cepat empuk. Ikutler citarasa sendiri nak kering ke atau berkuah....


Sekarang ni sekiranya masak kari saya gunakan rempah campuran buat sendiri dari blog tu, Darlingku pun suka, katanya kari ataupun gulai yang dimasak sedap tak macam rempah kari biasa....

   


Sunday

Jemput jemput betik

Jemput jemput atau  cucur sama je kot...beruntunglah sekiranya ada menanam buah buahan dikebun, buah buahan yang sudah masak bolihlah dipetik makan gitu taupun buat kuih, dessert ataupun jus, bagi yang tak punya bolihlah beli kat pasar ataupun kat pasar raya. Buahan buahan selalunya dimakan gitu saja, dimasak, buat jeruk, halwa, puding ataupun kek dan berbagai lagi terpulang pada creativity sesaorang itu untuk membuatnya.  


Buah betik yang telah ranum ada 2 biji, besar pulak tu, dibelah buahnya berwarna merah...makan gitu dah, nak buat apa pulak ye? Saya cuba google cari resepi betik, terjumpa cucur betik kat resepi.com, mmm.... apa lagi saya pun mencubanya. Diresepi tu disuruh lecek dan blender betik tu, tak pulak saya buat gitu, saya parut betik tu kerna suka bil makan jemput jemput ada terasa buah betiknya. Saya gunakan serbok stevia, tepung gandum dan air secukupnya. Gaul seperti buat jemput jemput yang lain. Selalunya adunan jemput jemput saya perapkan dalam fridge 3-4 jam ataupun semalaman baru goreng.

Malam sebelum siapkan lauk untuk bersahur sempat goreng sikit, masok mulut sendiri ler dulu....amboiii...sedapnya, lagi sedap betik dari pisang. wah...ada juadah baru untuk berbuka puasa jemput jemput betik dan kastard betik...kastard betik campur je ler seperti buat kastard yang lain. Buka fridge pula ada agar agar laut kering campurkan sekali kat tepung kastard taruh santan dan serbok stevia, sejukkan...mmmm sedap juga. Bila sekiranya ada betik yang dah masak tu dan dah ranum dan lembik sikit, bolih lah buat jemput jemput. 

Selain dari Pisang, Buah sukun, Betik, Buah Telur pun sedap juga dibuat jemput jemput. Rasanya sedap dan enak. Trial n error tidak mengecewakan. Bila ada buah buahan yang dah ranum sangat tu bolihler cuba buat ye...Selamat mencuba.

Thursday

Bunga Telang, air sirap biru campur limau nipis jadinya...

Pokok BungaTelang tahun lepas telah dicabut pada awal permulaan tahun ini, disemai pula yang baru dari benih pohon bunga telang yang dicabut. Banyak betul kacangnya dapatler semai lagi, ni dah naik pohon Bunga Telang, merimbun dan banyak bunganya. setiap dua hari kutip bunganya.

Cantik.... suka ler sesangat melihatnya.
Bunga Telang yang dituai adakalanya buat ulam, selebihnya dikumpul buat air sirap biru. Hari tu ada terbaca kat lelaman Tamansendiri.com Encik Iskandar berikan tip tentang bunga Telang, sekiranya nak buat air warna merah perahkan limau nipis.  Terima kasih Encik Iskandar dari Tamansendiri.com memberikan idea tu. 

Good idea betul...kebetulan Darlingku suka minum air sirap limau ice....saya pun buatkan untuk berbuka puasa, untuk Darlingku dan keluarga minuman sejuk air sirap limau bunga telang,mmm....warnanya tak lah merah but more to light purple. Tak kisah ler warna merah ke, purple ke, asalkan bolih diminum dan sedap dan bagusnya tak ada perwarna langsung. Semuanya dari alami semula jadi, pokok organic tanaman sendiri. Bunga Telang direbus dibancuh dengan serbuk stevia sebagai pengganti gula, stevia ni lebih elok jka  dibandingkan dengan gula kemudian simpan ready to drink, apa apa perisa tinggal campur je, bila nak minum air biru mint campurkan daun mint, nak minum air sirap merah campurkan sirap bunga telang dengan limau  nipis, sekiranya nak plain biru pun ok, campur dengan madu strawberry pun sedap.  Sirap bunga Telang, sirap Roselle dah pun dibuat untuk minuman harian.

Pucuk Paku Uban serta sayuran dari Pasar Tamu Sarawak - DiMasai

Tiba hari minggu lagi, Darlingku tak bekerja. Santai santai je....tengahhari dia mengajak kepasar tamu lagi...oooo bestnya gembira betul bila bila diajak kepasar tamu sarawak. tak tahulah pulak apa nak dibeli kali ini dan apa yang dijual olih mereka dipasar tamu?
 

Bestnya kali ini beli yang berlainan pulak. Sayur sayuran yang selalu dibeli tetap beli ditambah sayuran yang baru. Wah!!! Pucuk Paku Uban, pertama kali nampak dan tahu. Tanya ler pada sipenjaja sayur ni nama apa? tu mereka kata Pucuk Paku Uban. beliler 2 ikat. Nak juga rasa, mereka kata pucuk paku ni lebih sedap. ok ler balik masak nanti, bila dah makan baru tahu sedap tak. Pucuk paku uban ni hujungnya warna putih seperti beruban, begitulah agaknya ia dapat namanya pucuk paku uban. Balik rumah goreng belacan taruh ikan bilis tumbuk kasar kasar....oooo...best, Pucuk paku uban ni lagi sedap dari pucuk paku kemidin dan pucuk paku biasa. Digoreng sedap, goreng bersama sambal belacan balik balik angkat, agar ranggup tangkainya, dicelur pun sedap makan bersama sambal belacan....mmm....lain kali sekiranya pergi lagi pucuk paku uban je ler beli nampaknya....

 



jumpa pulak buah ni seperti buah nangka ni, penjaja tu kata buah kulor ni. Buah ni macam nangka tapi penjaja tu kata ia lebih sedap dari nangka dan sukun. rasanya sepeti buah sukun,  Buah kulor ni tak digoreng tapi dimasak lemak atau kari atau opor ayam atau daging. Belum lagi masak, masih ada didapur, insyaAllah nanti cerita lagi pasal buah kulor ni. 
Sayuran yang dibeli dipasar tamu Sarawak - Masai.. beli 2 jenis sawi, Sayur sawi sarawak yang sama seperti hari tu beli. Sawi hari tu beli buat jeruk termasin, kali ini beli lagi, so kali ni kena lah berhati hati jangan pula taruh garam terlebih bila buat jeruk tu...dah pun buat jeruk. cara nak menjeruknya pun senang je. InsyaAllah dilain post upload bersama sawi yang lagi satu. 

Buah salak Sarawak dibeli dipasar tamu juga, sekiranya masam buat jeruk je, ternyata isinya rasa manis juga. Keluargaku suka betul makan buah salak ni, tak jadi ler buat jeruk, dua hari dah pun habis makan, makan sambil menonton tv. 






Kuih muih mmmm.... kuih penyaram ataupun cucur jawa tetap beli...puteraku tersenyum bila tanya dia nak tak... ni kali beli lebih sikit. 2 macam kuih yang baru kuih yang ada kelapa, agaknya kuih sagu kelapa namanya kot....sedap, dan kuih dalam celorong, kuih ni ok ok je, yang favorite kuih penyaram dan kuih sagu kelapa... best sedap.


Kuih Sarawak...ni je yang tinggal yang sempat disnap.

Penjaja ikan Orang Asli Laut - Johor

Dipagi yang indah, angin sepoi sepoi bahasa. Tiupan angin menderu tapi tak lah kencang sangat...best santai santai ditepian pantai...

Pantai tu diStulang Johor, didaratan kaki lima situ ada Penjaja Orang Asli Laut. Orang asli laut, mereka adalah diantara suku kaum orang asli Johor yang ada dan menetap diatas air laut... membina rumah mereka atas air kat laut lah ye...agaknya lah tu, beruntungler mereka, duduk atas air laut bolih, darat pun bolih, tetapi mereka memilih untuk tinggal diatas air dilaut....macam seronok gitu.
 


Mereka menjual ikan ikan fresh, ketam, udang, lala, siput dan apa sajalah dari laut. Mereka berjualan ditepi daratan kaki lima. Ketika kami sampai kelihatan orang dah pun ramai menunggu penjaja ni naik kedaratan. Sambil memerhatikan ada segelintir yang turun ketepian laut untuk bertemu orang orang laut ni untuk membeli hasil tangkapan mereka. Pemborong ikan agaknya...untuk menawarkan harga yang dibeli tu murah sikit kot. Kami tunggu je kat tepi jalan dikaki lima tu, ada juga penjaja yang telah pun sampai dan menjual tangkapan mereka. Mereka berjaja tiap tiap pagi. Rezeki mereka dipagi hari...





  
Memangler fresh ikan ikan yang dijual, ada yang masih hidup terlompat lompat ikan ikan tu, dan ada juga yang dah mati. 



Sempatlah beli ikan kitang, selar, duri, udang geragau dan ada beberapa lagi ikan. Cukuplah untuk dimasak seminggu dua. Harga ikan ok ok je lah...sekiranya musim tak ada ikan mahal ler, sekiranya ikan banyak harga bolihlah tahan....ok je lah asalkan fresh. Sampai rumah ikan kitang yang dibeli masih hidup lagi....mmm nanti masak asam pedas, campurkan terung asam Sarawak ataupun daun asam roselle..sedap tu.


Wednesday

Keindahan bercucuk tanam

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, Syukran. Indah sungguh bercucuk tanam berkebun walaupun tanah yang ada tak seluas. Apa yang ada itulah kita mulaikan bercucuk tanam.

Begitu lah keindahan alami, fitrah semulajadi rahmat dari Allah Azza Wa Jalla untuk kita nikmati. Betapa kasih dan sayangnya Allah Azza Wa Jalla pada semuan penduduk bumi tersedia indah dan mudah, samada kita ingin mengenalinya dan mengambil tahu info mengenainya dan keyaqinan terhadap apa yang telah diberikan itu terpulang pada individu. Ia tidaklah semahal tidak juga sesakit diguris dengan pisau...hanya sekedar tulang empat kerat, jari jemari yang mengotori tangan mengauli tanah, berpeluh peluh menghadapi sinaran matahari ketika berkebun, luka dan ruam akibat gigitan serangga...itu semua adalah lumrah pekebun yang suka bercucuk tanam dan ia adalah suatu ibadah dan riadah. Apabila bercucuk tanam banyak manfaat untuk kita, selain dapat menikmati tuaian, dapat juga vitamin D dari matahari...tak lah payah gi suntan. 

Bila berkebun barulah tahu nama pokok itu, pokok ini serta sibuk ler pula cari apakah khasiat dan manfaatnya. Apabila kita banyak membaca banyak ler info yang didapati tetapi ia akan hilang begitu saja sekiranya kita tak mencubanya. Ia akan tinggal kenang kenangan saja, cerita diangin lalu yang singgah sebentar kemudian berpergian entah kemana. 

Pengetahuan tentang khasiat serta manfaat yang diberikan olih kawan kawan serta blogger dan juga buku buku herba yang saya baca. Pengalaman mereka memakan pokok pokok herba dan sayur sayuran, mereka berceritakan tentang kejayaan selepas memakan herba herba serta sayur sayuran, lalu muat turunkan diblog ini. Begitu juga pengalaman saya memakan herba herba serta sayur sayuran. Best ler sesangat berkebun ni, bercucuk tanam sangat mengembirakan dan senantiasa memberikan satu kejutan dan senyuman yang terindah dan tidak pernah mengeluh pun kepenatan walaupun berpeluh peluh, jari jemari kotor.

Pengalaman mengajar kita untuk berdoa, berdikari, berusaha, bertawakal, bersabar dan redha diatas ketentuan Allah Azza Wa Jalla. Menanti pokok yang disemai bercambah ketidak, membiak ketidak, berbunga, berbuah dan banyak lagi... yang penting kita dah berusaha memberikan yang terbaik dengan menyirami dan membajainya...so senyum jelah selalu lihat pokok pokok itu. Nikmati keindahannya.


Lilipan zig zag

Lilipan pohon zig zag pedilanthus tithmoloidesc(L) poit pokok ni jiran depan kasi....konon konon exchange pokok gitu. Kebetulan pulak ketika itu dia sedang pruning pokok ni, saya sedang bercucuk tanam...pucuk dicipta ulam mendatang, bila ditanya untuk exchange pokok apa lagi ok ler...kebetulan koleksi pokok bunga memang kurang. lagi concentrate pada pokok pokok herba dan sayur sayuran, dapat menikmati tuaian dari pokok pokok tu.

Daun berzig zag, dahannya pula bergetah seperti susu. Daun berwarna hijau, pokok ni baru beberapa bulan, pasu kecil daunnya pun kecil kecil. Berbunga yang unik, hujung dahannya berbunga bentuk burung. Burung pun suka hinggap kat pokok ni, bila tenghari bolihler duduok kat halaman depan tu nak tengok burung kecil yang cantik berterbangan berkicauan hinggap kesatu pokok kesatu pokok. Kekadang kupu kupu dan lebah juga suka datang hinggap kat pokok....seronok memerhatikannya.  



Ternyata pokok ini ada manfaatnya. Ia bukan sebarangan pokok. Terbaca dalam bukuk herba ia merawat gigitan lipan caranya titikan getahnya pada luka gigitan lipan.

Meredakan bengkak, Merawat patah tulang n luka berdarah serta bisul caranya daun dilumatkan dan ditampalkan  pada tempat yang sakit.


Cermai Mekah / cermai Belanda


Cermai Belanda,  ada juga yang menamakannya cermai mekah, cermai pantai ataupun Surinam Cherry, Brazilian Cherry, or Cayenne Cherry, nama Scientific : Eugenia uniflora. Kenapa dipanggil cermai Mekah saya pun tak tahu kenapa, kerna pernah surf kat blog ;(  (lupa pula nama website tu) dan mereka menamakannya cermai mekah. 
Cermai mekah.ni rasanya kelat ketika hijau, masam ketika ia berwarna merah, bila dah berwarna hitam ia masam masam manis. Buah ni bolih dimakan gitu je. Tu petik buah yang merah, terkelip kelip mata makan...masammm, bila rasa yang hitam ok... manis, sekiranya ada banyak bolih lah dibuat jem, nak dijerukkan pun bolih juga. 




Pokok Cermai Belanda ni baru beberapa bulan umurnya, bercabang cabang. Nak tunggu berbuah kenalah sabor menunggu 1 tahun ke 2 tahun kot. Saya semai dari biji so lambatlah sikit ia nak berbuah.

Khasiat dan manfaatnya untuk kesehatan karena ia kaya dengan zat vitamin yg dipercaya dapat meredakkan berbagai penyakit : 
Daunnya apabila ditumbuk akan mengeluarkan minyak, digunakan sebagai pengusir serangga, anti nyamuk juga ni. Daunnya digunakan sebagai obat sakit perut, meredakkan demam, 

Buah ceremai belanda dimanfaatkan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dan tekanan darah, cirit birit dan banyak lagi.  

Ranting pokok yang dah tua ni sangatler kuat dan liat untuk dipatahkan, bolihlah dibuat tongkat, ada juga yang buat tasbih, apa apa pun terpulang lah pda individu. 

Pokok Cermai Belanda ni sangat ideal untuk dibuat bonsai. 




Tuesday

Kunjungan kepasar tamu-Masai

Kunjungan kepasar tamu Sarawak....bukannya diSarawak tapi pasar ni berada diJB-Masai. Penjaja semuanya orang Sarawak yang menetap diJB. Kebetulan hari itu Darlingku tak buzzy, apalagi  yok gi kepasar tamu. Pertama kali pergi pulak tu, penjaja baru nak mula nak jualan dan ada yang belum tiba lagi. So happy bebenar bila nampak ada jual terung asam, kucai, labu manis, pucuk kemidin, rebung fresh, sawi....lama mencari terung asam dan kucai ni....amboi beli 3 /4 ikat. Darling ku tersenyum, dia faham apa yang ada di kepala otakku ni...apalagi beli lebih tu nak disemai ler separuh masak. 


Kuih penyaram, agaknya lah tu....sedap kata puteraku, apa tak nya kuih manis, sedap je dia makan. Kuih ni berminyak ler sangat, nak makan kuih ni kenalah tekap tekap dgn tissue agar minyaknya melekat kat tissue.

Labu kecil molek tu labu manis....sedap masak lemak atau masak pengat.

Yang kuning tu pula terung asam....terliur betul tengok terung asam ni. Masak asam pedas taruh terung ni sedap, bolih juga goreng terung asam ni dengan sambal serai.....makan nasi panas panas...amboiiiiii  tak yahlah tengok kiri kanan.
 Sayur sawi sarawak ni mereka buat jeruk. Saya pun belajorlah buat jeruk...first time buat termasin, terpaksa cuci dengan air...hilang ler sedapnya...tak pe InsyaAllah pergi lagi beli or kat halaman ada tanam akarnya....dah pun tumbuh....tak bimbang ler. 

Pucuk midin tu macam pucuk paku sedap lah goreng dengan sambal belacan. Pucuk Midin tak lah dapat tanam...tak bolih pun...pucuk lagi. Pucuk Midin ni tumbuh dekat dengan paya kot.

Rebung fresh beli sepacket je...masak lemak cara kampung adoiii sedap hinggakan tak cukup.... ni ler buat Darlingku nak ajak gi pasar tamu ni lagi, bila dimanjakan dengan masakkan yang menyelerakan. Lagi lagi sayur yang jarang dapat.

 AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. syukran. sayur sayur yang susah dicari dah pun dapat ditemui, dimasak dan disemai. Lama tak makan. kucai ni banyak khasiatnya. nanti dilain masa bolih terangkan lah. Kucai yang ada bebawangnya, kucai ni lain dari yang ada kat pasar. sedap digoreng berlada taruh tahu dan tempe. Kali ni masak tak merasa bebawangnya, apalagi nak semai lah. dah pun elok tumbuh kucai ni kat belakang rumah dan dalam bekas. Lama tak update blog macam macam nak diupload, insyaAllah...ada masa terluang akan upload.

Keembong


Keembong-Balsaminaceae pokok ni senang ditanam campak je benihnya kat tanah yang dah digemburkan, bercambah dalam beberapa hari je, ia memerlukan pancaran cahaya matahari. Banyak ditanam dihalaman perkampungan dibuat hiasan. Bunganya cantik berlapis lapis ada berwarna pink, merah, ungu, putih. So far saya ada warna pink. Itu pun dari tanaman Darlingku dipejabatnya, rakan kerjanya seorang berbangsa tionghua selalu juga meminta pokok keembong ni, pernah juga Darlingku tanya untuk apa...tu dia saya lupa...tapi bila baca buku tentang herbs ada pulak mengenai khasiat serta manfaat pokok ni. Tulis je lah sikit sikit. Baru baru ni Darlingku memberitahu dia baru dapat benih warna ungu dan warna yang lain dan dah disemai kat ruang garden dipejabatnya nanti sekiranya dan berbuah dan dikeringkan buahnya dah bolihlah dibuat benih dan berikan padaku....mmm....tunggu je ler.


Hari tu gi library terjumpa pula buku mengenai herba dan ada pula mengenai pokok keembung, secara ringkas je saya memuat turun diblog ni disebabkan belum pernah cuba :

Akarnya untuk merawat reumatik, tegang leher, sakit pinggang ditumbuk lumat dan ditampalkan pada tempat yang bermasaalah.

Batangnya merawat penyakit kulit berkaitan dengan darah, reumatik bengkak - ditumbuk lumat pupurkan ketempat yang sakit tu ler.

Bijinya banyak kahak, sakit tekak, batuk,  penawar racun ikan aduh! yang ni lupa caranya.

Daunnya merawat luka, rambut gugur sakit kuku, sakit kepala, terseliuh, caranya ditumbuk lumat ditampal pada bahagian bermasaalah

Bunga sakit saraf terseliuh

Pokok induknya berbunga lebat tak putus putus berbunga pink... bijinya sempat dikeringkan dan disimpan,   dalam pasu ni, pokok tumbuh sendiri setelah berbunga dan biji nya jatuh bertaburan...Pokok induk nya dah dicabut...

Kemangi, selaseh/ basil

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. syukran, daun serta pokok herba yang ditanam bermanfaat. Bila kita manfaatkan sumber alami yang dikurniakan olih Allah Azza Wa Jalla, insyaAllah tak memudharatkan sekiranya diambil dengan berpatutan. Nenek moyang kita dahulunya pun memakan sayur sayur fresh samada mereka tanam sendiri ataupun diambil dihutan...tiadalah mengalami sakit sakit seperti sekarang ni. Mereka berkerkebun dan bersawah berekar ekar mengunakan tulang empat kerat mereka. Semoga dicucur rahmati keatas mereka yang telah lama meninggalkan kita, Al fateha. Semoga warisan yang mereka tinggalkan masih lagi diikuti olih kita cucu cicitnya sekarang, kerna ni jugalah coretan dimuat turunkan untuk rujukan sendiri kelak dan generasiku akan datang insyaAllah.

Basil, sweet basil, lemon basil, holy basil dan banyak lagi keturunan basil, nama melayu kemangi, selaseh. Kemangi ataupun selaseh pokok ni semuanya seakan tetapi berlainan rupa dan jenis seakan adik beradiklah tu... Daun, biji serta akarnya berkhasiat dan manfaat juga, tak jauh beza yang penting ia adalah herbal yang mengandungi banyak khasiat yang telah dimakan olih generasi terdahulu. Bolih juga memakannya sebagai ulam ataupun dimasak atau direndam ke air suam ataupun dicampur untuk pada jus, kerabu dan lain lain.

Cara untuk menyimpan daun kemangi/ selaseh/ ataupun pudina berbagai bagai, cuci, setelah dicuci bersih :

Diblender halus daun serta tangkai yg lembut tu dan  disimpan dalam bekas kemudian simpan dalam fridge untuk kegunaan beberapa hari.

Bolih juga taruhkan dalam bekas ice cube, taruh air dan taruh daun 3 atau 5 helai dikeraskan, cara gini pun senang bila nak masak taruh je icecube yg berisi daun kemangi ni ke lauk ia dijadikan sebagai perasa lauk. selain dari taruh air dibekas ice cube tu bolih juga taruh minyak zaiton kedalam bekas ice cube buat seperti air batu, nak masak taruh je dalam periok. Bila dah keras air atau minyak yang berisi daun tu masokkan dalam tupperware untuk kegunaan nanti.

Saya dah cuba buat, ia memudahkan dan kerna pokok kemangi/selaseh tu kena selalu dituai olih saya. Kekadang buat air sirap taruhkan ketulan ice yg berisi daun kemangi ataupun daun pudina.

kemangi berbau wangi sikit seakan akan bau lemon

Biji selaseh dikatakan bolih meredakan demam melancarkan peredaran darah mengatasi masaalah pencernaan. sekiranya nak tidur lena sikit, rendam biji selaseh lebih sikit dalam air panas dan diminum air  serta makan biji selaseh tu, InsyaAllah. Yang ni saya dah cuba untuk diri sendiri dan untuk ayah dan ibu.

Daun kemangi, selaseh/ basil juga bermanfaat menghilangkan bau mulut, badan, dikatakan meningkatkan peredaran darah, saya selalu juga minum air rendaman daun ni. Selalunya rendaman air kayu manis, cengkeh dan pelaga sememangnya telah tersedia dalam flask air panas, bila terasa nak minum taruh  daun kemangi lemon n kemangi hitam ataupun daun pudina beberapa helai kedalam glass tutup....biarkan sekejap minum, minum suam ataupun nak sejuk pun bolih so far oklah untuk kesihatan.

Memakan herba herba ni perlukan kesabaran kerna ia bertindak dengan membetulkan sistem sistem dalaman secara fitrahnya. Bab perpatah biar lambat asal selamat. Dikatakan ia juga menghilangkan kembung perut dan juga masaalah sakit perut, menguatkan buah pinggang, badan lesu, migrain, menurunkan panas, sakit kepala, Daun ditumbuk lumat ditampal pada bekas gigitan binatang yg berbisa, sengal badan, sakit sendi dan sakit kepala mmmm... bab sakit pinggang saya dah pernah cuba, lumutkan daun dan pupukkan kat pinggang pakai bengkong. akan terasa berangin sikit selepas beberapa mint...gunakan sehingga berkurangan atau baik sakitnya. InsyaAllah, redalah tu. apabila saya nak bercucuk tanam, sapu je daun ni atau daun yang apa saja bermanfaat agar semut atau binatang lain tak gigit....kulit ni sensitive sikit...bolihlah cuba insyaAllah, tak cuba tak tahu, bila dah tahu senyum selalu.

Biji benih kemangi hitam ni dibeli dari Seri Subuh Agrofarm - pokok kemangi ni dah dituai banyak kali, tangkainya pula recycle semai semula kat dalam pasu, best tak terbuang pun tangkainya kitar semula. tumbuh pokok baru. bertambah tambah pokok kemangi

Tangkai tangkai daun kemangi dan selaseh disemai semula dah tumbuh daunnya, apabila dah besar sikit dialih kepasu atau bakul yang dikitar semula juga.
.
.