Thursday

Pisang embun


Tak sure sangat apakah ini mungkin juga Pisang embun, tapi nampak nya sama seperti Pisang embun bila check diblog walking. Hari itu saya goreng, sedap...mmmm.....sempat pesan lagi dengan suamiku kalau ada nak goreng sira dengan chili. Tu dia semalam bawa balik lagi pisang ni, Semalam setelah dibahagi bahagi dengan rakan sekerjanya dia membawa pulang sesisir. kali ini nak digoreng gareng kemudian disira dengan sambal chili...sedap, mungkin bolih juga dimasak curry, tak sure. Tadi ada tinggalkan dua ulas nanti bolih lah  cuba masak curry ataupun dibiarkan masak... kalau makan gitu pun agaknya sedap? 


 dibersihkan buang kulit yang hitam dan tampok tampoknya rendam dalam bekas air garam

 dihiris nipis nipis agar gareng nanti bila digoreng

 ni dia dah digoreng gareng dia kecut sikit tapi gareng sedap...sambil goreng sambil rasaler...

bila dah sejuk pisang goreng ni, sambal tumis pun dan sejuk sirakan sehingga ia sebati. Jadinya ginilah.

siapa lah ada jual anak pohon berry ajaib?

Ketika ini saya sedang mencari anak pohon berry ajaib. tak tahu lah pula kenapa teringin sangat nak cari anak pohon buah ini. sekiranya ada sesiapa yang ada jual anak pohon berry ajaib beritahu ler. Pohon ni nampaknya banyak khasiatnya, nak juga tanam dihalaman rumah. Apa saja pohon yang bermanfaat nak aje saya menanamnya. so far so good.. dah ada juga sedikit pohon pohon herba herba. Pohon berry ajaib ni je yang belum ada...Sabor jelah menunggu dan mencari siapa ada menjual anak pohon ni..





 

Wednesday

Senduduk Putih

Pohon senduduk putih tanaman suamiku tumbuhnya subur dan banyak bunga. Jealous jap..melihatnya, dah tu siap gunting ditangan nak kerat batang pohonnya, mmm...cuma cuma kena tegur dengan suamiku bila saya nak kerat batangnya senduduk ni nak tanam kat rumah...hihihihi.. Suamiku kata nanti tak hidup kalau kerat gitu. kalau nak nanti ada anaknya kena cabut dengan akar akar serta tanahnya, baru tumbuh.... oklah...tak jadi kerat tapi sempat ambil buahnya yang dah kering...manalah tahu tumbuh nanti...mudah mudahan berjaya tumbuh. tunggu aje.

Pohon senduduk putih ni banyak juga khasiatnya, tapi tak sure sangat apa khasiatnya. InsyaAllah bila free blog walking bolihlah membaca apakah khasiatnya senduduk putih.

Tanaman Suamiku


Hari tu sempat pergi ketempat kerja Suamiku. Tanamannya mempersonakan, semua yang ditanam subur subur belaka, pohon  berbunga, pokok buah buahan, pohon sayur tak banyak yang ada bila ditanam tikus makan benihnya, tak sempat nak tumbuh.

 Pohon lidah Jin, berbunga. Cantik bunganya.

Ini pohon apa saya tak tahu. Bunganya cantik batangnya berduri. Mmmm...nanti nak juga tanam dirumah. bila belum tahu lagi? senyum selalu...girangnya.


Pokok Bunga kertas


pohon kekbong


Pokok limau kasturi ni subur betul banyak buah limaunya..bila nak buat sambal pesan je...saya tanam juga pohon limau kasturi tapi tak besar besar.. sabor je ler.

Bunga Ulam Raja dibiarkan buat benih


Pohon Ulam Raja ni Suamiku tanam dihalaman belakang office containernya. Pohon ulam Raja ni dibiarkan berbunga, nak dibuat benih. 
Cara nak ambil benihnya biarkan sepohon atau dua sehingga berbunga, bila dah berbunga bunga itu akan kering dan kelopaknya akan jatuh dan kelilingnya akan ada benihnya dan dibiarkan kering, bila dah kering barulah bolih dibuat benih dan dipetik. kalau nak simpan simpan dalam aluminum foil dan simpan dalam tupperware masokkan dalam fridge. InsyaAllah bolih simpan berbulan, begitu juga dengan benih benih yang lain.



Bunganya pun cantik, suka sesangat melihat bunga Ulam Raja ni. Ulam Raja yang saya tanam hanya untuk dimakan buat ulam..taklah sampai berbunga begini...


Bunga Kunyit


Pohon kunyitku berbunga. Ini kali pertama melihatnya dari tanaman pohon kunyitku yang ditanam didepan halaman. Cantik, menarik dan unik... Pernah juga melihat gambar bunga kunyit dari tanaman suamiku, tapi tak sempat suamiku bawa pulang. Saya pun terlupa nak beritahu yang bunga ini bolih dimakan buat ulam, so bunga tu kering begitu saja. Kali ini bunga pohon kunyit tak akan disia siakan..AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran saya buat ulam makan dengan sambal belacan mangga, nasi makan panas panas...wow...sedap.




Pucuk Manis


Tuaian hari ini pucuk manis, bendi dan bunga kunyit.  Pucuk manis dimasak bening, Bendi untuk ayah ku, bunga kunyit dah beberapa hari nak petik tapi terlupa..bila hari ni ingat petik buat ulam makan dengan sambal belacan mangga. mmmm sedap.

Ketika ini sedang merawat ayah yang kurang sihat, baru je keluar hospital selama dua bulan..Selain madu dan serbuk kayu manis diberikan untuk minuman, hari hari tuai daun herba sehelai tiga helai dimasak buat soup untuk diberikan pada ayahku, buat lauk buburnya. Ayah dari tak makan sayur sangat dah pun suka makan.


Pucuk Manis ni tumbuh dibelakang ruangan belakang rumah. Anak pohon ini tumbuh setelah pohon pucuk manis yang tua dah dicabut kerana banyak sangat bena. AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin yang ni tumbuh berapa bulan kemudian dengan sendirinya dari biji benih yang pohonnya dicabut. Sedap nanti kalau dah banyak daunnya bolih masak buat lauk, banyak khasiatnya daun Pucuk manis ni.



Pucuk Manis yang ni ditanam dihalaman depan luar gate, walaupun tempatnya kecil bolih juga tanam sikit sikit pohon yang bermanfaat. InsyaAllah.






Friday

Pohon peria

Pohon peria yang lama tu dah dicabut.. masa tu sibuk sangat tak sempat menjaganya, pohon tu kering...cabut je ler. ni baru tanam semasa bula puasa hari tu. Pohon Peria melilit ia didawai dawai ni. nampaknya dah nak berbunga sabar je lah menunggu.

Tebu manis

Bila melihat pohon Tebu ni..dilema jap....apa ketidaknya banyak betul semut hitam kat pohon ni, habis semut tu merayap kat sebelahan pohon. Nak tebang je pohon tebu ni...lagi pula takeup space, dah lah tanah terhad. Tebu ni memang manis semanis nya, tapi saya pulak tak suka makan tebu. Hari tu tebang 4 pohon berikan pada jiran depan dan sebelah, sesangatlah suka mereka. Mmmm nanti fikir fikirkan ler nak tebang habis atau dibiarkan saja yang tumbuh????



Pohon Telang


 Pohon bunga talang dah tumbuh, dua dah dialih ke tanah dan lagi satu ke dalam pasu. Mmm bestnya melihat pohon pohon yang disemai tumbuh dengan baiknya. Benihnya saya beli diTanamsendiri.com link nya : http://www.tanamsendiri.com/2011/02/benih-untuk-dijual-bunga-telang.html dan bolih juga dapat info dari link : http://fazlisyam.com/2011/07/25/bunga-telang/



pohon tersembunyi dipohon puding

Hari ni betul betul tertumpu sepenuhnya pada kebun sayur-sayuran serta pohon herba herba ku, tak lah pula penat...sambil tu cuci pakaian..masok je dalam washing machine habis cerita dah kering jemur. Cuaca hari ni bestnya redup tak berapa panas...tapi tak lah kisah sangat pasal cuaca ni, kalau dah berminat dan mood nak berkebun tak kira cuaca pun...redah je....mmm tak pe esok lusa bolih buat kerja lain pula. 


Emakku pula selepas keluar dari hospital  selama 2 bulan tak balik kerumahku, untuk sementara menumpang jap kat rumah abang. Pokok pokok bunga emak saya tolong jagakan. Terjumpa pohon ni ditepi bersembunyi di pohon puding, cabut dan semaikan ia dalam pasu ni kerna jiran depanku ada mengatakan pohon ni diorang Cina buat ubat. dulu selalu cabut pohon ni buang...tapi sekarang dah tahu khasiatnya, semai je. Minggu yang sudah ada jiran tu anaknya kena sakit mulut emak budak tu berikan anaknya makan daun ni, beberapa hari anak dia dah ok.Mmmm sayapun pernah juga terbaca kat article ketika blogwalking tapi lupa siapa punya blog. tak pe ler nanti bila dah habis update cari siapa punya blog yang ada tulis mengenai pohon ni..


pohon belimbing berbuah lagi


AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. syukran, Pohon belimbing buluh ku berbuah lagi, banyak juga, nanti bolihlah buat jeruk atau masak sambal dengan tumis.  Banyak lagi manfaat pohon belimbing ni. Ada juga terbaca kat blog tu, simpan beras taruh ler duan belimbing yang sudah kering ni kat dalam bekas beras, InsyaAllah tak ada kutu, saya dah pun buat so far ok.



Link info nanti bila free bolih lah baca : http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/10/belimbing-buloh-ubat-demam-panas.html

Pohon kunyit

Daun kunyit lebar lebar dan subur bila ku tanam didepan halaman. Dibelakang rumah pula kecil kecil. Suka tanam pokok kunyit kerna bau aromanya sedap bila ditaruh kedalam masakkan...rendang, lemak chili api dengan labu, buat lemak tempoyak daun daunan kayu...dan lain lain lagi. Tak payah gi pasar beli...hihihi...cakap pasal pasar sememangnya saya tak suka sangat kepasar, tak tahu pula kenapa? sememangnya dari dulu, masok pasar je cepat cepat nak keluar.mmmm. tuler lagi best bercucuk tanam sendiri, bila bila nak petik je dihalaman.



Mangga oh mangga

Mula mula pohon buah mangga ini menghasilkan buah yang manis dan lebat buahnya tetapi tak tahu kenapa sekarang ni buah ni kena petik sebelum dia masak kalau tidak habis tak dapat merasa kerana ulat atau kumbang dah makan dulu, kata kata orang tua tua dulu ada yang buat sambal belacan ketika mangga ni muda tu lepas tu jadi gitu smapailah sekarang. satu beg plastic Suami ku bawa pulang tuaiannya selpas dishare dengan rakan rakannya. mmmm....siapalah dah buat sambal belacan dengan mangga ni...kesian mangga. 

Selain dari buat kerabu, isi mangga ni dicincang atau diparu memanjang kemudian taburler gula lebih sedikit..nak makan gitu pun sedap, makan dengan nasi lagi sedap...


Seronok bila bercucuk tanam...macam macam dapat makan. Suamiku memang suka bercucuk tanam. Ditepi  pejabatnya adalah tanah yang luas juga tuler dia bercucuk tanam bila waktu rehat atau ada waktu terluang. Beruntunglah dia kerja on field disite office.

Pisang Raja udang, Pisang rastali

Seronok bila Suami ku  pulang membawa tuainya. Pisang rastali dah masak Suamiku peram di tempat kerja dia, dah masak bawalah balik kerumah untuk ku. Sedap dimakan gitu dan dibuat jemput pjemput pisang, kek pisang itu je yang tahu.


Pisang ni tak tahu pulak namanya, tapi orang India suka dan pandai makan pisang ni. lepas dibagi bagi dengan kekawan dibawanya pulang sesisir. Kawan Indian suamiku kata pisang ni dibersihkan buang yang hitam hitam tu kemudian potong nipis nipis bersama kulitnya digaul dengan kunyit dan garam tambahler chili sedikit peramkan sekejap lepas tu goreng. sedap katanya... ok nanti akan ku cuba petang ni.


Ni pula pisang Raja Udang. pertama kali lihat dan akan pertama kali merasakannya. Taklah pula tahu sedap ke tidak. Pisang ni belum masak lagi kenlah peram dulu. Nak dimasak atau makan gitu tak tahu pula, nanti bila dah masak baruler tahu....ok. nanti update



Pudina

Pohon pudina dialih ketempat tingkat pinggan mangkok ni, sebelumnya ia didalam bakul. Bila dah alih gini baru nampak ok, nanti bolihlah tambah lain lain herba yang pohonnya kecil kecil ditingkat ni. mmm bestnya bercucuk tanam herba dan sayur sayuran sendiri. Bila nak makan dan nak masak petik je. 


ditingkat atas
 ditingkat kedua

ditingkat ketiga iaitu bawah sekali.
Dibawah ni ada link info mengenai daun pudina. bolih lah baca bila free nanti :
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/10/pudina-peppermint-mentha-piperita.html

Tuai Bendi dan semai bendi emas


Semangat bercucuk tanam pada hari ini sambil menuai bendi. Hari ni semangat betul bercucuk tanam, mengalih pohon pohon sayur dan lain lain, tetiba postmen dari postlaju datang... AlhamdulillahiRobbil'Alamiin, Syukran, benih yang ku tempah buat kali kedua dari Tanamsendiri.com tiba....so happy gitu. senyum dan ceria bertambah semangatler hari ni bercucuk tanam.

Benih-benih  dari Tanamsendiri.com

Tiga pack benih yang telah lama ku nantikan  tanpa buang waktu disemai...kacang panjang renek, spinach dan bendi emas, Yangh lain KIV dulu nak tumpukan pada yang ni dulu..



Puteraku pulang dari asrama hari ini, jengok bendi pun dah bolih dituai. Banyak juga bendi pada hari ni. Sayur bendi ni kegemaran puteraku, kalau 7-10 bendi ni dimasak untuk  hidangan makan malam hanya untuk nya...kita makan  ler sayur lain yang dituai pada hari ini.


Jagung pulut hitam - sweet sticky corn

 Hari sabtu lepas pergi ke Tesco beli barang, perhilah jengok jengok kecounter sayur sayuran...terjeling pula tengok jagung yang berwarna hitam ni.....mmmm... very interesting.. Tengok harganya satu batang jagung ni RM 3.65. Wooow....beli je, nak trial n error lah katakan.
Pulang kerumah cuba beberapa biji jagung ni masak dengan nasi..Mmmm betul juga jagung ni rasanya seperti pulut hitam sedap....kalau makan gitu tak bolih keras. Potong sikit pisahkan jagung dari batangnya keringkan., nanti bolihlah cuba tanam pulak jagung pulut hitam ni..