Friday

Cipluan - tomatillo

Benih pokok ni dibeli dari Tanamsendiri.com. Pokok ni banyak namanya.... cipluan, letup letup, tomatillo...physalis miima linn, Cape Gooseberry. pokok merimbun bercabang yang banyak... bunganya pun canti juga berwarna kuning. Buahnya diselubungi dan bersembunyi didalam seperti diduduk dalam sarang gitu...berwarna hijau bila dah masak berwarna kuning rasanya masam manis...sedap. Sekiranya siram pokok ni tentu cari buah yang dah masak, sambil siram pokok makan buah yang dah masak dan juga untuk emak, emak suka sesangat makan buah ni. Hari tu gi kat pasar raya diSingapore ada jual dalam pack plastic agak agak dalam 20 biji  S$3.95, sekiranya tanam sendiri puas ler makan buah ni.


Ternyata buah ni banyak juga khasiat dan manfaatnya. Daunnya bolih digunakan untuk disapu dikepala untuk sakit kepala dan diperut untuk sakit perut. 

Air rebusannya keseluruhan pokok ni pula untuk memudahkan buang air, menurunkan tekanan darah tinggi, serta panas badan. 

Tak bolih pula gunakkan selalu nanti pening kepala pulak..buahnya pulak tak bolih makan ketika ia belum masak dan hijau...beracun cirit birit dibuatnya... 

so apa apa pun semua herbal yang dimakan perlulah berhati hati... sebagai pecubaan ambil sikit dahulu tengoklah tindak balas badan yang empunya...kalau berjaya InsyaAllah.. tahulah dosnya ketika sakit...

Pokok Ketumbang air


 ketumbang air or Peperomia pellucida tumbuhan ini senang membiak dan tumbuh merata dikawasan halaman dan didalam pasu yang lembab dan teduk. 

Nampak je macam rumput yg tak berguna...dulu buang je tetapi bila baca article dari Tanamsendiri.com barulah tahu bolih dimakan buat ulam dan masak air. Kemudian jiran depan rumah pun beritahu ia berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan. Baru baru ni terbaca pula mengenainya dari http://kasihilmar.com/2013/04/14/ketumpang-air

Pokok yang kecil lagi lembut....Daunnya sepeti jantung, macam juga seperti sireh. Ada juga yang mengatakan pokok ni sireh cina. buah yg bulat kecil bila dah matang berwarna hiaju dan bila dah hitam dah bolih buat benih. 
khasiat dan manfaatnya air rebusannya bolih diminum utk sengal sengal badan dan lengun tulang. daunnya juga sekiranya dilumatkan disapukan kat kepala untuk menghilangkan deman dan sakit kepala. So far saya selalu je makan buat ulam dan masak tumis air. Darling Suamiku makan untuk sakit sengal badan, bila dia makan sengal berkurangan. 

Jiranku pula kata daun ni juga bagus untuk sakit tangan dan mulut...makan gitu je, tahun lepas ada anak anak tu sakit mulut dan tangan tak gi clinic mereka cuma makan daun ni je...so far ok...begitulah cerita pengalaman jiranku.



Pokok herbal yang mudah dan senang dijaga


Sireh ni banyakler kahsiat serta manfaatnya. Tumbuhan yg senang dijaga tak perlu banyak perhatian pun tapi banyak betul manfaatnya.

Daun sireh ni boleh dijadikan ubat  merawat gelgata : ambil beberapa helai daun sireh, panggang kat api tuamkan yang kena tu..lakukan beberapa kali jangan kenakan air.

pernah juga sahabat saya mengatakan yang ayah dia minum air rendaman daun sireh ni untuk kesihatan.

tangkainya pula untuk hidung tersumbat, picit keluarkan lendir di tangkainya dan sapu pada batang hidung tu untuk melegakan pernafasan




Sireh kaduk... bab makan memang sedap kalau dicampurkan bersama tempoyak mmm nama lauk tu lemak tempoyak pucuk pucuk kayu....


Remayung Hijau menjalar tinggi....beli pucuk kat pasar cuba cuba tanam... ni lah dia menjalar tinggi panjatnya..lambat juga nak naik...sabar je...dah menjalar naik petik daunnya buat ulam dan terkadang goreng.

Ekor Angin atau ekor anjing

Ni pula pokok ekor angin ataupun pokok ekor anjing (plantago major linn) ia tumbuh meliar dikawasan halaman yg kering sedikit.   Daun yang tersusun cantik dan rendah dan punyai bunga macam ekor anjing panjang...

Keseluruhan pokok ini bolih digunakan sebagai ubat pernafasan.... Air rebusannya akarnya untuk  ubat batuk, selsema, cirit birit. Sangat berkesan untuk mengeluarkan batu karang dari pundi kencing dan untuk diabetes.  

Pengalaman jiranku memberitahu yang keseluruhan pokok ini bila direbus airnya diminum untuk melawaskan kencing.... kesahihnya jiranku selalu juga memberikan pada anaknya dan dia juga minum air rebusan pokok ni. sekiranya nak cuba biarlah pokok ni besar sikit dan berakar ye.

Pokok dibeli dari Seri Subuh Agrofarm


Anak pokok herbal ni semuanya dibeli dari Seri Subuh Agrofarm tahun lepas dan permulaan tahun ini. AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran. semua pokoknya tumbuh dengan subur dan baik walaupun ada kala ia kurang sihat cepat cepat asingkan pokok tu dan dijaga dengan rapi sehingga ok....beli baja organic dan adakalanya buat sendiri kompos sayur sayuran lebihan yang tak digunakan. Khasiat dan manfaatnya pokok pokok herbal ni banyak juga. cari kat google dan ke library baca buku tentang herbal... tak terbaca....Insya Allah, bila ada waktu terluang nanti nak create dan kumpulkan data menggunakan microsoft Acess...

senduduk putih....ada cerita disebalik pokok senduduk putih ni....hihihi... ku beli jua pokok ni.

Sementara menunggu berbunga untuk dijadikan benih... saya buat ulam je daun nya
 Pokok mangun...baru nak subur ni.... lagi nantikan ia betul betul subur  baru dipetik daunnya
 Pokok Naga Buana  n Halia bara so far belum gunakan.... 


 kekadang gunakan juga untu masak...apa pun nak tunggu hingga pokok ni benar subur dan cantik naiknya


 Pokok pecah beling


 serai bawang


 Teh Africa ataupun Teh bismillah dah banyak pokok ni ...sempatlah kerat dan tanam dah ada tiga pasu, semuanya...elok dan subur. Untuk emak dan Ayah minum teh sesekali.

Kunyit..segar dan subur.

Tuai hasil tanaman


Tuaian daun Remayung hijau, chili hijau daun Ginseng Jawa, bunga Telang akan dikumpul buat air sirap biru...sedap kegemaran Puteraku, Daun remayung hijau digoreng bersama ikan masin... sedap. Daun ginseng jawa pula buat ulam. Tomatillo jerukkan bersama belimbing dan chili hijau dan halia...nanti bolihlah makan dgn nasi, buat selera je...

  Bunga dan daun Nenas kerang rebus buat minum airnya untuk seisi keluarga... rebus taruhkan daun stevia atau serbok stevia sikit dah manis, sedap lagi sekiranya taruh ice cube...sejok lah tu...tak payah beli sirap pekat...hihihi ni lagi khasiat dan manfaat.


 Buah Mulberry dah masak, petikkan untuk emak dan ayah makan....semasa petik tadi sambil tu masok mulut sendiri juga. Pucuk daunnya direndam dalam flask air panas...buat seperti minum teh gitu...sedap juga. Teh mulberry ni dah selalu ayah dan ibu minum...mmm untuk family lah tu. Pokok ni diberi olih Nurul. Terima kasih ye Nurul...pokok mulberry yang sedang berbuah 


 Bayam masak air ...bayam ni sikit je lepas snap gambar ni gi petik lagi...


kacang panjang renek ni goreng.....pokok renek ni selalu berbuah sekiranya nya buat ulam petik je diluar tu...kekadang saya kumpulkan baru di goreng.  Benih kacang panjang renek ni dibeli dengan Tuan Iskandar diTanamsendiri.com sebagai permulaan, lepas tu pandai pandailah keringkan kacang panjang tu buat benih...Tuler bestnya bercucuk tanam...mula mula je kena beli benihnya...bila pokok dah menjadi bolihlah keringkan hasilnya utk dibuat benih...tak perlu kata apa apalah...best.....

Thursday

Pokok Nenas kerang

Nama pokok ni...nenas kerang pokok ni banyak ditanam buat hiasan. Pokok ni macam pokok pandan pun  ye, macam pokok nenas pun ye... ia cantik dibuat hiasan dilaman halaman dan banyak juga khasiatnya. Pokok  ni perlukan tempat yang teduh. OOOooo jiranku nak sangat tanam pokok ni, saya berikan tapi pokok dia terbantut...rupanya pokok ni tak sukakan pada tanah yang keras ataupun terlalu banyak air.... bila saya tuai daunnya berikan sikit pada jiran saya tu, sesukalah dia, sedap air daun ni jika dimasak. saya pun tahu minum air pokok ni dia yang beritahu... hihihi..kongsi kongsilah.

Daunnya rasa manis sikit..tak bolih minum selalu kerna is bersifat sejuk. Dipercayai merawat bengkak, luka, daunnya dilumatkan dan ditampal kebahagian luka atau bengkak, sekiranya susah buang air kecil, selsema, batuk dan banyak lagi bolihlah rebus daunnya dan diminum air rebusnya.







Bunga daun ni macam kerang dalamnya berputik putih. manfaatnya untuk batuk, kekurangan darah, hidung berdarah, gusi atau mulut berdarah, selsema. Bunganya dikeringkan atau baru dipetik direbus hingga mendidih dan minum airnya, insyaAllah ..

Wednesday

Pokok Mahkota Dewa

Tahun lepas gi nursery nak beli pokok Mahktoa dewa tapi dah habis, tapi diberinya dua biji Mahkota dewa.  Balik rumah hiris buahnya bijinya Darling Suamiku tanam ditempat kerjanya. Dah besar satu pokok bawa balik tanam kat pasu....mmmm...masih tak tinggi lagi dan belum berbunga.


Ni pula Pokok Mahkota dewa yg ditempat kerja Darlingku. Amboiiii!!!! buah Mahkota dewa macam apple, macam jambu pun ye... bergayut tunggu masak berwarna merah. Darlingku suka juga bercucuk tanam tapi tak jaga sangat... kerna bercucuk tanam hanya bila dia free dan waktu makan je dia tengok tengok pokok pokok tu. selebihnya pokok tu semua dibiarkan je... isk isk... berbuah pulak tu...


Khasiat kulitnya : dikeringkan dahulu kemudian  diracik dan kulitnya tu ambil sedikit aje tak bolih banyak banyak campurkan kedalam segelas air panas mendidih untuk dijadikan minuman rendaman. macam minum teh gitu... 5 tahun yang lepas saya beli kulit kering mahkota dewa ni, untuk dibuat  minum teh mahkota dewa. berpeluh peluh lepas minum. Ada juga sekarang ni kopi dicampur dengan mahkota dewa dan herba herba lain, pun sedap juga. tapi saya lebih suka minum teh rendaman mahkota dewa. Namanya herbal, InsyaAllah saya cari dan cuba makan ataupun minum, Sekarang ni bolih tersenyumlah... AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran dah ada pokok tanam Mahkota dewa, hanya tunggu ia berbuah masak je...

Ada juga yang mengatakan bahawa daunnya juga bolih digunakan buat ubat tampal tapi saya kurang pasti, so tak nak tulis panjang panjang ler.

masak lemak cili api N9

Lama tak update blog ni...hari tu update sikit je mengenai kunjunganku keGardensbythebay diSingapore. belum habis upadate gambar gambar tu...mmm...internet slow, keyboard laptop pulak buat hal.

semalam hari ni habiskan masa yang terluang berkebun dan membersihkan kawasan yg kecil tu agar kelihatan ok ok je...kemas kini pokok kunyit teringin pula nak masak lemak cili api Negeri sembilan. Arwah Uwan dulu kalau masak lauk tu....bestnya. lama juga tak masak lauk lemak ni. Simple n easy. Asyik masak rendang N9, lemak cili api campurkan tempoyak je...sesekali masak lemak cili api N9...senyumku bila melihat tanaman kunyit dah ada kunyit, serai kat belakang rumah adalah 3-4 bolih bebenor lah masak santan pun ada....hari tu beli ayam tua, masak rendang N9...buka fridge ada burung puyuh, burung puyuh lah pulak hari ni.

Blender cili api, kunyit...serai titik titik...tumiskan bahan yg di blender tadi sekejap agar tak maung...hihii, taruh serai taruh santan..mendidih taruhkan burung puyuh dan daun kunyit sikit dan belimbing...agaknya lah tu..dah lama...bertahun tak masak cam ni...tak tahulah pula hari ni teringin pulak nak masak gini...burung puyuh dah empuk, santan dah pekat padam api... makan ler....sedappppppppppppppppppp...Ayah yang sedang berehat lolap mato bangun...mencari bau masak lemak yang dah lama dia tak bau dan rasa... Mmmm hari ni selero lah ayah...AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran.

Friday

Roses oh Roses

Pokok bunga Rose diGardensbythebay Singapore. Cuci mata ler tengok Bunga Rose ni ye. Bunga Rose ni bukan saya tanam. Bunga ni kat diGardensbythebay...setiap kali nampak pokok bunga Rose ni, saya menelitinya dekat 15 mint...duduk kat situ tengok cium baunya. teliti pokoknya...bestnya.. dapat melihat berbagai bagai pokok bunga rose.


















banyak lagi....nanti sambung ye...

Pokok Pisang emas dan Pisang Raja


Pokok pisang berbuah lagi. Pokok 


Pisang emas dah mengeluarkan jantungnya. Pisang emas ni banyak anaknya. Tumbuh anak anaknya berbuahler ygbahagian dldah besar tu.... lama juga Pokok pisang emas ni tak berbuah. Apa ketidak nya asal tumbuh sikecil tu saya cabut mmmm Darlingku kata macammana pokok pisang tu nak berbuah kerna sikecil baru nak tumbuh dah dicabut.... mmm... baru faham... biarkan je dulu nanti bila dah keluar jatung pisang baru yg kecil tepi tepi tu cabut... dicabut disebabkan ruang sempit lagi dan agar buah pisangnya elok.


Pisang Raja tunggu tua bolihlah tebang. Yang ni pun dekat setahun baru berbuah. ni kali pertama  pokok pisang raja yang ditanam belakang rumah berbuah. Belum masak dah ada orang pesan...kalau masak jgn lupa tau!!!! yelah tu... saya sendiri geram tengok Pisang Raja ni...bilalah ia nak masak.. makan gitu sedap, dibuat goreng pisang pun sedap.....yummy...











Pisang banyak khasiat dan manfaatnya. Pisang mempunyai vitamin c, penyejuk perut dan melawaskan pencernaan.

Kulitnya pula bolihlah dibuat untuk gosok gigi...hihihi tak percaya bolihlah cuba.  kulit pisang bahagian dlm ye bukan luar kulitnya...bersih gigi tau, lepas tu  berus gigi semula dgn air.