Thursday

Buah kuning Telur

Ni buah kuning telur. Sedap rasanya manis, rasanya seakan akan keledek rebus pun ada dan mengeluarkan aroma yang harum dan enak. Saya suka makan gitu saja setelah disejukkan. Emak pula suka buat jus. Bolih juga dibuat kuih bakar dan jemput jemput...mmmm sedap dan best. Buah ni saya tak tanam tapi Suami yg tanam kat office dia....bila berbuah puas ler memakannya. Pokok ia tinggi dan tak lah pula besar dahannya. 


 buah disimpan dalam fridge terlupa nak makan sehinggakan kecut.....hahaha..tak pe masih bolih dibuat jemput jemput....makan sendiri jawabnya.

Buah yang tak bolih disentuh

Buah ini diberi olih kawan Suamiku. Nasihat dia, " bila dah berbuah jangan disentuh." Pohon buah in melilit dan sekiranya berbuah bolihlah tahan. Buah ni tak bolih disentuh ketika ia berada dipohonnya,  merajuk lah ia dan  jatuhlah ia ketika atau selepas disentuh. sensitive betul. Sekiranya dah jatuh tak bolih digunakan kenalah buang. Buah ini hanya akan jatuh sendiri bila ia dah bolih digunakan. Buah ini pahit bukan utk dimakan tapi direbus minum airnya. Ia susah nak dapat dan ditanam berbulan baru tumbuh, ni dah berbulan baru keluarkan tunas dan anak tunas naik melilit. Daunnya tak lah pulak tahu macam mana, pertama kali tanam dan tengok, InsyaAllah nanti diupdate kisah pohon ini.


AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. syukran berbulan tunggu tunas dari buah ni, dah pun ia naik melilit

pohon yang baru nak membesar

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran. Keratan Mulbery yang hari itu diorder dari www.tanamsendiri.com telah pun mengeluarkan daunnya. Gembira sesangat bila melihat keratan Mulberry ni, lagi 4 belum menunjjukkan perkembangannya sabor jelah untuk beberapa bulan ni ye... Semoga berjayalah pohon ini membesar dan mengeluarkan buahnya, bolihlah rasa.

Chili padi ni pun baru ditanam. 4 Pohon chili padi yang ditanam diatas tanah telah saya cabut semuanya kerana terlalu banyak serangga perosak bena, nanti habis pula tanaman yang lain. So ini kali  cuba jelah tanam dalam pasu.


tanaman Herba

Tanaman herba yang bolih dibuat ulam dan dibuat masak. Ni pohon selaseh kalau tak silap. Buat ulam sedap dan sekiranya ada nenas dan timun dicincang kecil kecil, dicampurkan daun selaseh yang telah potong potong  dan digaul dengan sambal belacan... mmmm... sedap, selera makan tu...resepi emakku. Nak tanam pohon ni pun senang. siram je air selalu, bila dah besar gini angin sepoi bertiup jatuhler benihnya siap banyak anak nya akan naik. 


Tahun lepas ada juga Daun kesom dibelakang rumah tapi tak seelok macam ni...bila kurang elok cabut je, Daun kesom ni pula dari tanaman suamiku. Dia tanam daun kesom ni subur betul kat sana, ni dia bawa balik sepasu untuk saya menjaganya pula. InsyaAllah.


Benih Basil leave dibeli dinursery ketika membeli tanah untuk tanaman. Nak beli herba lain terbeli herba ni....tanam jeler... ni pun sedap dibuat ulam.



Cekor...Tak jadi nak buat sambal chili hijau taruh cekor, saya tabur je kedalam styrofoam..AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran.. membesar cekor ni... nanti tak payah lah beli cekor bila buat sambal, ambil je yang ditanam ni.

Tuesday

sihat atau sakit tetap berkebun

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin..Syukran. Sakit adalah suatu cabaran serta menduga tahap ketabahan diri bila diuji.....sihat berkebun...bila sakit..rest in bed jap, dah tu jengok jengok tanaman pun jadi ler...asal bolih jengok pohon pohon yang ditanam tu membesar sesangatlah bahagia dan gembira. Senyum ler selebar lebarnya. Dimana ada kemahuan pasti akan ditemukan jalannya. Bila sihat dan ada idea....jeng jeng jeng...Beginilah kalau tanah yang ada setakat sekankang kera utk bercucuk tanam, mulalah cari idea bagaimana nak gunakan barang-barang kitar semula, bakul bakul  plastic diisikan tanah utk menanam sayur sayuran, dah tu sangkut kat gate.


half gate...dah penuh dua dua belah gate digantung dengan pohon sayur sayuran...seronoknya berkebun...


Sunday

chili padi kampung

kecil kecil si chili padi, tak padan kecil pedas sekali. 
Chili padi ni pedas...berdesing telinga. Selalunya masak lemak chili padi, rendang dan buat sambal belacan.



Chili padi dituai olih Suamiku. Suamiku juga suka menanam pohon pohon sayur. Diofficenya waktu rehat dimanfaatkan dengan menanam sayur-sayuran, pokok buah buahan serta pokok bunga. Suamiku kadang kadang memberikan idea dan mengajarkan apa yang diri ini tak tahu, banyak juga yang diajarnya mengenai bercucuk tanam. Bagaimana nak menjaga pohon pohon sayur serta pohon buah buahan. 

tingkat pengiring pinggan mangkok

Nilah idea barang kitar semula. Tingkat mengeringkan pinggan mangkok plastic ni diambil dari dapur. Saja  je nak cuba cuba.. dah tak ada botol lagi tempat ni pun bolih buat tanam sayur sayur yang bolih digantung. Dari ia tak digunakan best juga buat cam ni.  


Ditingkat satu tanam sawi hijau.







Tempat seperti ini bolihlah ditanam dua atau tiga pohon sayur disetiap tingkat. Air yang disiram pun tak membazir. Lagi cari bakul plastic distore yang tak digunakan untuk menanam terung dan tomatoes ataupun terung. InsyaAllah lepas puasa nak alih pohon pohon terung, chili, tomatoes dan lain lain ketempat yang sesuai. Bestnya berkebun seronok, walaupun dalam keadaan kurang sihat bila lihat tanaman senyum sendiri... :) dan gembira lah sesangat melihat pohon pohon sayur yang membesar dengan jayanya.

Pucuk keledek


Daun keledek  dimasak dan dan digoreng....sedap. Keledek ini dibawa olih Abangku ketika mereka datang menziarahi kami. Nak juga cuba tanam daun keledek...lalu tanam je batangnya cuba jelah...kalau menjadi, happy ler...Selang seminggu gembira teramat sangat kerna dibatang keledek tumbuh pucuk keledek.. AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, Syukran, daun keledek membesar dengan jayanya. Sebulan kemudian dituai, dapat ler masak untuk seisi keluarga.

Saturday

Tuaian sawi utk dimasak

Tuaian hari ini daun daun sayur dipetik utk dijadikan masakkan hari ini. Goreng je. Best makan sayur tanam sendiri. Berkhasiat.

Betik


AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran

Semasa baru berpindah 3 tahun yang lepas dah tanam pokok betik. Pokok betik kuning...wow manis nya dan bijinya pun sikit. Masa tu puaslah makan betik masak dan betik muda buat lauk. Seisi family dapat makan dan rakan yang berkunjung pun dapat rasa. bila dah tak berbuah lagi Suami ku tebang dan tanamlah pohon lain pula. Sekarang ni semai lagi benih betik...2-3 pohon dah tumbuh dibelakang rumah bersama pokok pisang emas dan pisang raja. 

anak Kailan

Semaian anak kailan yang telah besar dialih kedalam botol. Menanti ia membesar dgn penuh kesabaran. Sayur kailan ni sedap kalau digoreng dengan sambal belacan ataupun dengan ikan masin...power! kegemaran puterku. Sejak bekebun dia pandai goreng sendiri sayur sayur kegemaran dia.

Yang ni pula ditanam diatas tanah je...tak cukup botol mmmmmmmm. apa lah pulak idea Suamiku nanti. apabila botol dah tak ada...Buat diriku lebih suka menggunakkan barang kitar semula, nati upload photo yang dah disnap..snap jadi camera hp je.

Set Mulberry

Ni pula set Mulberry, siap dengan tanah serta keratan batang Mulberry..Dipesan dari www.tanamsendiri.com, Tuan Iskandar.


 Nak cuba tanam Mulberry pula...satu keratan dah berikan pada Suami, dia nak tanam kat office. ada 4 lagi ni tanam dalam pasu dan kat tanah. Semoga berjaya hendaknya. Amiin

Parcel yang dinanti tiba : Benih

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. syukran, yang ditunggu telah tiba...hari ini kegembiraan mendapat parcel dari Tuan punya blog www.tanamsendiri.com, Tuan Iskandar. Benih benih yang dibeli darinya begitu cepat sampai. Baru semalam beritahu Suamiku, benih benih yang diorder mungkin sampai lepas raya...mmmm...surprise pulak. Bila terima parcel tak lagi buka, tunggu Suamiku pulang dari kerja, nanti bolih lihat sama sama.



Time berbual dengan Suami ketika rehat mlm tadi tunjukkan parcel. Suamiku kehairanan parcel apa ye dan bila diterangkan benih benih,  terkejut pulak dia kerna cepat Tuan Iskandar menghantarkannya. AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran, Suamiku memberikan keizinan, nanti bila ada benih yang diminati bolihlah order lagi. senyumku selebar lebarnya.. :)


Benih yang diatas ni onhold dulu...Untuk masa sekarang nak tumpukan perhatian kat tanaman Roselle, Mulberry, Sun Flower dan Garland Chrysenthemum dan tomatillo..



InsyaAllah, Project kali ini nak tanam Mulberry, Roselle, bunga Matahari, Garland Chrysenthemum dan tomatillo, Macammana lah ye??? seronok bila tengok tanamanku membesar... bolihlah snap photonya. Semoga menjadi kenyataan pohon pohon tu membesar dengan baik dan memberikan kemanfaatannya. Amiin.

Friday

kacang boncis

Pohon kacang boncis ...kacang boncis ni sedap dibuat ulam dan goreng.  Sekiranya  masak lemak taruh ler kacang boncis ni.  




Pohon kacang boncisku kali ini banyak mengeluarkan kacang.dah dipetik, ready untuk dimasak untuk dimakan se isi keluarga.



Belimbing Buluh

Suatu ketika ketika deman dan batuk batuk sehingga hilang suara, gi depan rumah nampak pula bunga belimbing banyak, apa lagi petik bunga belimbing ni direbus dan diminum airnya. Kena nak buat selalu dan yaqin...AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. syukran..beransur pulih...mmm..kerna diri ini tak suka makan ubat modern, kenalah tahu serba sedikit tentang herba herba ni. Tak rugi tanam pokok belimbing buluh ni banyak juga khasiatnya. belimbing tu biasa je masak dengan sambal tumis ....mmmm...sedap!





Mahkota Dewa

Yang ni memang susah nak dapat. Anak pohon Mahkota Dewa, buahnya banyak khasiat. Dari tiga pohon, ni je yang membesar. nantikan je lah dengan penuh kesabaran.

Pohon Ulam Raja

Pohon ulam Raja is a must untuk menanam, Banyak lagi pohon ulam raja didepan dan dibelakang rumah. Ulam Raja ni kegemaran seisi keluarga. Ulam Raja ni banyak khasitnya.... pohon ni baru sebulan..kecil lagi. Makan nasi berulam pucuk Ulam Raja dengan sambal belacan...power!..masak lemak chili padi pula, taruh udang dan ulam raja ni pun sedap juga... berbual pulak dengan jiran sebelah tu katanya dia goreng telur dadar dicampurkan dengan ulam raja. Mmmm apa lagi cuba memasaknya...ok juga... sedap. 



Bendi


Line up pohon anak anak bendi.. bendi senang nak tanam dah tersangat suka menanamnya. campak benih bendi, beberapa hari dah nampak ia membesar si inci demi seinci...tak jemu menanam sayur bendinya...motivated. 





Sayur bendi memang kegemaranku menanamnya, semua family members ku suka sangat makan bendi, terutama bila masak asam pedas. Puteraku pulang dari asrama yang dia jengok kailan dan bendi, pasti dia ajakku petik sayur sayuran, kalau tak dia menggorengnya mmm....kita lah memasakkannya... yang pasti kalau puteraku goreng sayur kegemaranya habis dia makan sendiri.....licin!




Pohon bendi yang dah besar ada diluar pagar didepan rumah. belum sempat nak snap photo.

Timun Jepun

Cuba cuba tanam pohon timun jepun...eh... eh...eh...ia membesar dan tumbuh dengan baiknya. Pohon timun ni ditanam dalam pasu kat belakang rumah....banyak juga sayur timun tu keluarkan hasilnya. dah pun merasakan timun jepun ni, sedap garing lagi rasanya pulak tak macam beli kat pasar. dah beberapa hari pun masih garing...sempatlah masak acar timun, lauk acar timun tu disimpan hingga 2 hari pun ia tetap garing walaupun telah dipanaskan sekejap. Bestnya semua family members dapat merasakan sayur timun ni.

 Pohon timun Jepun dan sayurnya





 baru baru ni cuba semai sebiji benih Timun jepun didepan rumah pulak.....


Sawi hijau


2 bulan yang lepas ambil keputusan untuk menumpukan masa yang terluang untuk bercucuk tanam berkebun menanam sayur dan pohon yang bolih dimakan. sawi ni lah disemai dan dan banyak lagi. dah beberapa kali ambil daunnya saja untuk dibuat lauk...goreng ataupun dicampur bila goreng mee ataupun nasi goreng. Benih Sawi berbagai jenis sawi...InsyaAllah next project kena tahu pulak apa jenis nama sayur yang disemai dan nama sawi sawi dan tulis didiary mengenai pembesarannya. 





menanti benih yang disemai

Berkebun bercucuk tanam memerlukan kesabaran menantikan hasilnya. Bagaimana bila melihat tumbuhan benih itu menjadi si inci demi seinci riang tak terhingga. Pasti akan tersenyum melihat tumbuhan yang membesar. Disirami dengan air dan dibajai digemburkan tanahnya pasti tumbuhan itu akan membesar dengan elok. Sentuhan tanganku pada pada pohon pohon kecil ini sambil tersenyum keriangan, keriangan betapa keindahan melihat pohon pohon yang disemai membesar dan menjadi dan membesar seinci demi seinci. Terkadang ada jua benih yang disemai gagal atau pohon kecil itu dimakan olih siput ataupun serangga...namun happy juga kerana ada juga serangga sudi memakan pohon kecilku...berfikiran positive...sedekah kepada haiwanlah jawabnya.




nilah yang dikatakan hobby...bercucuk tanam, baru mula nak menumpukan perhatian dan minat sepenuh masa, belum ada masa nak beli barang barang keperluan kits semaian....asal bolih je lah taburkan benih kat tanah yg didalam bakul atau dulang..siram air hari hari....lalu tengok ia bercambah dan membesar menjadi pohon sekecil ini. bestnya...

Thursday

Sawi

Sayur ni sedap  dimasak atau digoreng.  Ni adik beradik sawi lah. tak sure sangat nama sawi ni apa nanti carilah namanya. Hari itu pergi nursey tanaman cari benih dan beli tanah...Dapatler beli beberapa benih sayur sayuran. yang ni dah berapa minggu disemai dah pun besar. baru baru tanam macam lambat gitu tetapi bila dia mula membesar...seronok tengok.