Thursday

Pucuk pucuk daun sayuran serta taugeh - microgreen leaves


Banyak benih yang dibeli dah terkeluar dari bungkusan dan tercampur aduk antara benih benih sayuran. Apabila dah bercampur saya tak pula cuba mengasingkannya tapi cuba trial and error tanam  micro salad vegetable. Blog walking digoogle untuk cari tahu, bila dapat tahu ia banyak khasiatnya apalagi trial and error. 

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran dah selamat di tuai sedikit pucuk pucuk daun ni yang dipanggil micro green leaves -vegetable-salad. Sedap dibuat ulam, salad ataupun dicampur dengan nasigoreng...pasti sedap dan berkhasiat. 


Selain cuba menanam microgreen leaves, saya mencuba sprouting bean iaitu kekacangan dijadikan taugeh. Untuk permulaan saya cuba kacang hijau dulu...hanya menggunakkan air dan cahaya dan bekas. sekiranya berjaya bolihlah jadikan bijirin kacang untuk dibuat taugeh

cara menanam microgreen leaves ni pun mudah, tanah pun sikit aje diisi dalam bekas, tanah diisi dalam bekas  seinci dua kemudian tekan biarkan rata lepastu tabur je benih menutupi tanah tabur sedikit lagi tanah menutupi benih...sedikit je..ala syarat je gitu dah pun bertanam microgreen leaves. Siram gunakan air tapisan atau air mineral water saja... spray aje air tu kat tanah tapi tak bolih basah sangat, dua tiga kali spray agar tanah tidak kering...dah tu jengok jengoklah selalu.. seronok menanam  dan  melihat ia bertumbuh dengan subur. Pucuk sayur yang banyak khasiatnya.

Bayam Malabar, Remayung merah

Remayung merah yang banyak khasiatnya untuk dimakan seisi keluarga. Dah selalu tuai daunnya untuk dibuat ulam ataupun digoreng atau masak sup. Sedap. tak rugi menanam remayung merah ni, mula mula daun nya lebar lebar, bila dah selalu dipetik dan tinggi melilit tak lebar sangat tapi ok juga sedap juga dimakan. Benihnya dibeli dari tanam sendiri.com.





Remayung merah sudah mula memanjat tinggi.

Sunday

Roselle

Pertama kali beli benih ni dan dikirimkan dari Encik Iskandar, saya semai beberapa biji benih Roselle ni, susah juga tumbuhnya, saya semai beberapa biji yang naik satu ni. Lebihan benih Roselle saya simpan nanti bila ada tempat bolihlah semai. Lambat juga menanti ia membesar tapi bila dah besar cepat pulak dia berputik.




Ni pula putik Roselle sebelum mengeluarkan bunga. AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran banyak putik roselle, hujan hujan gini bunga cepat berkembang cantik dan indah bila melihat ia kembang saya suka melihatnya.







 Gambar ni pula diambil ketika tenghari, Matahari sedang naik...


Tuaian pertama saya petik


Tuai kedua dan tuaian yang ketiga tiada ambil gambar. Roselle yang telah diasingkan bijinya untuk dibuat sirap dan jem.


Hasil dari tuaian pertama, kedua dan ketiga dibuat air sirap serta jem Roselle. Sedapnya Air Roselle ni. Baru dimasak petang tadi. Sempat buat Jem Roselle. Puteraku mengadap jem ni sendiri je..bila dah masak dia bawa kehall...ada ke patuh makan jem ni dengan keropok...pada hal roti ada.....mmm bila saya  lihat dah tinggal setengah botol. Bestnya bila hasil tuaian yang ditanam bermanfaat dan dapat dirasakan olih seisi keluarga. Tak rugi bercucuk tanam.


Bunga Telang


Benih yang dibeli dari Tanamsendiri.com. Sabar betul ketika menunggu tumbuhnya pohon telang ni membesar...bila dah naik seronok melihatnya. Tak sangka pohon ni ada banyak khasiatnya. ketika blog walking, info tentang pohon ni banyak juga, yang saya dah cuba Daun serta bunga telang ni saya isikan didalam bantal kecil kemudian buat alas kepala ketika tidur...relax...je...tidurnya melayang lenyak gitu. sakit kepala pun kurang, khasiat yang lain belum cuba lagi.


Dah merumpun naik pohon ni memanjat kat tiang PCV ni, yang sebelumnya saya tanam kacang panjang dan pohon peria di biarkan memanjat bila dah cabut pohon tu tanam lah pula pohon Telang ni....lagi menarik bila ia berbunga, cantik. Pantang berbunga saya petik...keseronokkan memetik bunga serta daun ni je... bila pula nak biarkan dia berbuah ye?....nantilah ye...

dah banyak kali tuai bunga Telang ni, Pertama kali masakkan air sirap hanya taruh bunga telang je tetapi bila kali kedua masakkan untuk Suami dan puteraku, saya buat saya buat air sirap bercampur dengan daun pudina, sedap ada rasa rasa mint. untuk Ibu dan ayah pula... mmm tak lah taruh gula tapi saya masakkan air bersama bunga Telang ni dan daun stevia. Ibu suka. 

Air sirap Bunga Telang berperisa mint dapat setengah botol... baru tadi masak....dah minum sedappppp..

Kacang Panjang Renek

Kebahagiaan bila dapat beli benih panjang renek dari Encik Iskandar, tanamsendiri.com. Selalunya saya menanam kacang panjant yang jenis memanjat, disebabkan tiada temapt dan banyak sangat semut kat pohon Kacang panjang tu,cuba cuba tanam yang jenis renek pulak. Seronok pulak bila melihat kacang panjang ni mengeluarkan buah yang banyak. Puteraku sukalah sesangat memetiknya bila dia nak goreng nasi dia. Kacang panjang ni favourite dia, pantang ada yang panjang sikit dia tuai bersama sayur sayur yang lain untuk digorengnya dengan nasi. Kesian Puteraku ketika saya sakit dia tuai sendiri sayur sayuran untuk digoreng. Masak sayur goreng, telur dadar dan sambal tumis pun dah cukup untuk dia...AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin kenyang juga dia makan, tak cerewet, pada hal dulu susah nak makan sayur, sejak saya suka tanam sayur ni semua sayur dia makan..



 Tuai kacang panjang, daun kemangi serta daun kesom



Yang ni ketika baru baru tanam satu pasu tiga anak pohon kemudiannya saya asingkan satu pasu dua atau satu je pohonnya. Trial and error...kekekk... bila dah besar pohon ni bukan saja saya suka malahan puteraku  pun suka, diminta suruh tanam lagi, saya pun ajak dia sekali bercucuk tanam.....BESTNYE






berjuntai juntai kacang ....seronoknya bila melihat pohonku menghasilkan kacang panjang serta subur pohonnya.

Pohon Matahari Sunflower (Helianthus annuus)

Mmm lama juga tak update blog ni...buzzzy selalu, tetapi hal bercucuk tanam memang tak bolih diketepikan walaupun sakit atau buzzzzzy, Masa berkebun memang ada walau macamana buzzzzy, cuma update blog je nanti nanti aje.

Pertama kali taman pohon bunga Matahari. Benih yang dibeli dari Tanamsendiri.com, Encik Iskandar. Beberapa bulan yang lalu setelah mendapat kiriman dari Encik Iskandar, saya terus menyemainya, setelah beberapa bulan kegembiraan bila melihat Pohon Matahari tumbuh dengan baiknya.  Tak sangka juga pohon Matahari ni membesar dengan cantik, seronok juga melihat bunganya. Jiranku juga suka melihatnya, mereka hairan juga kenapa saya menanam pohon matahari sebab selalunya saya menanam sayur sayuran serta herba. Jawapan saya pada mereka pohon Matahari juga mempunyai keistimewaannya dan berkhasiat tu sebab saya tanam.




Info mengenai Pohon matahari ketika blogwalking tempoh hari saya dapati khasiatnya banyak, dianataranya  untuk mengubati penyakit darah tinggi. Antara kaedah-kaedah yang diketahui mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi,  sakit kepala, pening pening begitu juga untuk meredakan asma, ianya dengan merebus kelopak bunganya yang kuning tu dan air rebusannya diminum.

Bijinyapula untuk melawaskan proses pembuangan air kecil dan besar. Ia juga dapat mengubati batuk dan radang buah pinggang. begitu juga dengan akarnya direbus dan diminum ubat sebagai julap dikatakan untuk sembelit dan juga untuk mengubati sakit perut. InsyaAllah nanti nak juga cuba bila migrane atau pening pening bolih cuba minum air rebusan kelopak bunga Matahari ni, tak cuba tak tahu...dah cuba sekiranya ok bolih tanam beberapa pohon Matahari lagi.



Bila hujan selalu beginilah bunganya tunduk je...semoga dapat tuai kuacinya nanti, separuh dibuat makan separuh buat benih...tanam lagi....