Monday

Benih dan anak pokok


Terima kasih kerna sudi berkunjung kelelaman saya ini. Salam persahabatan dialam maya.
 
Hari itu ada yang bertanya saya ada jual benih tak? Jawapannya: adalah tiada. Jutaan Maaf, Saya tidak menjual apa apa benih atau anak pokok.  Saya mengambil kesempatan ini untuk listkan pembekal benih yang telah saya berurusan. Nak beli benih atau anak pokok silalah berurusan sendiri dengan mereka.   Sila blogwalking ke lelaman mereka yang telah saya listkan disebelah : Beli benih dikedai online. 
 
(gambar ni adalah hiasan saja)
 
 
AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, Syukran, rezeki mendapat benih ... selain dari membeli, saya mendapat pokok dari sokongan dari Darling Suamiku, ada aje pokok yang dibawa balik untuk saya.

Recycle sayur sayuran yang dibeli...kerat dan tanam semula.
Mendapatkan semula benih dari pokok yang ditanam.
Terpulang lah pada individu untuk mendapatkan benih ye.

Limau Purut, limau nipis, lemon, limau kasturi, limau orange

Lemon, limau purut, limau nipis, limau kasturi....semuanya ada manfaatnya tersendiri dan berkhasiat. Mmm masa tu saya tak faham sebab jarang gunakan dan tak ingin ambil tahu, lagi pula rasanya tu :(

Nasihat orang lama dan juga guru saya....didalam rumah kita perlu ada limau limau tersebut atau salah satu daripadanya kerana ia sangat bermanfaat. Saya banyak menggunakkan limau limau tersebut untuk kegunaan harian. Sekiranya gi pasar limau nipis, limau purut dan lemon turut dibeli. Limau kasturi kekadang Darling suamiku ambilkan dari tanamannya tak payah ler beli. Kulit limau yang di keringkan bolih juga dibuat asam masin untuk loya tekak, hingga ke hari ini belum lagi pandai buat....sabor je.

Ni salah satu dari kegunaan limau. Saya baca kat blog mountain herbs. Pencuci secara alami. Dah  menggunakkannya beberapa bulan yang lepas. Cuka bercampur kulit limau ini saya buat untuk mop lantai, lap cermin, lap meja, spray untuk hilangkan bau dan kegunaan lain.  Perahan air limaunya dimasokkan kedalam bekas buat seperti air batu keraskan jadi ler ia air limau ice cube. Apabila nak digunakkan senang ambil 2 atau 3 cube campurkan kemasakkan ataupun minuman.

 
Gunakan cuka biasa aje, Sesekali beli cuka, saya akan beli 5 litre botol besar. Bolih buat sikit sikit mengikut berapa banyak limau yang dapat dibeli. Kulit limau dimasokkan ke dalam balang berisi cuka mengikut citarasa sendiri. Lagi banyak kulit limau lagi enak baunya.. tak ada ler bau cuka. Bolih ler buat 4 perasa bau Kulit limau nipis, kulit limau purut, kulit limau orange dan kulit lemon semua baunya berbeza.  Bolih juga campurkan kayu manis ataupun herbs. 
 
caranya asanya: kupas kulit limau dan masokkan kedalam balang, dibiarkan untuk 2 atau 3 minggu, keluarkan kulit limau, cuka sudah bersedia untuk digunakan.  Ketika nak digunakan campuran nisbahnya  1 bekas cuka limau - 7 bekas air...atau kurangkan air pun bolih terpulang pada masing masing. Bolihler buat untuk mop lantai, lap meja dll. Selamat mencuba.

Sunday

Pokok Ara

Pokok Ara ni jarang dijumpai...memang sukar. Ini barulah pertama kali saya ketemu pokok Ara ini. Ini pun ketika saya berkunjung ke Bollywood veggie diSingapore. Suka sesangat berkunjung kesitu. macam macam pokok herba dan pokok kegunaan harian, tujuan mereka untuk mengenalkan pokok pokok yang ditanam pada pengunjung. Saya sempatler snap photo pokok ara ni. teruja tengok pokok ara ni, ia tak berbunga tapi terus berbuah. Banyak pulak tu.



Sempat beli Buah Ara ni ...sedap juga dimakan..selebihnya saya buat jem.

tak tahuler apa namanya.

Sekiranya ada sesiapa pengunjung yang keblog saya ni tahu nama pada gambar dibawah ni bolihlah beritahu ye. Terlebuh dahulu saya ucapkan Terima kasih kerana sudi berkunjung dan semoga ceria selalu.
 
 

Ni buah dibawa balik olih Darling suamiku. Katanya pokok ni memanjat. Sempat dia tanya saya nak tak pokok ni tapi dia tak tahu namanya dan ada khasiat ketidak. Saya cuba cicip sikit... :( pahitnya. Disebabkan saya tak nak pokok ni hayatnya sekejap je. Darling suamiku cabut...tamatlah riwayat pokok ni...hanya tingal gambar saja.



Pokok ni pun saya tak tahu namanya. Tapi emak kata orang dulu dulu setelah berbunga akan mengeluarkan biji hitam...benihnya lah tu...ambil bijinya yang hitam dibuat bedak sejuk. Saya tak ler mencuba... tak berani. hihihi... bunganya wangi juga. .


Kunjungan yg mengembirakan.

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran, ada mahluk yg sudi berkunjung ketanaman saya. Mahluk itu tiada lain adalah  semut, beettle, burung, lebah dan adalah juga yang tak perasnan. Suka sesangat melihat bila ia berkunjung ketanaman saya.
 
Lebah yang ni sempat diambil photonya. Amboi!!! lepas satu bunga kesatu bunga yuang lain ia pergi...ambil ler berapa yang disukai.. terima kasih ler "you are welcome to my garden." senyum saya berpanjangan melihatnya.
 



Tuaian January 2014 dari tanaman dihalaman rumah yang sempat diphotokan

Tuaian dari halaman depan rumah.semuanya ni untuk buat ulam, masak dan infusion buat teh.
Petikkan daun Sireh kaduk , Daun kari, Daun kemangi.
Terung putih Edrine, Benih terung dibeli dari Kebunbahagia bersama,(agaknya spellingnya macam tu ler). 
 Daun Mulberry, Daun Som Jawa dan Tulasi (anak pokok dibeli dari Seri Subuh Agrofarm
 
 
 
 
Tanam pokok ubi dapat hasil tuaiannya pucuk ubi dan ubi. Hari itu nak clearkan pokok ubi ni nak beri laluan pada pokok lain. Maklumlah tempat terhad bila dah nak makan hasil tuaian pokok yang lain, so cabut ler pokok ubi ni dan tempatnya  beri laluan untuk cuba tanam lain pulak. AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran, tak sangka pokok ubi ni ada isinya. Walaupun kecil sedap juga. cukup untuk keluarga makan makanan ringan. Sikit direbus untuk emak dan ayah, untuk Darling suamiku goring garing..  



Pucuk manis masak tumis air taruh keledek. Mmmm sedap. 
Yang dalam bakul 4 macam daun basil, Tulasi, lemon basil, purple basil dan kemangi . Selain saya buat infusion the, saya  keringkan . Terkadang masak lauk taruh je daun daun basil yang fresh ni.








Selain menggunakan alat pengering electric untuk keringkan daun daun.....saya cuba pula kaedah menggunakkan brown paper bag..setelah dicuci bersih dan direndamkan sekejap dengan air bersama apple cider vinegar...toskan, dengan tangkai tangkai nya masokkan kedalam paper bag dan kemudian masokkan dalam fridge compartment yg simpan sayur.... biarkan je sampai ia kering betul betul dan garing.


daun daun basil setelah dileraikan tangkainya, ambil daunnya saja... hancurkan, dah tu bolih ler simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian hari.
 
 


 Yang ni pula dari pokok dill.... sama juga dileraikan dan dihancurkan.

Yang ni baru dituai dan akan dikeringkan.

tuaian dari tanaman Darling Suamiku yang sempat di snap photonya

 
Tuaian bulan ini dari pokok tanaman Darling Suamiku. Darling suamiku suka menanam pokok. Macam macam pokok dia cuba tanam, menanam ketika waktu rehat. Selalunya bila dah habis kerja dia meluangkan waktu pada pokok pokok tu. Cara dia menjaga pokok tu simple... dia biarkan pokok yg ditanam tumbuh dengan sendiri, tak adalah dibelai belai macam saya jaga pokok. Cuma dia setiap dua minggu taruh Baja compos dan Mulch serta rumput kering... Saya sukalah sesangat gi tengok pokok pokok yang ditanam disite officenya hihihi kekadang cari peluang untuk kesana bila ada waktu terluang. 
 
 
Pokok tomato dia subur betul... berbuah banyak dan gemuk gemuk. Ini tuaiannya dari pokok tomato pear....saya buat ulam makan gitu je dan buat sambal belacan taruh tomato dan nenas....lauk sambal belacan ulam ulaman  dengan nasi panas itu je dah cukup..... sedap, tak tengok kiri kanan ler.


Mangga dituaian buat sambal belacan dan jeruk. Saya buat jeruk manga senang je, parut kemudian taruh molasses (gula perang organic) taruh garam sikit. masokkan dan bekas kedap udara simpan dalam fridge....nak makan bila bila ok je. sedap, sekiranya nak makan campur dengan sambal belacan pun ok. Kat rumah memang ada sambal belacan satu tub tersedia dalam fridge.






Pisang emas hutan. Induk Pokok pisang emas diambil dihutan, tumbuh meliar dihutan. Darling suamiku ambil anaknya ditanam disite office...nilah dia tuaiannya. dah beberapa kali dapat makan pisang ni. Banyak anak anak pokok ni. Sekiranya saya makan pisang kulitnya saya buat komposs... psst...bolih juga buat gosok gusi dan gigi ia sangat berkhasiat dan menyehat gusi dan gigi...so, bolihlah cuba nanti kulit pisang tu...jangan dibuang gitu je.

 
 
Jambu batu kegemaran emak. dimakan gitu dan juga buat ulam makan dengan nasi. 
 
 

 
Tuaian yang dituai unutk buat ulam, untuk masak serta sarapan dan minum petang dan pencuci mulut.

Friday

Pokok Pokok Herbs yg ditanam

 
 
 
Pokok herbs yg diatas tu yg telah sempat dibiarkan dari pokok induknya.  Dapat juga tuai dan keringkan. Untuk kegunaan kemudian hari. Selain menggunakan dehydrator atau pengering electric saya juga cuba keringkan menggunakkan  brown paper bag. caranya lagi mudah dan tak membazir electric. Cuci daun yang nak dikeringkan dgn apple cider vinegar kemudian toskan, lalu masokkan dalam brown paper bag masokkan dalam fridge. Biarkan je sampai ia kering. Dah kering hancurkan masokkan kedalam bekas simpan ditempat kering. Bila masak nak gunakan senang.
 
 
Ni pula recycle.... Culantro. Mungkin adik beradik ketumbar kot. Tapi cilantro ni memang sedap. Baunya pun enak macam ketumbar juga. Beli kemudian potong hujung nya tanam. Jimat juga.... tumbuh dengan suburnya. nak makan potong je daunnya tak usah cabut...
 
ni dah beberapa bulan kemudian. sedap taruh kat lauk. Soup pun bolih, rendang pun bolih lagi sedap.
 
Photo dibawah pula cekor. daunnya sedap rizomnya buat sambal hijau pun sedap. menyehatkan lagi.
 
Pokok mahkota dewa dah berbunga dan ada juga buahnya. Tanam dalam pasu pun ok.

Benih dari kebun bahagia bersama, beras huma hitam, carrot dll

Selalu juga beli benih  dari kebun bahagia bersama, Diana. Cuma sempat snap yang ni aje. yang lain dah pun dituai, tak sempat snap.

Pokok Scallop ni sempat berbunga kemudian mati. Saya terlalu sibuk dan kurang penjagaan. Sempat juga ambil bunganya utk dimasak lemak bersama labu. Beruntungler kita bercucuk tanam dapat juga tuai dan masak bunga, serta buah yang ditanam. Sekiranya dipasar hanya dapat beli buahnya saja.





Carrot yang ditanam dalam bekas. Dapat makan daunnya dan carrotnya. Fresh.

 
cak..tu dia dah nampak carrotnya....
 


Beetroots  juga ditanam dalam bekas. kesemua photo ini diambil beberapa bulan yang lepas iaitu tahun 2013 ler. Dah pun dimakan. tak sempat nak snap photo. 

Sekarang ni teringin pula nak makan kacang tanah...so bekas digunakan semula untuk  tanam kacang tanah pula.

 
Pokok kacang tanah sedang naik.... kacang Tanah ler pulak.. ni disebelah tu Peperomia pellucida atau ketumbang air tumbuh dengan sendiri. dibiarkan aje. Nanti besar sikit bolihlah dicabut buat ulam atau direbus minum airnya.

Padi Huma hitam terjumpa bersama beras hitam yg dibeli dari Kebunbahagia bersama, Diana. Tu cuba pula tanam...bila cuba menanam padi huma hitam yang diambil dari beras hitam.


AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran. Beli beras bukit hitam  terjumpa adalah dalam agak agak 10 biji padi huma hitam. Trial n error tanam. Tumbuh dgn subur sempat tuai beras hitam. Mmmm walaupun hanya sedikit tapi cukup mengembirakan.