Tuesday

Hawthorn Berry


Ni Buah Hawthorn berries kering bukan buah asam masin ye.. Hawthorn berries ni pun banyak khasiatnya, nak tahu lebiih lagi bacaler@http://www.herbwisdom.com/herb-hawthorn-berry.html .Rasanya ada masam manis. Dah berbulan minum kordial ni baru lah tahu nama buah ni Hawthorn berries,selalu saya minum tapi tak pula tahu namanya. kedai shengsei tu kata buah ni sedap dan bagus khasiat nya, lupa pulak nak tanya nama nya..mmm...selalu beli je gitu. Kebetulan baru baru ni chatting pula dengan Nurul mengenai buah Hawthorn berries...saya pun tak pernah nampak macammana lah rupanya. Tanya doctor google.. eh..eh..eh ni rupanya hawthorn berries..terima kasih Nurul dari SeriSubuh Agrofarm.

Buah Hawthorn berries kering saya jemurkan sekejab sebelum simpan dalam peti ais. Buah ni kena simpan dalam tupperware dan simpan dalam peti ais. Sekiranya taruh diluar ia akan pudar warnanya... tak bolih makan lagi lah tu.  

Saya suka bila buat kordial roselle campurkan buah hawthorn berries kering ni. Masakkan Roselle campurkan buah Hawthorn berries ni taruh daun stevia kering sikit kekadang saya taruh je serbuk stevia agar manis sirup kordial yang dibuat utk hidangan sekeluarga. Dah setahun lebih masak sirap kordial tak pernah campur gula...saya hanya taruh serbuk stevia kekadang daun stevia kering je. Cuaca panas gini sedap minum kordial Roselle Hawthorn sejuk. Sekiranya nak cuba buat gi ler kedai shengsei tu tanyakan buah hawthorn berries sekiranya owner tak farm tunjjuk je gambar ni InsyaAllah adalah tu kat kedai dia. 




Stevia..pokoknya, daun kering dan serbuk stevia

Apabila memakan herba dan sayur sayur perlulah banyak bersabar kerna reaksinya semulajadi dan secara fitrah membaiki pulih organ dalaman kita. Ia membaik pulih samada kita sedar ataupun tanpa kita sedari. Terpulang pada individu diatas sejauh mana keyaqinannya. InsyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Pandai pandai ler cari yang mana satu berusaha ikhtiar...insyaAllah ketemu. Sayur Sayuran serta Herba mempunyai khasiat yang tersendiri kurniaan Allah Azza Wa Jalla. Betapa kasih dan sayangnya Allah Azza Wa Jalla pada hambaNya...SubhanaAllah...Allah Hu Akhbar.

Stevia....pokoknya, daun kering  dan serbuk stevia apa apa pun ok juga. bila dimakan akan terasa manisnya. Serbuk Stevia sedikit je dicampurkan pada minuman dah manis. Stevia adalah pengganti gula. Ia adalah manisan semulajadi secara alami. Setiap dedaun daun yang tumbuh pasti mempunyai rasa yang berbeza dan khasiat yg tertentu.Begitu juga daunnya Stevia ini, sekiranya dipetik dan dimakan manis akan terasa. Saya selalu juga petik daun stevia berikan pada Ibu dan Ayah makan buat kunyak kunyak macam cemelan gitu...fresh dari pokok stevia.

Pokok Stevia yang dibeli buat kali kedua dari Seri Subuh Agrofarm. 



Daun stevia kering... yang ni bukan lah dari pokok stevia yang saya tanam tapi sengaja  beli yang dah kering. Ni lagi jemur sikit lagi dan kemudian nak blend kasi halus. Bolih ler campurkan kat masakkan dan kat minuman atau kuih muih.


Yang ni pula serbuk Stevia. Ia berwarna putih. Serbuk ni di beli di AR Homeopathy & Herb. Order online dari Parit Buntar Perak. Dah regular beli kat ARHomeopathy & Herb ni. Selain dari stevia saya beli ubat homeopathy juga. Saya tak suka makan ubat yang ada chemical...so cari ler ubat ubat alternative untuk saya dan sekeluarga, kerna itu jualah saya menanam banyak pokok herba dan sayur sayuran. Best gitu berkebun bercucuk tanam menanam pokok pokok yang kita perlukan. Bila nak gunakkan petik je dihalaman.  



Bunga akar Dani

Hari itu ada kesempatan utk berkunjung kerumah sepupuku... teruja betul melihat pokok akakr dani yang ditanamnya berbunga lebat. Sebelum pulang dipelawa pulak nak pokok? Mmmm... nak... nak... saya pun cantas ler pokok akar dani ni. dan dapat juga anak pokok akar dani ditepi pokok induknya. Sungguh indah dan cantik...baunya harum semerbak. Potong tangkai yang berbunga pendek masukkan dalam balang. taruh ler atas meja dan bilik....Baunya....wangi semerbak.



Anak pokok akar dani saya tanam. Ranting ni pun saya kerat tanam....cuba cuba je...kebetulan hari itu terbaca diblog Encik Iskandar, Tanamsendiri.com...cara nak tanam pokok yg melilit. Encik Iskandar semai pokok jasmine Tonkin... saya pun trial n error cuba semai dahan akar dani. InsyaAllah.... nanti sambung diblog ni..berjaya tak semai. Apa apa pun masih ada anak pokok akar dani...so just wait n be patience. SABAR LER...

Lebah, tetamu datang dan pergi

Kunjungan kali ini Lebah. Mula mula sekor dua ekor je yang datang hinggap ke pohon pohon mengambil madu dari bunga bunga... mmm ... tak ada pokok bunga pun, yang ada hanyalah dari pokok sayur sayuran yang berbunga. Disuatu petang terkejut juga melihatkan sarang lebah ni...banyaknya lebah....bila pula ia datang tak pula tahu...entah bila pulak ia buat sarangnya. Cantik juga. Unik pulak sarang lebah ni berbentuk 2 love....Daling suami ku kata ia datang jap je migration...sekedar tumpang lalu. Saya tersenyum je...

 Gambar ini diambil dari dekat.  Lebah ni buat pulak kat pokok Remayung hijau... pokok remayung tu tak berapa kuat sangat..ia berpaut dibatang buluh kecil yg Darlingku buatkan agar ia bolih lilit dan panjat ler. 

selang beberapa hari tinggal satu love je dan dah mengecil.  Saya pun khuatir juga sekiranya ia buat sarang makin banyak nanti... budak budak bermain kat luar tu...???? mmm dah tak payah nak risau...semakin kecil..tak lama ia akan terbang pergi.

Betul juga ia datang migration tumpang lalu bersinggah sebentar. dah pun pergi menghilang entah kemana selepas hujan turun dengan lebatnya.  Inilah yang tinggal bekas bekas nya. yg bintik putih putih tu bekas lilinnya kot..tak pelah...Walau apapun...Goodbye lebah...semoga ia mendapat tempat yg lebih baik utk membuat sarang.
Tetamu ni selalu je berkunjung kat pokok ni. favourite kat pokok zigzag pokok bunga burung. bernyanyi ia kat situ. Burung ni kecil je dan cantik pulak. Seronok bila melihat tetamu ni datang...saya welcome je ia datang..kita kan kongsi alami ni.