Thursday

Bercucuk tanam riadah yang bermanfaat.

 
 
Yang terutama minat dan usaha jangan sesekali patah semangat sekiranya semai tak menjadi, lambat tumbuh dan tidak terlalu subur pohon yang ditanam, ataupun permasaalahan penyakit pokok, haiwan yang tak diundang datang merosakkan pokok pokok dan banyak lagi. Disitu ada pelajaran yang bolih diambil untuk kita pelajari dan meneruskan semangat bercucuk tanam.
 
Kekadang ada juga barangan yang tidak sampai ketangan kita dik ada pihak ketiga yg cuba mengambil kesempatan....ada juga barangan yang sampai tak dijangka jangka dan lain lain....apaapa pun ia adalah kenangan indah ... kerna yang pasti kita dapat terus bercucuk tanam dan mendapatkan hasil tuaian itu sudah cukup menggembirakan dan bercucuk tanam adalah suatu ibadah dan juga melatih kekuatan mental serta fizikal. 
 
 
Bercucuk tanam tak mengira dimana kita berada dan walaupun sekecil mana tanah yang terdapat disekeliling halaman. Kita bolih saja menggunakan kreativiti dan idea apa saja yang bolih kita gunakan untuk memperolihi manfaat masa untuk bercucuk tanam, agar orang orang  disekeliling kita  dapat  merasakan tuaian tanaman kita.
 
 
Jutaan terima kasih diatas kunjung keblog saya, maaf ler sekiranya ada yang comment selepas tulisan ini saya tak dapat nak balas, kerna untuk sementara waktu ini pena penulisan akan terhenti seketika....mmm buzzy ler lepas ni. InsyaaAllah ada masa nanti end of the year sambung ler cerita bercucuk tanam diblog ni. Take care n smile always.
 
 

No comments:

Post a Comment