Thursday

Sayur kekacangan

Ni lah dia kalau dah minat nak bercucuk tanam, pantang jumpa benih dan keratan pasti cuba ditanam. Hari itu pergi Tesco beli sayur ni mungkin adik beradik taugeh kot. Mmmm tak tahu nama sayur ni sayur apa...janji tanam je...nampak ada keratan batang yang ada akarnya dan juga biji yang masih melekat kat akarnya..apalagi cuba tanamlah, naik membesar pulak. just wait n see...trial n error.. macammana pohon yang melilit ni... sayur ni sedap digoreng dengan sambal belacan atau dicelo sebentar dan dimakan dengan sambal kacang..


Tomato



Pohon tomatoku dah mula membesar.

Ketika free hari itu tanam lagi dalam bakul ni pohon tomoto. Puteraku suka sangat makan tomato, asyik tertanya tanya buah tomoto bila nak tanam? Ni dah tanam banyak ni, tunggu je ia berbuah. benihnya juga dibeli dari tanamsendiri.com....

Garland Chrysenthemum, Tong Ho Choi


Ni dia baru pertama kali mula nak bertanam pohon bunga cum sayur, kerana daun nya bolih makan. Nama pohon ni Garland Chrysenthemum, Tong Ho Choi, nak juga lihat bunga dia macam mana. ku tunggu dikau membesar dan mengeluarkan bunga dan daunnya bolih dijadikan salad.. 

Benih ni juga dibeli dari tanamsendiri.com pautan webnya : http://www.tanamsendiri.com/2012/08/benih-untuk-dijual-garland-chrysenthemum.html

Roselle

Roselle.... roselle...roselle.....hari itu cuba semai semua benih roselle, kelihatan hanya 1 aje yang naik, yang lain tak bercambah walaupun dah direndam dengan air suam 2 hari... ok je tak pe... ni kali cuba beli lagi benih roselle dari tanamsendiri.com nak cuba lagi...tak akan patah semangat pun. cuba dan cuba lagi. Semoga pohon roselle ini tumbuh dengan baiknya dan subur dan mengeluarkan hasilnya..Aamiin.


link info mengenai Roselle : http://herbadantumbuhan.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00-08:00&max-results=34

Bayam Malabar



Benih yang dibeli dari Tanamsendiri. com. Bayar Malabar sedang membesar, saja masokkan keempat empat dalam satu pasu yang besar...seronok juga bercucuk tanam pohon herba dan sayur sayuran..buat masa ni masa tak mengizinkan utkku membuat journal tanam benih...just taruh didlam pasu trial n error je. seronok juga gini...surprise selalu...

Pohon Matahari - SUNFLOWER



Gembira teramat lah sangat bila pohon matahari ku membesar dari 4 biji semai hanya tumbuh dan sedang membesar yang ni 2 dan lagi 1 baru nak bercambah. semuanya ditanam berlainan masa. Ku nantikan pohonku membesar dengan penuh kegirangan dan kesabaran... senyum je..









Monday

Buah Rollina


Minggu lepas kePharmacy nak cari sesuatu utk Ayah. ehh ada jual buah Rollina..Nyonya tu tanam sendiri dikebun nya, sekarang ni sedang berbuah banyak, lalu dia menjualnya dikedai cucunya. Murah dan baru pagi dipetik buahnya, beli jelah...sedap bila dimakan sejuk. Bilalah pulak bolih tanam buah ni ye? Mmmmm tak dapat tanam,  beli buah nya ok juga sebab pokok buah Rollina tinggi. tempah kawasan rumahku  pula terhad. Senyum jelah. 

Pohon pohon kepunyaan Emak

Dihalaman depan rumah ada juga pohon pohon yang lain selain sayur sayuran. Pohon pohon ini kepunyaan emak..kelihatan segar juga pohon pohon emak. Saya hanya menolong  siramkan dan jagakan je .


 Keladi batman

Pohon bunga melor

Pohon puding berdaun panjang kerinting lagi


Pohon puding, warna warni colour daunnya. cantik juga.

Berbunga bunga pohon sayurku

Cekor berbunga macam Orchid tapi bukan orchid..pertama kali lihat bunga dari pohon cekor....cantik bunganya tapi bila kena hujan habis tak tahan. suka sesangat melihatnya. 

 Ni pulak bunga dari pohon Pucuk Manis...alahai comel bunganya, kecil aje berwarna merah, bersembunyi disebalik daun daun...



Bunga Pohon bendi pun cantik, yang ni sedang mekar.


Bunga Terung bulat  berwarna ungu


Kangkong



Beberapa kali tak berjaya menyemai kangkong, benih kangkong yang telah dibeli dinursery 4 bulan yang lepas. Berbagai cara dah dicuba tabur ketanah, kestyrofoam tak tumbuh walaupun telah direndam benih kangkong, tak bercambah langsung  tapi tak mematahkan semangatku utk menanam kangkong, so buat keputusan ambil je keratan batang kangkong yang ada akarnya dan tanam. Kebetulan ketika bulan puasa hari itu  masak kangkong, diambil keratan kangkong ditanam dan beberapa minggu kemudian sesangatlah gembira bila melihat keratan kangkong menemui hasilnya. tumbuh dengan baiknya....

ni dia tuaian kangkong, bayam serta daun keledek. Tuaian ni semuanya dari hasil keratan batang yang berserta akarnya.  Sayur ni akan dimasak untuk ayah yang baru saja keluar dari hospital. Dan juga untuk putera dan suami...hehehe seronoknya bila dapat makan sayur dari kebun sendiri...fresh.