Wednesday

Pucuk Manis


Tuaian hari ini pucuk manis, bendi dan bunga kunyit.  Pucuk manis dimasak bening, Bendi untuk ayah ku, bunga kunyit dah beberapa hari nak petik tapi terlupa..bila hari ni ingat petik buat ulam makan dengan sambal belacan mangga. mmmm sedap.

Ketika ini sedang merawat ayah yang kurang sihat, baru je keluar hospital selama dua bulan..Selain madu dan serbuk kayu manis diberikan untuk minuman, hari hari tuai daun herba sehelai tiga helai dimasak buat soup untuk diberikan pada ayahku, buat lauk buburnya. Ayah dari tak makan sayur sangat dah pun suka makan.


Pucuk Manis ni tumbuh dibelakang ruangan belakang rumah. Anak pohon ini tumbuh setelah pohon pucuk manis yang tua dah dicabut kerana banyak sangat bena. AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin yang ni tumbuh berapa bulan kemudian dengan sendirinya dari biji benih yang pohonnya dicabut. Sedap nanti kalau dah banyak daunnya bolih masak buat lauk, banyak khasiatnya daun Pucuk manis ni.



Pucuk Manis yang ni ditanam dihalaman depan luar gate, walaupun tempatnya kecil bolih juga tanam sikit sikit pohon yang bermanfaat. InsyaAllah.






No comments:

Post a Comment