Tuesday

Teh Africa - Teh Bismillah

Agaknya dah sebelum tak update blog ni...mmm....buzzzy sekali... 
AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran Daun Teh Africa aka Teh Bismillah ni sempat dibeli melalui post dari Nursery Seri Subuh Agrofarm. Terima kasih Nurul kerna sudi postkan anak anak pohon. Semuanya sehat belaka...kecuali satu je...

Pohon Teh Africa ni, daun nya dah dipetik dan direbus dan airnya berikan ayahku minum, utk merawat penyakitnya, terkadang masokkan juga kat bubur kalau tak diberikan air rebusan buat minum. Didihkan air dalam periok bila dah mendidih padamkan api masokkan daun teh dalam 1atau 3 helai Kena tengok air rebusannya berapa banyak pulak...kemudian di tutup periok tu. Dah jadi teh, tak bolih pula minum selalu. satu minggu dua kali je saya buat.


 semasa baru dapat dan dialihkan kedalam pasu

 kelihatan bertumbah dengan baiknya selepas seminggu

 Yang ni pula selepas tiga minggu lebih dah mula mengeluarkan pucuk pucuk baru



 dah sebulan macam ni lah dia pohon Teh Africa ni..bertumbuh dengan baiknya dan tinggi sedikit.


8 comments:

  1. Salam kak yanna :)

    Alhamdulillah semuanya sihat. Semoga ia terus memberi manfaat. Cuma satu yang kurang itu yang mana ya?

    ReplyDelete
  2. AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin.Syukran pohon pohon yang akak beli insyaAllah bermanfaat utk seisi keluarga terutama ayah akak. keratan Mulberry mati selepas dua minggu, tak semua yang ditanam menjadi, akak dah biasa dah..hihihii. Ketika bulan puasa dulu akak tanam 4 keratan Mulberry beli dgn Tanamsendiri.com pun mati selepas 2-3 minggu. Suami akak pun tak berjaya menanamnya. Belum masanya utk akak tanam Mulberry kot.Tak pe ler asalkan pohon lain tumbuh sihat dan subur. terima kasih

    ReplyDelete
  3. o.. Hari itu benihnya mungkin baru sangat. Insya-Allah minggu hadapan ada parcel ke JB. Nurul ingat hantar satu mulberi sbg percubaan lagi sekali dan tanda terima kasih dari kami. Mudah2an ia selamat hidup kali ini dan memberi manfaat kpd ramai memandangkan akak sekeluarga benar2 menggunakannya :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih diatas prihatin Nurul. Pohon telah diterima dan sedang membesar dengan baiknya. FYI, akak belum lagi mengalih anak pohon Mulberry ke pasu, akak biarkan je dulu dalam polybag. InsyaAllah nanti akak update kat blogni. Jutaan Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam,

    kak, nak tanya , akak pakai tanah jenis apa ye? campur sendiri ke beli? nampak subur sangat2 pokok yg akak tanam..nana.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikumsalam. akak beli tanah kat nursery yang akak kunjungi selalu, tanah yang dah dicampur tanah hitam serta tanah liat serta sabut kepala dan baja...lagipula sekiranya ada pokok yang dah tua akak cabut dan tanahnya yg kering akak tapis taruh baja akak biarkan dulu, bila ada anak pohon baru akak tanam. terima kasih

    ReplyDelete
  7. ok kak terima kasih byk2. lagi satu nak tanya harganya brapa ye? setakat ni saya pernah beli tanah hitam (istimewa katanya) je kat giant.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak beli kat nursery tu satu guni RM25, sebab kalau beli yang dah dibungkus dlm bag plastic rugi, kalau tak silap sepkt RM4. So far akak tak pernah beli kat giant so akak tak sure dan tak bolihlah nak comment apa apa.

      cara akak siram air pulak menggunakkan air mineral water ataupun air paip kat rumah yang dah ditapis, ataupun tadahan air hujan, anak pokok serta pokok, kelihatan segar sikit.

      Cuma sehari sekali saja akak siram gunakan air paip biasa untuk pokok yg dah besar...hehehee tak larat nak angkat dan siram dua atau tiga kali guna air tapisan....buka paip siram je waktu yang sesuai utk siram air paip.

      Delete