Ni Buah Hawthorn berries kering bukan buah asam masin ye.. Hawthorn berries ni pun banyak khasiatnya, nak tahu lebiih lagi bacaler@http://www.herbwisdom.com/herb-hawthorn-berry.html .Rasanya ada masam manis. Dah berbulan minum kordial ni baru lah tahu nama buah ni Hawthorn berries,selalu saya minum tapi tak pula tahu namanya. kedai shengsei tu kata buah ni sedap dan bagus khasiat nya, lupa pulak nak tanya nama nya..mmm...selalu beli je gitu. Kebetulan baru baru ni chatting pula dengan Nurul mengenai buah Hawthorn berries...saya pun tak pernah nampak macammana lah rupanya. Tanya doctor google.. eh..eh..eh ni rupanya hawthorn berries..terima kasih Nurul dari SeriSubuh Agrofarm.

Saya suka bila buat kordial roselle campurkan buah hawthorn berries kering ni. Masakkan Roselle campurkan buah Hawthorn berries ni taruh daun stevia kering sikit kekadang saya taruh je serbuk stevia agar manis sirup kordial yang dibuat utk hidangan sekeluarga. Dah setahun lebih masak sirap kordial tak pernah campur gula...saya hanya taruh serbuk stevia kekadang daun stevia kering je. Cuaca panas gini sedap minum kordial Roselle Hawthorn sejuk. Sekiranya nak cuba buat gi ler kedai shengsei tu tanyakan buah hawthorn berries sekiranya owner tak farm tunjjuk je gambar ni InsyaAllah adalah tu kat kedai dia.