Tuesday

Stevia..pokoknya, daun kering dan serbuk stevia

Apabila memakan herba dan sayur sayur perlulah banyak bersabar kerna reaksinya semulajadi dan secara fitrah membaiki pulih organ dalaman kita. Ia membaik pulih samada kita sedar ataupun tanpa kita sedari. Terpulang pada individu diatas sejauh mana keyaqinannya. InsyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Pandai pandai ler cari yang mana satu berusaha ikhtiar...insyaAllah ketemu. Sayur Sayuran serta Herba mempunyai khasiat yang tersendiri kurniaan Allah Azza Wa Jalla. Betapa kasih dan sayangnya Allah Azza Wa Jalla pada hambaNya...SubhanaAllah...Allah Hu Akhbar.

Stevia....pokoknya, daun kering  dan serbuk stevia apa apa pun ok juga. bila dimakan akan terasa manisnya. Serbuk Stevia sedikit je dicampurkan pada minuman dah manis. Stevia adalah pengganti gula. Ia adalah manisan semulajadi secara alami. Setiap dedaun daun yang tumbuh pasti mempunyai rasa yang berbeza dan khasiat yg tertentu.Begitu juga daunnya Stevia ini, sekiranya dipetik dan dimakan manis akan terasa. Saya selalu juga petik daun stevia berikan pada Ibu dan Ayah makan buat kunyak kunyak macam cemelan gitu...fresh dari pokok stevia.

Pokok Stevia yang dibeli buat kali kedua dari Seri Subuh Agrofarm. 



Daun stevia kering... yang ni bukan lah dari pokok stevia yang saya tanam tapi sengaja  beli yang dah kering. Ni lagi jemur sikit lagi dan kemudian nak blend kasi halus. Bolih ler campurkan kat masakkan dan kat minuman atau kuih muih.


Yang ni pula serbuk Stevia. Ia berwarna putih. Serbuk ni di beli di AR Homeopathy & Herb. Order online dari Parit Buntar Perak. Dah regular beli kat ARHomeopathy & Herb ni. Selain dari stevia saya beli ubat homeopathy juga. Saya tak suka makan ubat yang ada chemical...so cari ler ubat ubat alternative untuk saya dan sekeluarga, kerna itu jualah saya menanam banyak pokok herba dan sayur sayuran. Best gitu berkebun bercucuk tanam menanam pokok pokok yang kita perlukan. Bila nak gunakkan petik je dihalaman.  



4 comments:

  1. Salam Yana,

    Stevia ni elok untuk penghidap kecing manis. TQ bagi alamat pengedar extract stevia.Saya pun peminat herba juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring. sama sama kita manfaatkannya.
      bukan saja elok untuk mereka yang ada penyakit, untuk yang tak berpenyakit lagi elok gunakkan stevia.

      AR Homeopathy & Herba buka clinic diParit Buntar. Sekiranya saya memerlukan ubat homeopathy saya akan beritahu diclinic dan Doctor akan buat ramuannya sendiri.

      Delete