Friday

pohon tersembunyi dipohon puding

Hari ni betul betul tertumpu sepenuhnya pada kebun sayur-sayuran serta pohon herba herba ku, tak lah pula penat...sambil tu cuci pakaian..masok je dalam washing machine habis cerita dah kering jemur. Cuaca hari ni bestnya redup tak berapa panas...tapi tak lah kisah sangat pasal cuaca ni, kalau dah berminat dan mood nak berkebun tak kira cuaca pun...redah je....mmm tak pe esok lusa bolih buat kerja lain pula. 


Emakku pula selepas keluar dari hospital  selama 2 bulan tak balik kerumahku, untuk sementara menumpang jap kat rumah abang. Pokok pokok bunga emak saya tolong jagakan. Terjumpa pohon ni ditepi bersembunyi di pohon puding, cabut dan semaikan ia dalam pasu ni kerna jiran depanku ada mengatakan pohon ni diorang Cina buat ubat. dulu selalu cabut pohon ni buang...tapi sekarang dah tahu khasiatnya, semai je. Minggu yang sudah ada jiran tu anaknya kena sakit mulut emak budak tu berikan anaknya makan daun ni, beberapa hari anak dia dah ok.Mmmm sayapun pernah juga terbaca kat article ketika blogwalking tapi lupa siapa punya blog. tak pe ler nanti bila dah habis update cari siapa punya blog yang ada tulis mengenai pohon ni..


pohon belimbing berbuah lagi


AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. syukran, Pohon belimbing buluh ku berbuah lagi, banyak juga, nanti bolihlah buat jeruk atau masak sambal dengan tumis.  Banyak lagi manfaat pohon belimbing ni. Ada juga terbaca kat blog tu, simpan beras taruh ler duan belimbing yang sudah kering ni kat dalam bekas beras, InsyaAllah tak ada kutu, saya dah pun buat so far ok.



Link info nanti bila free bolih lah baca : http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/10/belimbing-buloh-ubat-demam-panas.html

Pohon kunyit

Daun kunyit lebar lebar dan subur bila ku tanam didepan halaman. Dibelakang rumah pula kecil kecil. Suka tanam pokok kunyit kerna bau aromanya sedap bila ditaruh kedalam masakkan...rendang, lemak chili api dengan labu, buat lemak tempoyak daun daunan kayu...dan lain lain lagi. Tak payah gi pasar beli...hihihi...cakap pasal pasar sememangnya saya tak suka sangat kepasar, tak tahu pula kenapa? sememangnya dari dulu, masok pasar je cepat cepat nak keluar.mmmm. tuler lagi best bercucuk tanam sendiri, bila bila nak petik je dihalaman.



Mangga oh mangga

Mula mula pohon buah mangga ini menghasilkan buah yang manis dan lebat buahnya tetapi tak tahu kenapa sekarang ni buah ni kena petik sebelum dia masak kalau tidak habis tak dapat merasa kerana ulat atau kumbang dah makan dulu, kata kata orang tua tua dulu ada yang buat sambal belacan ketika mangga ni muda tu lepas tu jadi gitu smapailah sekarang. satu beg plastic Suami ku bawa pulang tuaiannya selpas dishare dengan rakan rakannya. mmmm....siapalah dah buat sambal belacan dengan mangga ni...kesian mangga. 

Selain dari buat kerabu, isi mangga ni dicincang atau diparu memanjang kemudian taburler gula lebih sedikit..nak makan gitu pun sedap, makan dengan nasi lagi sedap...


Seronok bila bercucuk tanam...macam macam dapat makan. Suamiku memang suka bercucuk tanam. Ditepi  pejabatnya adalah tanah yang luas juga tuler dia bercucuk tanam bila waktu rehat atau ada waktu terluang. Beruntunglah dia kerja on field disite office.

Pisang Raja udang, Pisang rastali

Seronok bila Suami ku  pulang membawa tuainya. Pisang rastali dah masak Suamiku peram di tempat kerja dia, dah masak bawalah balik kerumah untuk ku. Sedap dimakan gitu dan dibuat jemput pjemput pisang, kek pisang itu je yang tahu.


Pisang ni tak tahu pulak namanya, tapi orang India suka dan pandai makan pisang ni. lepas dibagi bagi dengan kekawan dibawanya pulang sesisir. Kawan Indian suamiku kata pisang ni dibersihkan buang yang hitam hitam tu kemudian potong nipis nipis bersama kulitnya digaul dengan kunyit dan garam tambahler chili sedikit peramkan sekejap lepas tu goreng. sedap katanya... ok nanti akan ku cuba petang ni.


Ni pula pisang Raja Udang. pertama kali lihat dan akan pertama kali merasakannya. Taklah pula tahu sedap ke tidak. Pisang ni belum masak lagi kenlah peram dulu. Nak dimasak atau makan gitu tak tahu pula, nanti bila dah masak baruler tahu....ok. nanti update



Pudina

Pohon pudina dialih ketempat tingkat pinggan mangkok ni, sebelumnya ia didalam bakul. Bila dah alih gini baru nampak ok, nanti bolihlah tambah lain lain herba yang pohonnya kecil kecil ditingkat ni. mmm bestnya bercucuk tanam herba dan sayur sayuran sendiri. Bila nak makan dan nak masak petik je. 


ditingkat atas
 ditingkat kedua

ditingkat ketiga iaitu bawah sekali.
Dibawah ni ada link info mengenai daun pudina. bolih lah baca bila free nanti :
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/10/pudina-peppermint-mentha-piperita.html

Tuai Bendi dan semai bendi emas


Semangat bercucuk tanam pada hari ini sambil menuai bendi. Hari ni semangat betul bercucuk tanam, mengalih pohon pohon sayur dan lain lain, tetiba postmen dari postlaju datang... AlhamdulillahiRobbil'Alamiin, Syukran, benih yang ku tempah buat kali kedua dari Tanamsendiri.com tiba....so happy gitu. senyum dan ceria bertambah semangatler hari ni bercucuk tanam.

Benih-benih  dari Tanamsendiri.com

Tiga pack benih yang telah lama ku nantikan  tanpa buang waktu disemai...kacang panjang renek, spinach dan bendi emas, Yangh lain KIV dulu nak tumpukan pada yang ni dulu..



Puteraku pulang dari asrama hari ini, jengok bendi pun dah bolih dituai. Banyak juga bendi pada hari ni. Sayur bendi ni kegemaran puteraku, kalau 7-10 bendi ni dimasak untuk  hidangan makan malam hanya untuk nya...kita makan  ler sayur lain yang dituai pada hari ini.


Jagung pulut hitam - sweet sticky corn

 Hari sabtu lepas pergi ke Tesco beli barang, perhilah jengok jengok kecounter sayur sayuran...terjeling pula tengok jagung yang berwarna hitam ni.....mmmm... very interesting.. Tengok harganya satu batang jagung ni RM 3.65. Wooow....beli je, nak trial n error lah katakan.
Pulang kerumah cuba beberapa biji jagung ni masak dengan nasi..Mmmm betul juga jagung ni rasanya seperti pulut hitam sedap....kalau makan gitu tak bolih keras. Potong sikit pisahkan jagung dari batangnya keringkan., nanti bolihlah cuba tanam pulak jagung pulut hitam ni..

 













Thursday

kacang panjang

Pohon kacang panjang yg lama telah dicabut kerna banyak sangat semut. Yang ni baru tanam semula pohon kacang panjang dengan cara lain pula, tanam dalam styrofoam. Kacang panjang kelihatan sedang membesar... nantikan saja...

Keratan Mulberry

Cabaran bercucuk tanam sangat mencabar tahap kesabaran dan ketabahan kita. Bersyukur dan menerima seadanya. Yang pasti tidak patah semangat untuk bercucuk tanam. Semuanya pasti ada hikmahnya.

Tak semua benih dan keratan yang ditanam menjadi. Begini keratan Mulberry mula mula ia ok dah keluar daun kemudian tangan ni gatal, di alihkan pula kepasu besar...kan tu ia terbantut dan mati...kesemua pohon Mulberry ku tak menjadi. bila tanya pada Suamiku bagaimana pohon Mulberry yang dia tanam???? mmm pun tak menjadi... bukan rezeki tapi tak apa ada cara lain nak tanam pohon Mulberry, nantikan ditulisan yang lain.