Agaknya dah sebelum tak update blog ni...mmm....buzzzy sekali...
AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran Daun Teh Africa aka Teh Bismillah ni sempat dibeli melalui post dari Nursery Seri Subuh Agrofarm. Terima kasih Nurul kerna sudi postkan anak anak pohon. Semuanya sehat belaka...kecuali satu je...
Pohon Teh Africa ni, daun nya dah dipetik dan direbus dan airnya berikan ayahku minum, utk merawat penyakitnya, terkadang masokkan juga kat bubur kalau tak diberikan air rebusan buat minum. Didihkan air dalam periok bila dah mendidih padamkan api masokkan daun teh dalam 1atau 3 helai Kena tengok air rebusannya berapa banyak pulak...kemudian di tutup periok tu. Dah jadi teh, tak bolih pula minum selalu. satu minggu dua kali je saya buat.
semasa baru dapat dan dialihkan kedalam pasu
kelihatan bertumbah dengan baiknya selepas seminggu
Yang ni pula selepas tiga minggu lebih dah mula mengeluarkan pucuk pucuk baru
dah sebulan macam ni lah dia pohon Teh Africa ni..bertumbuh dengan baiknya dan tinggi sedikit.



































