Friday

Tuai hasil tanaman


Tuaian daun Remayung hijau, chili hijau daun Ginseng Jawa, bunga Telang akan dikumpul buat air sirap biru...sedap kegemaran Puteraku, Daun remayung hijau digoreng bersama ikan masin... sedap. Daun ginseng jawa pula buat ulam. Tomatillo jerukkan bersama belimbing dan chili hijau dan halia...nanti bolihlah makan dgn nasi, buat selera je...

  Bunga dan daun Nenas kerang rebus buat minum airnya untuk seisi keluarga... rebus taruhkan daun stevia atau serbok stevia sikit dah manis, sedap lagi sekiranya taruh ice cube...sejok lah tu...tak payah beli sirap pekat...hihihi ni lagi khasiat dan manfaat.


 Buah Mulberry dah masak, petikkan untuk emak dan ayah makan....semasa petik tadi sambil tu masok mulut sendiri juga. Pucuk daunnya direndam dalam flask air panas...buat seperti minum teh gitu...sedap juga. Teh mulberry ni dah selalu ayah dan ibu minum...mmm untuk family lah tu. Pokok ni diberi olih Nurul. Terima kasih ye Nurul...pokok mulberry yang sedang berbuah 


 Bayam masak air ...bayam ni sikit je lepas snap gambar ni gi petik lagi...


kacang panjang renek ni goreng.....pokok renek ni selalu berbuah sekiranya nya buat ulam petik je diluar tu...kekadang saya kumpulkan baru di goreng.  Benih kacang panjang renek ni dibeli dengan Tuan Iskandar diTanamsendiri.com sebagai permulaan, lepas tu pandai pandailah keringkan kacang panjang tu buat benih...Tuler bestnya bercucuk tanam...mula mula je kena beli benihnya...bila pokok dah menjadi bolihlah keringkan hasilnya utk dibuat benih...tak perlu kata apa apalah...best.....

No comments:

Post a Comment