Friday

Benih dari kebun bahagia bersama, beras huma hitam, carrot dll

Selalu juga beli benih  dari kebun bahagia bersama, Diana. Cuma sempat snap yang ni aje. yang lain dah pun dituai, tak sempat snap.

Pokok Scallop ni sempat berbunga kemudian mati. Saya terlalu sibuk dan kurang penjagaan. Sempat juga ambil bunganya utk dimasak lemak bersama labu. Beruntungler kita bercucuk tanam dapat juga tuai dan masak bunga, serta buah yang ditanam. Sekiranya dipasar hanya dapat beli buahnya saja.





Carrot yang ditanam dalam bekas. Dapat makan daunnya dan carrotnya. Fresh.

 
cak..tu dia dah nampak carrotnya....
 


Beetroots  juga ditanam dalam bekas. kesemua photo ini diambil beberapa bulan yang lepas iaitu tahun 2013 ler. Dah pun dimakan. tak sempat nak snap photo. 

Sekarang ni teringin pula nak makan kacang tanah...so bekas digunakan semula untuk  tanam kacang tanah pula.

 
Pokok kacang tanah sedang naik.... kacang Tanah ler pulak.. ni disebelah tu Peperomia pellucida atau ketumbang air tumbuh dengan sendiri. dibiarkan aje. Nanti besar sikit bolihlah dicabut buat ulam atau direbus minum airnya.

Padi Huma hitam terjumpa bersama beras hitam yg dibeli dari Kebunbahagia bersama, Diana. Tu cuba pula tanam...bila cuba menanam padi huma hitam yang diambil dari beras hitam.


AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin, syukran. Beli beras bukit hitam  terjumpa adalah dalam agak agak 10 biji padi huma hitam. Trial n error tanam. Tumbuh dgn subur sempat tuai beras hitam. Mmmm walaupun hanya sedikit tapi cukup mengembirakan.

4 comments:

  1. Allahuakbar..!! Saya mencari cari jika ada yang tanam beras hitam ni dalam pot dan menjadi..

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu di mana lokasi Puan..? Berharap sangat untuk dapatkan benih beras hitam ni dan menuntut ilmu bagaimana nak menanamnya dalam pasu..

    Nak tanamnya di rumah baru nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah... La haula wa la quwwata illa billah.

      salam perkenalan dan terima kasih berkunjung keblog yg tak seberapa ini.

      Saya membeli beras hitam bukit dengan kebunbahagiabersama - Diana. Saya juga ingin beli padi huma hitam ni. Diana menasihatkan saya agar cuba cari padi dalam beras mungkin terjumpa dan cubalah tanam, disitu saya terjumpa padinya, dan cuba semai dalam bekas..trial n error, itu ia tumbuh dgn segar dan mengeluarkan padinya.

      saya tak menjual apa apa benih pun dan saya ni dhaif mengenai bercucuk tanam....saya hanya membaca tips diblog blog rakan rakan berkebun aje....kemudian trial n error. Maafler Marissa, mungkin awak bolih cuba blog walking keblog mereka.

      terima kasih

      Delete
  3. Slm bahagia,boleh emelkn senarai benih yg ADA dm stok?masih ADA LG kah benih aster putih?

    ReplyDelete