Nasihat orang lama dan juga guru saya....didalam rumah kita perlu ada limau limau tersebut atau salah satu daripadanya kerana ia sangat bermanfaat. Saya banyak menggunakkan limau limau tersebut untuk kegunaan harian. Sekiranya gi pasar limau nipis, limau purut dan lemon turut dibeli. Limau kasturi kekadang Darling suamiku ambilkan dari tanamannya tak payah ler beli. Kulit limau yang di keringkan bolih juga dibuat asam masin untuk loya tekak, hingga ke hari ini belum lagi pandai buat....sabor je.
Ni salah satu dari kegunaan limau. Saya baca kat blog mountain herbs. Pencuci secara alami. Dah menggunakkannya beberapa bulan yang lepas. Cuka bercampur kulit limau ini saya buat untuk mop lantai, lap cermin, lap meja, spray untuk hilangkan bau dan kegunaan lain. Perahan air limaunya dimasokkan kedalam bekas buat seperti air batu keraskan jadi ler ia air limau ice cube. Apabila nak digunakkan senang ambil 2 atau 3 cube campurkan kemasakkan ataupun minuman.

caranya asanya: kupas kulit limau dan masokkan kedalam balang, dibiarkan untuk 2 atau 3 minggu, keluarkan kulit limau, cuka sudah bersedia untuk digunakan. Ketika nak digunakan campuran nisbahnya 1 bekas cuka limau - 7 bekas air...atau kurangkan air pun bolih terpulang pada masing masing. Bolihler buat untuk mop lantai, lap meja dll. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment