Friday

Pokok Pokok Herbs yg ditanam

 
 
 
Pokok herbs yg diatas tu yg telah sempat dibiarkan dari pokok induknya.  Dapat juga tuai dan keringkan. Untuk kegunaan kemudian hari. Selain menggunakan dehydrator atau pengering electric saya juga cuba keringkan menggunakkan  brown paper bag. caranya lagi mudah dan tak membazir electric. Cuci daun yang nak dikeringkan dgn apple cider vinegar kemudian toskan, lalu masokkan dalam brown paper bag masokkan dalam fridge. Biarkan je sampai ia kering. Dah kering hancurkan masokkan kedalam bekas simpan ditempat kering. Bila masak nak gunakan senang.
 
 
Ni pula recycle.... Culantro. Mungkin adik beradik ketumbar kot. Tapi cilantro ni memang sedap. Baunya pun enak macam ketumbar juga. Beli kemudian potong hujung nya tanam. Jimat juga.... tumbuh dengan suburnya. nak makan potong je daunnya tak usah cabut...
 
ni dah beberapa bulan kemudian. sedap taruh kat lauk. Soup pun bolih, rendang pun bolih lagi sedap.
 
Photo dibawah pula cekor. daunnya sedap rizomnya buat sambal hijau pun sedap. menyehatkan lagi.
 
Pokok mahkota dewa dah berbunga dan ada juga buahnya. Tanam dalam pasu pun ok.

2 comments:

  1. salam perkenalan dari saya...saya ingin tanye mengenai Culantro..ada x benihnye ..kalau ada saya ingin beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikum salam wa Rahmatullahi wa Barakatuh. terima kasih sudi kunjungi blog saya yang tak seberapa ini.

      Maaf ye saya tak jual benih. Culantro tu saya beli dipasar tamu, saya recycle dgn kerat batangnya yg bersama akar kemudian saya cuba tanam. berbulan tulah hasilnya...ia tumbuh dengar suburnya. bila nak makan saya hanya kerat daunnya saja selain saya biarkan ia membesar.

      Puan bolihlah cuba beli dgn Puan lynn Abdullah di http://seedandothersforsale.blogspot.com/ macam macam ada.

      Delete