Wednesday

Buah Binjai buat sambal belacan binjai

Pergi kepasar, sukanya bila nampak buah binjai ni. Dah lama juga tak merasa buah binjai ni. Buah binjai ni adakala manis adakala masam. Buah yang dibeli ni masam. Pulang dari rumah  buzzy pulak tak lah sempat nak kupas kulitnya, dibiarkan je kat atas para para. Harum semerbak baunya, Emak mencari mana lah datangnya bau buah binjai...terliur jap. Saya mengatakan saya ada beli buah binjai dia tersenyum...memang terliur dibuatnya...tak sabar nak tunggu saya buat sambal belacan makan dengan nasi panas...wowow...
Sebiji ni dicampurkan kat  sambal belacan...tu snap gambar buah binjai dan sambal belacan...power sedap dan enak.

Lagi 2 biji saya kupas kulitnya cincang isinya masok dalam bekas taruh gula perang dan garam himalaya sikit. Rasanya lemak masam masam manis dan terasa juga garamnya. Buat gini pun sedap juga....masa saya buat tak lah bolih tahan....terliur... merasa sikit... sedapnya... nasib baiklah buat ketika menyiapkannya ketika masakkan sahur...  dah siap simpan masokkan kedalam fridge, bila nak makan senang campurkan je dengan sambal belacan ataupun makan gitu je dengan nasi.


2 comments:

  1. Sodap ni kalau di rumah berebut-rebut.
    Dekat Sabah ada juga mirip macam ni, baunya semerbak selalu susah nak seledup bawa balik Semenanjung.

    ReplyDelete
  2. Diana, binjai yang ni masam... tapi lepas dua minggu kemudian akak dapat beli yang manis...dalam peti ais selain ada tempoyak tambah collection binjai jeruk.

    oh..ye ke? kenapa tak bolih bawa balik keSemenanjung ke?

    ReplyDelete