Wednesday

Pisang Helang, Pisang Raja, Buah Telur dan sayuran

AlhamdulillahiRobbil'Aalamiin. Syukran, rezeki hasil tanaman, tuaian yang mengembirakan, rahmat dari Allah Azza Wa Jalla.

Semaian benih, pokok membesar dengan suburnya dan  berbuah, rahmat rezeki semaian. Hasil tuaian dari bercucuk tanam sendiri menggunakan tulang empat kerat, jari jemari kotor membajak tanah, berpeluh, peluh tiada menghiraukan sinaran pancaran Matahari, panas terik...yang mengembirakan bila hasilnya dituai untuk dimakan bersama keluarga.

Tuaian pisang serta buah dari office Darlingku, kali ini buah telur adalah 4 -5 biji yang dah masak, Darlingku bawa pulang, begitu juga pisang kepuk yang dah masak yang ditanam dekat belakang officenya. Pisang kapok buat pengat pisang dan goreng pisang je.
Pisang yang warna hijau tu Pisang Raja yang saya tanam belakang rumah. Rezeki ler... tunggu je ia masak, dah masak makan gitu sedap, digoreng pun enak.

Buah telur, trial n error membuat talam buah telur...pandai pandai je tukar resepi...resepi dari talam labu  tapi tak taruh labu saya campurkan buah telur yang dah masak ni, lecek lecek je, lagi pula buah telur ni lembut bila dah masak. Talam buah telur terlupa pula nak snap gambarnya... kesibukkan menyiapkan. Juadah untuk berbuka puasa. Result trial n error talam buah telur.... sedap dan enak, bolihler buat lagi bila ada buahnya.


Beberapa minggu kemudian pisang helang ni pula dah masak.Nama Pisang ni Pisang helang bukan pisang tanduk. Tanya kat Darlingku kenapa dipanggil pisang helang, katanya pisang ini berbuah macam kuku helang ia dlam 5 - 7 biji setandan saja. Buah Pisangnya pula tak sebesar pisang tanduk. Pisang tanduk pula hanya berbuah 1-2 biji setandan. begitulah namanya diberi.  Sedap digoreng dan buat bubur chacha ataupun pengat dicampurkan dengan keledek dan labu serta sagu biji...untuk juadah berbuka puasa.


Kemangi, daun som jawa buat ulam, sedap buat ulam makan dengan sambal belacan dan dengan tempoyak. tomatillo berbuah banyak pula kali ni, emak  makan gitu selepas berbuka. 


Bunga Telang dikumpulkan lagi untuk buat sirap biru. Nak best lagi buat ulam, goreng telur dadar taruhkan bunga telang ni dan buat pewarna kuih lapis.

Buah mahkota dewa yang berwarna merah, hijau ketika belum masak. Kenalah kupas kulitnya dan diracik racik dan dikeringkan. Dah kering bolihlah direndamkan dengan air panas untuk minuman untuk jaga kesihatan.



Sayur sayuran ni untuk dibuat ulam je... ketumbang air, kemangi buat ulam, pucuk ubi saya cuba buat perkasam....mmm tak menjadilah pulak :(  tak pe lah nanti cuba lagi, mungkin silap saya kot...
Timun ni satu je jadi, ada banyak juga yang kecil kecil tapi tak jadi...pokok timun layu gitu je...cabutler yang dapat satu ni je.

Yang bestnya menanam sayur sayuran ni, bila nak makan ulam  atau nak masak petik je kat depan halaman rumah. Fresh from my very own garden. 








No comments:

Post a Comment