Sunday

Jemput jemput betik

Jemput jemput atau  cucur sama je kot...beruntunglah sekiranya ada menanam buah buahan dikebun, buah buahan yang sudah masak bolihlah dipetik makan gitu taupun buat kuih, dessert ataupun jus, bagi yang tak punya bolihlah beli kat pasar ataupun kat pasar raya. Buahan buahan selalunya dimakan gitu saja, dimasak, buat jeruk, halwa, puding ataupun kek dan berbagai lagi terpulang pada creativity sesaorang itu untuk membuatnya.  


Buah betik yang telah ranum ada 2 biji, besar pulak tu, dibelah buahnya berwarna merah...makan gitu dah, nak buat apa pulak ye? Saya cuba google cari resepi betik, terjumpa cucur betik kat resepi.com, mmm.... apa lagi saya pun mencubanya. Diresepi tu disuruh lecek dan blender betik tu, tak pulak saya buat gitu, saya parut betik tu kerna suka bil makan jemput jemput ada terasa buah betiknya. Saya gunakan serbok stevia, tepung gandum dan air secukupnya. Gaul seperti buat jemput jemput yang lain. Selalunya adunan jemput jemput saya perapkan dalam fridge 3-4 jam ataupun semalaman baru goreng.

Malam sebelum siapkan lauk untuk bersahur sempat goreng sikit, masok mulut sendiri ler dulu....amboiii...sedapnya, lagi sedap betik dari pisang. wah...ada juadah baru untuk berbuka puasa jemput jemput betik dan kastard betik...kastard betik campur je ler seperti buat kastard yang lain. Buka fridge pula ada agar agar laut kering campurkan sekali kat tepung kastard taruh santan dan serbok stevia, sejukkan...mmmm sedap juga. Bila sekiranya ada betik yang dah masak tu dan dah ranum dan lembik sikit, bolih lah buat jemput jemput. 

Selain dari Pisang, Buah sukun, Betik, Buah Telur pun sedap juga dibuat jemput jemput. Rasanya sedap dan enak. Trial n error tidak mengecewakan. Bila ada buah buahan yang dah ranum sangat tu bolihler cuba buat ye...Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment