Thursday

Bunga Telang, air sirap biru campur limau nipis jadinya...

Pokok BungaTelang tahun lepas telah dicabut pada awal permulaan tahun ini, disemai pula yang baru dari benih pohon bunga telang yang dicabut. Banyak betul kacangnya dapatler semai lagi, ni dah naik pohon Bunga Telang, merimbun dan banyak bunganya. setiap dua hari kutip bunganya.

Cantik.... suka ler sesangat melihatnya.
Bunga Telang yang dituai adakalanya buat ulam, selebihnya dikumpul buat air sirap biru. Hari tu ada terbaca kat lelaman Tamansendiri.com Encik Iskandar berikan tip tentang bunga Telang, sekiranya nak buat air warna merah perahkan limau nipis.  Terima kasih Encik Iskandar dari Tamansendiri.com memberikan idea tu. 

Good idea betul...kebetulan Darlingku suka minum air sirap limau ice....saya pun buatkan untuk berbuka puasa, untuk Darlingku dan keluarga minuman sejuk air sirap limau bunga telang,mmm....warnanya tak lah merah but more to light purple. Tak kisah ler warna merah ke, purple ke, asalkan bolih diminum dan sedap dan bagusnya tak ada perwarna langsung. Semuanya dari alami semula jadi, pokok organic tanaman sendiri. Bunga Telang direbus dibancuh dengan serbuk stevia sebagai pengganti gula, stevia ni lebih elok jka  dibandingkan dengan gula kemudian simpan ready to drink, apa apa perisa tinggal campur je, bila nak minum air biru mint campurkan daun mint, nak minum air sirap merah campurkan sirap bunga telang dengan limau  nipis, sekiranya nak plain biru pun ok, campur dengan madu strawberry pun sedap.  Sirap bunga Telang, sirap Roselle dah pun dibuat untuk minuman harian.

No comments:

Post a Comment